Thursday, January 29, 2009

Mencari Seorang Manusia

Manusia sebenarnya masih lagi jauh daripada sifat kemanusiaan. Manusia sebenarnya masih lagi ketinggalan untuk sekurangnya mempunyai nilai-nilai murni satu susuk yang boleh bergerak bertutur dan yang lebih penting boleh berfikir. Tembok pemisah antara manusia dan haiwan.

Apabila melihat sekeliling, anda boleh menyaksikan kebenaran situasi ini. Sikap sombong dan bongkak, paras rupa, agama dan yang lebih utama, kekayaan dan pangkat menyebabkan semua ini berlaku.

Pelarian Rohingya, susuk-susuk kurus bertubuh gelap itu, hari ini menjadi tajuk utama berita dunia. Mereka pelarian, betul. Mereka itu seperti tidak mempunyai negara, betul. Mereka itu menjadi mangsa penindasan, betul. Mereka itu dalam kesusahan, betul. Dan mereka juga adalah manusia, satu yang tidak boleh dinafikan.

Setiap manusia itu, pasti sekurang-kurangnya mempunyai keluarga. Ada yang mempunyai ibu dan ayah, anak dan isteri, sanak saudara atau jika mereka sendirian pasti juga mereka mempunyai kawan. Jangan dinafikan.

Apa yang berlaku ke atas pelarian Rohingya pada hari ini memang melambangkan betapa manusia semakin kehilangan sifat kasih sayang sesama insan. Sudah tidak lagi punyai belas simpati kepada kesusahan orang lain. Sudah tidak lagi mahu mencuba membayangkan duduk tubuh sendiri pada lokasi kesusahan orang lain. Bukan mencuba kesusahan tetapi cuma berimaginasi. Tidak.

Mereka dipukul, mereka tidak diberi makanan bahkan selipar untuk mengalas kaki juga tidak mampu disediakan. Bukti manusia yang melihat susuk mereka dengan batasan paras rupa, batasan agama dan kekayaan.

Sebenarnya, kita tidak perlu ke Thailand untuk melihat kekejaman manusia ke atas manusia. Kita tidak perlu ke Guantanamo itu mengejek penindasan ke atas hak asasi seorang manusia. Kita tidak perlu ke Gaza untuk mencari bukti bagaimana agama boleh menjadi sempadan kesombongan manusia.

Semuanya wujud di depan mata sendiri. Semuanya terhidang di dalam ‘rumah’ kita sendiri. Semuanya tersedia di mana sahaja kita berada. Bagaimana untuk melihat, ia adalah bergantung kepada kebijaksanaan kita. Dan sifat kemanusiaan kita sendiri.

Monday, January 26, 2009

Menunggu KEMTA Diratakan

Semalam Obama dengan muka serius sudah mengeluarkan arahan untuk penutupan KemTahanan Guantanamo. Cuma tempoh masanya adalah dalam setahun. Pelbagai perkara boleh terjadi dalam tempoh tersebut. Namun gua percaya, arahan itu tidak akan berganjak kecuali lobi zionis di Washington mengolah sesuatu. Arahan tersebut seperti satu ‘foundation’ make-up yang perlu Obama tepekkan pada wajahnya agar kelihatan berseri.

Ketika di Asia Media Summit 2008, gua telah mengikuti majlis perasmiannya bersama dengan gerombolan wakil media bukan sahaja dari Asia bahkan daripada seluruh dunia. Tukang rasmi yang sepatutnya ialah Mr. Clean a.k.a Mat Ngantuk. Tapi sebab pagi itu hujan memang turun dengan lebatnya di Kuala Lumpur, maka tempat beliau digantikan pula oleh Mat Mongol a.k.a Bakal PM Kita a.k.a Abang Bijan.

Abang Bijan telah diserang hebat dengan soalan oleh wakil media asing, kerana ketika itu Raja Petra ditahan, tapi bukan dibawah ISA. Abang Bijan juga telah ditanya tentang ISA dalam waktu yang sama, kerana antara agenda penting forum di Asia Media Summit ialah mengenai hak asasi manusia. Abang Bijan memang agak tangkas menjawab. Kalau ikut level makcik-makcik Wanita UMNO memang Abang Bijan nampak bergaya.

