Thursday, September 07, 2006

agenda merapu

apa yang kita cari dalam hidup? duit? kemewahan? ilmu? pangkat? aku pun tak tahu apa yang aku nak cari dalam hidup ini. tapi yang penting buat masa sekarang kalau ada jin yang aku lepaskan dari botol kaca tawarkan aku hajat, aku nak satu sahaja, duit USD15 Billion. aku kasitau pada kawan aku dia ketawa, dia tanya aku balik, kenapa 15 billion dollar? malaysia, kau tak mahu? betul jugak tu? orang paling kaya dalam negara ini pun belum tentu ada 15 billion dollar. tapi tidak mengapa, aku masih mahukan jumlah sebanyak itu. kalau aku dapat duit sebanyak itu, aku akan gembira kerana banyak pencarian dalam hidup aku akan bernoktah. impian untuk keluarga, diri sendiri, kerjaya, perniagaan malahan untuk masyarakat juga akan dapat aku capai.
namun berapa ramai umat manusia dapat mencapai impian dalam hidupnya? siapa orang terkaya? Bill Gates? aku rasa dia pun masih punyai impian yang belum tercapai dan yang mungkin mustahil untuk dicapai. jika ada yang berkata dengan duit semua impian akan tercapai, aku rasa ia tidak tepat. ada banyak perkara berkaitan kerohanian yang tidak mungkin dapat dicapai. kau mahukan satu kehidupan yang penuh keredhaan Illahi, walau kau ada sebuah negara, ia tidak mungkin boleh diperolehi. kau mahukan solat tunggang terbalik yang kau lakukan sehari semalam diterima Illahi juga bukannya boleh dijamin dengan wang ringgit. puasa juga bukan dijamin penerimaan markah penuh jika kau punyai bon bernilai jutaan dollar di Bank of Swiss.
Jadi apa yang sebenarnya kita cari? aku rasa bukan duit. bukan kemewahan, bukan kerjaya, pangkat atau pun ilmu tetapi keredhaan Illahi. sekali hidup kau mendapat keredhaan, kesemua yang kau lakukan pasti menjadi. semua impian akan tercapai. tetapi adakah bermakna sekarang ini kehidupan kita tidak diredhai-Nya? atau mungkin ada sesuatu yang tidak kena? ibadat, hubungan hamba dan Tuhan, mahupun hubungan sesama manusia? bagaimana pula dengan dosa-dosa lepas yang kau tidak pernah pohonkan keampunan-Nya? atau dosa sesama manusia? hidup ini sebenarnya satu kerumitan. siapa kata hidup ini mudah? Jeslina Hashim? atau Bill Gates? tanya semula dengan ikhlas pasti mereka katakan hidup ini satu kerumitan. tapi kalau hidup yang berjalan atas landasan Islam yang bukan rigid, aku pasti kehidupan menjadi satu keseronokan. mengambil nikmat dunia seperti kita akan hidup seribu tahun dan mengejar akhirat seperti kita akan mati esok hari.
memang indahnya jika bercakap dan menulis tentang kerohanian. ada ketikanya kita perlu lari seketika dari kebobrokan dunia politik, perang, sektarisme, ideolisme dan sebagainya. hidup memerlukan satu kebebsan. kebebasan untuk berfikir, bersorak, menjerit, menulis, beribadat dan bermacam-macam lagi. enjoi!

No comments: