Monday, December 11, 2006

Mampusnya Pinochet pada 10 Dec. 2006

Gua pertama sekali menonton filem ini semasa di Jordan. Saluran Israel 1. Kali pertama menonton ia sudah suku jalan jadi rasa macam terlalu banyak kekurangan. Imej yang paling mencuri perhatian ialah gambar kecil Che Guevara ditampal pada peti sejuk di rumah Charlie. Gua pasti filem ini mesti ada sesuatu. Imej dengan warna merah menonjol itu tidak akan muncul dengan sewenang-wenangnya melainkan membawa mesej yang terlalu indah seperti mana ia muncul di dalam "In The Name of The Father" .Selepas itu filem tersebut melalui proses ulang tayang. Walaupun bukan siaran berbayar seperti Astro di Malaysia, ada ketikanya Israel 1 juga ketandusan bahan. Maka gua berpeluang menonton filem ini berulang kali. Mungkin 4 kali kalau gua tidak silap. Ia adalah peluang yang sukar dilepaskan sama seperti Cinema Paradiso yang gua tonton setiap tahun bermula pada penghujung 1995 ketika mula menjejak kaki di Jordan, juga melalui Israel 1. Menariknya saluran ini memang kerap menayangkan filem-filem yang menarik dan boleh dikatakan sebagai berkualiti. Ia bukan seperti Israel 2 yang kerap menayangkan filem-filem box-office yang bukan kesemuanya berkualiti. Melalui Israel 1 juga gua berkenalan dengan King of the Road, Cinema Paradiso, In The Name of The Father, dan lain-lain.Sebenarnya di sini gua bukan nak cerita pasal Israel 1 dan filem-filem tersebut tetapi mengenai Charles Horman dalam filem Missing yang boleh kita tengok posternya di sini. Gua pun nak celebrate kematian Augusto Pinochet (10 Dec 2006) yang menjadi diktator di Chile sejak 1973-1990. Charles Horman adalah seorang jurnalis di dalam filem ini yang berasa dari negara Yankee. Dia hilang enam hari selepas kejatuhan Selvador Allende yang menyaksikan Pinochet berkuasa. Turut sama hilang ialah kawannya bernama Frank. Filem ini mengisahkan flashback isteri Charlie yang mencari suaminya. Mereka dilarikan junta tentera dan dibawa ke stadium. Bapa Charlie juga turut datang dari US untuk mencari anaknya. Nasib Charlie & Frank memang tidak diketahui. Scene yang agak memberikan kesan pada gua ialah ketika mereka berdua didaftarkan dan Frank melihat seorang lelaki yang sudah dibogelkan dibawa menuju satu lorong gelap di dalam stadium tersebut dan selepas kelibat mereka hilang...bang! bang!Charlie & Frank ditemui mayatnya sebulan selepas itu.Usaha ayah dan isteri Charlie akhirnya berhasil untuk membawa pulang jasadnya ke US.Dia perlu dibunuh kerana telah menulis mengenai peranan Amerika yang membantu Pinochet untuk menjatuhkan Allende.Kedutaan US juga tahu Charlie dibunuh tetapi merahsiakannya, demi hubungan dengan seorang diktator seperti Pinochet. Semalam Pinochet mati pada usia 91 tahun. Bulan lepas dia menyambut ulangtahun ke-91. Gua juga terserempak dengan imej tersebut tetapi tidak ingat di mana, mungkin di BBC atau Al Jazeera. Lelaki tua kutuk ini memang tidak patut mati semalam. Dia sepatutnya mati pada 1990. Patutnya selepas dia tidak lagi berkuasa, seorang anak muda yang berani mesti pergi membunuhnya. Jenayah yang dilakukannya perlu mendapat pembalasan rakyat. Tuhan akan membalas tetapi kita terpaksa menanti lama. Benar, apa yang dialami sebelum kematiannya semalam juga adalah sebahagian pembalasan Tuhan tetapi bukankah lebih seronok jika dia mati di tangan rakyat yang kehilangan ahli keluargnya semasa rampasan kuasa 1973 itu?Filem Missing ini bagi gua agak menyakitkan. Geram dan marah. Sama seperti bila kita menonton Braveheart,Imiganing Argentina atau yang seumpama dengannya.Rasa bimbang juga wujud, terutama bila isteri Charlie terpaksa berlindung & tidur di sebalik pokok bunga kerana perintah berkurung.Apabila gua terserempak dengan nama Pinochet, gua akan teringat dengan filem ini. Melaluinya gua tahu betapa kejam si tua kutuk ini yang pada hujung usianya cuba menagih simpati agar dia tidak dibicarakan atas jenayah yang dilakukannya.Namun yang paling menarik sekali, gua mahu menonton filem ini kerana imej Che yang ditampal pada peti sejuk,hanya kecil kurang dari saiz poskad namun ia jelas dan menonjol. Selepas itu, gua pun print out imej merah Che bersaiz A4, dan gua tampal di pintu peti sejuk gua. Serta merta gua pelik, kenapa di Jordan dahulu peti sejuk gua ada imej Che tetapi tidak di Malaysia? Satu perubahan mesti dibuat petang ini....