Tapi apabila ditanya tentang Kem Tahanan Perlindungan Kamunting dan ISA, Abang Bijan telah memilih jawapan yang bodoh walaupun cuba berlagak cerdik. Katanya, kerana secara kebetulan soalan itu datang daripada wakil media Amerika kalau tidak silap gua, “Apasal lu tanya pasal kem tahanan kat dalam negara gua? Lu tengok dulu lah Guantanamo tu apasal lu orang tak tutup dulu?” sambil seperti biasa Abang Bijan menggosok-gosok perutnya.

Gua yang ketika itu masih lagi kenyang dengan sarapan pagi daripada hotel 5 bintang, tiba-tiba rasa macam nak terberak. Bagi gua yang gagal untuk menjadi Ahli Parlimen Jelebu kerana tidak cukup wang deposit bertanding pilihanraya yang lepas, jawapan Abang Bijan sangatlah dangkal. Walaupun gua tengok kelompok wartawan Malaysia khususnya RTM, Bernama serta Datuk-Datuk penyibuk datang daripada pelbagai agensi KERAjaan itu sangat bangga dengan jawapan Abang Bijan.

Ia seperti memberitahu, ya memang gua tahu curang dengan isteri dan mempunyai teman wanita dari negara Genghis Khan adalah satu perbuatan tidak bermoral tetapi gua nak tengok lu buat baik dengan isteri lu dulu dan putuskan hubungan dengan teman wanita bangsa Mexico itu. Sebagai contoh lah.

Atau dalam ayat paling senang, kalau lu, Abang Bijan sudah tahu berak tepi jalan tu sama macam perangai binatang yang tidak berakal, abis apasal lu ikut buat jugak?

Okay sekarang diorang sudah berhenti berak tepi jalan, apasal lu masih buat muka tak malu lagi?
(Ditulis 4 hari yang lepas tapi biasalah kampung gua berdepan dengan ribut dan satelit terpaksa menanti 3 hari untuk diperbaiki)

Thursday, January 22, 2009

Debu-debu Yang Melekat Pada Rambut Gua

Bagi manusia yang suka makan nasi, tempat kerja gua sekarang memanglah terbukti sangat mesra nasi. Memang gua sudah diberitahu, makanan disediakan tapi gua tidak membayangkan limpahan makanan selama 24 jam sehari.

Seperti yang gua cerita sebelum ini, orang Melayu dengan makanan Melayu nya, memang seperti isi dan kuku. Sangat kamcing, dan atas alasan itulah 2 orang tukang masak didatangkan khusus dari BolehLand. Maka disitulah puncanya limpahan makanan.

Para pekerja BolehLand terpaksa dijaga dengan baik. Makanan disediakan tanpa had. Air minuman diberi sekotak besar. Ini bukan jenis pakai straw punya, lu mau minum banyak mana pun, berapa kotak sekali pun itu lu punya suka.

Dan atas sebab yang sama juga, gua tengok kafe orang Melayu sahaja yang beroperasi sehingga jam 4 pagi. Ketika kafe Thailand, Libya dan Turkey sudah cuci lantai dan susun kerusi atas meja, orang-orang Melayu masih lagi mengisi perut sambil menonton tv.

Itu belum kira lagi masa sarapan pagi dan makan tengahari, yang seperti kebiasaannya juga, akan dianjakkan waktunya kepada suku jam yang terdekat, paling kurang.

Bangsa Melayu, dan makanan Melayu. Kata mereka jika tidak mendapat nasi maka mereka tidak boleh bekerja. Dan rasa gua juga, mereka tidak boleh bekerja jika tidak makan tengahari lama-lama, minum kopi lama-lama dan duduk berborak lama-lama.

Arab? Budaya kerja mereka ialah lapan ratus kali lebih buruk daripada Melayu yang suka minum-minum dan berborak. Kalu tidak takkan dalam opis boleh ada tukang buat air. Datang kerja masuk tangan dalam poket seluar. Keluar masuk opis hisap rokok bau busuk walaupun sticker dilarang merokok tertampal besar atas kepala.

Kemudian datang berborak kat opis member. Tanya khabar sampai 10 minit kemudian tekan-tekan telefon buat macam sangat sibuk. Gua mintak stationery hantar semalam sampai petang nie pun masih belum dapat. Padahal mintak pen 2 batang dengan kertas satu ream aje. Gilo.

Staff memang bagus. 2 perempuan seorang lelaki. Yang perempuan nie dah masuk dua hari tak datang kerja. Main pesan aje kat orang lain. Dia ingat gua tak boleh baca dia dah plan tak mahu dating keje. Petang last keje sudah sumbat tisu dalam hidung. Lepas tu balik opis tak kunci. Esok tak datang. Konfirm dia dah plan sebab dia saja yang pegang kunci. Cis! Apa dia ingat gua keje dengan kedai hardware ke dulu.

Tak tahulah sampai bila gua boleh sabar dengan perangai Arab nie. Mana aje dalam dunia gua pegi, perangai Arab memang sama. Boss gua sudah cakap “ Lu diperlukan untuk menjadi orang yang bersabar dan faham dengan perangai Arab” Heh?

Wednesday, January 21, 2009

Dari Al Mafraq ke Al Marj

Masa mula sampai di Jordan dulu, gua terus dihantar ke Irbid,bandar kedua terbesar di dalam Jordan. Okay lah, ada banyak kedai-kedai dan bangunan yang membuktikan Irbid sebagai bandar kedua terbesar. Itu dulu, tahun 1995.

Di Jordan, penempatan untuk ke universiti, macam apply UPU kat BolehLand, keputusannya akan disiarkan di dalam suratkhabar. Jadi, suratkhabar hari Jumaat itu, nama gua pun dah tersenarai. Mafraq! Itu kawasan padang pasir. Semua orang sudah suka. Gua bakal jadik penghuni padang pasir, yang daripada cerita semua manusia masa tu lah.

Mafraq, pada tahun 1995, memang agak menakutkan gua yang masa tu baru lepas terkejut dengan lampu-lampu jalan di KL selepas SPM. Maka 2 tahun yang pertama, gua sanggup berulang sejauh hampir 60 km, tinggal di Irbid. Cuma selepas berjumpa cinta pada tahun 1997, gua tiba-tiba melihat Mafraq sudah seperti Seremban lalu gua pun berpindah. Itu cerita lain.

Mafraq, sebenarnya bukanlah teruk sangat. Serius, bukan sebab di situ ada cinta. Setelah 3 tahun di Mafraq, memang gua rasa inilah bandar kedua paling best dalam dunia. Nombor satu memang Jelebu, tiada kompromi.

Mafraq ada pekan yang yang kecil dan padat, tetapi tersusun. Lu boleh dapat semua yang lu mahu di Mafraq, kecuali McDonalds dan KFC. Tapi alternatif kepada makanan segera, memang tidak mengecewakan. Bukanlah satu masalah besar.

Sistem pengangkutan yang boleh dikatakan sistematik. Coaster dan juga teksi mudah dan sangat efisyen walaupun kondisi yang bukanlah lima bintang. Tapi Subaru Impreza dan Mercedes Benz model terbaru adalah antara line-up teksinya.

Itu Mafraq, pada tahun 1995 sehinggalah gua blah pada tahun 2001. Mafraq masih lebih kurang dalam keadaan yang sama dengan sedikit pembaharuan di sana sini. Namun ia masih lagi kekal sebagai antara bandar kegemaran gua, walaupun masih banyak kekurangan. Setidaknya belakang flat gua dulu sehari dua kali keretapi ke Damsyiq pergi dan balik akan lalu. Boleh menjadi hiburan melihat keretapi semi-automatik melalui laluan yang wujud sejak ratusan tahun.

Sekarang? Inilah puncanya gua bernostalgia. Sebelum ke sini, gua hanya meletak Mafraq di dalam minda sebagai paras membuat perbandingan kemunduran sesebuah tempat. Walaupun gua pernah melihat pekan-pekan kecil sekitar Turkey, Syria dan German, namun apa yang gua nampak sekarang memang di luar jangkaan sama sekali.