Monday, December 04, 2006

serius atau berlakon?


Gua bukan mahu buat lawak dan gua bukan mahu kritik sesiapa. tetapi gambar yang gua guna kali ini memang agak menarik. itu gua punya pandangan peribadi. gua minat sungguh dengan gambar sebegini.cuba anda bayangkan sekiranya pada zaman Hang Tuah dulu, teknologi gambar telah pun wujud. maksudnya ada kamera, filem dan sebagainya sama seperti pada hari ini. bayangkan juga jika gambar lelaki ini dilihat oleh Sultan Muzaffar Syah, apakah reaksi baginda?
tetapi apa peranan gambar ini yang sebenarnya? waktu gua menulis tentang gambar ini, berita di tv sedang menyiarkan masalah mengenai air kumbahan kediaman yang tidak dirawat. teknologi yang digunakan adalah lapuk. 15 sungai di seluruh negara berada dalam kategori teruk tercemar. 9 pula adalah sungai mati. isu alam sekitar telah menjadi kemarahan rakyat. bullshit man.! lu pegi panggil mamat yang pegang keris nie dan tanya pada dia apa yang dia boleh buat dengan keris tersebut? gua tahu dia pun ada keris dan gua tahu dia boleh buat apa dengan keris dia tu? itu pun kalau keris dia masih tajam lagi. tapi keris yang dia pegang dalam gambar tu? adakah dengan menjerit terlolong memegang keris lu dapat selesaikan masalah rakyat? adakah dengan keris itu juga seluruh rakyat malaysia akan dapat peluang memandu Hummer?
apakah lu fikir dengan menghunus keris lu dapat membantu orang miskin? semua orang akan dapat pergi sekolah? jangan cakap sahaja lebih brother! buat dulu jangan cakap aje. tahun 2006 lu mau cakap pasal kepentingan Melayu sedangkan orang Melayu ramai yang hidup merempat. lu ingat gua tipu? abis yang tidak berumah di Kampung Berembang itu siapa? yang selalu keluar tv anak tak makan tu sapa? yang meminta derma untuk pembedahan anaknya itu siapa? gunakanlah keris lu itu untuk membantu semua orang. Retorik kan? tapi sahaja aku suka melihat gambar ini dan mahu memperbodohkan orang yang memegang keris ini. sudah dua kali rasanya gambar dia memegang keris dalam perhimpunan UMNO tetapi semuanya cakap kosong dan tidak berisi? ia akan kembali seperti biasa. aku rasa apa yang mereka lakukan sekarang ini, dengan tidak punyai ijazah pun aku boleh buat. aku berdoa supaya satu hari nanti di Hari Pembalasan, aku akan berada di sebelah dia dan orang yang seumpama dengannya ketika mereka semua ditanya Allah, apa yang kamu sudah lakukan selaku pemimpin kepada rakyat di bawah naungan kamu? kalau boleh aku ingin sangat menunjukkan kembali gambar dia memegang keris ketika itu.