Al Marj, juga wujud di Jordan. Tempat kami berkunjung setiap tahun untuk mempamer aksi setaraf pemain terbaik FIFA 2008. Tapi Al Marj yang ada di Libya sekarang ini, yang menjadi tempat gua bernafas sekarang, adalah jawapan mungkin, untuk Mafraq 30 tahun yang lepas, Kuala Lumpur 200 tahun yang lepas, dan Mekah 2000 tahun yang lepas.

Malam tadi kali pertama gua ke Al Marj, bandarnya. Untuk mencari selipar tandas. Dalam keadaan bandar yang berdebu, ribut pasir yang agak kuat, sampah yang berterabur, gua mengambil masa hampir sejam untuk mendapatkannya.

Itu baru cerita nak beli selipar. Agak-agak kalau lu nak cari kedai nak repair cermin mata macamana agaknya? Kedai repair komputer? Menurut seorang mamat di sini, kedai repair komputer ada 5 biji, tapi 3 biji itu ialah tempat menjahanamkan komputer.

Di sini ada coverage telefon bimbit, Al Madar dan Libyana. Tapi entah apasal sampai hari ni wife gua masih tak boleh SMS ke sini. Mungkin ini boleh membahayakan beberapa maklumat rahsia kerajaan. Berbual melalui telefon sahaja yang boleh untuk keuntungan sesama pihak telco. Akibatnya gua dengar ada yang terpaksa berbelanja hampir 300 dinar sebulan untuk berhubung ke BolehLand. Itu belum cerita pasal diorang belanja beli rokok. Situ aje gua sudah menang banyak.

Petang nanti gua cerita lagi. Mamat tukang buat air depan bilik gua sudah masuk hantar cappuccino. Jadik boss apa barang minum teh o kan?

Friday, January 16, 2009

Entri Terakhir Menggunakan Harta Lelaki Ketiga Terkaya di BolehLand

Dulu, gua dengar cerita, punca utama Akmal Rizal gagal menyerlah ketika ujian bersama kelab di Peranchis ialah kerana masalah makanan dan rindukan kampung. Katanya dia tidak bersemangat kerana tidak lagi dapat bersarapan dengan nasi lemak serta roti canai.

Kalau tidak silap gua jugak, ada beberapa lori lagi pemain bolasepak BolehLand yang berlatih di luar negara, atau menghadiri sessi ujian, kemudiannya mengadu tentang masalah makanan. Bahasa memang masalah utama kerana kita semua faham tahap kecerdasan minda mereka berdasarkan gaya permainan mereka sendiri. Itu cerita lain.

Dan kalau lu perhatikan, atlit-atlit yang mahu berlatih di luar negara, akan bawa stok makanan yang banyak. Kalau mahu menyertai temasya sukan, dengan tukang masak sekali kena angkut. Cili padi, serai, daun kunyit dan juga belacan. Maka akibat perubahan suhu kebiasaannya, bahan-bahan makanan itu sudah cacat keasliannya sekaligus memberikan kesan kepada prestasi para atlit. Dan juga pemain bolasepak.

Gua juga pernah bikin benda bodoh macam tu. Ketika pertama kali mahu ke Jordan, gua sering mendapat nasihat daripada seorang abang senior. Mendengar labun tentang Jordan, keseronokan mencari bundle, awek-awek Arab di Amman juga tidak lupa tentang parabola 500 channel.

Salah satu nasihat paling berguna yang gua telah terpaksa ikut ialah membawa bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan bawang kecil. Serius. Selain itu gua juga membawa 4 tin susu F&N saiz besar, 3 tin sardin cap ayam, satu peket Milo saiz sederhana dan 20 bungkus Maggi.

Akibatnya semasa timbang beg di airport, berat beg gua telah berlebih sekali ganda sampai satu suara sumbang telah sampai ke telinga gua ”apa lu bawak lesung batu sekali ke?”

Itu di airport Subang, ketika itu tahun 1995. Drama berikutnya ialah setelah gua sampai di Jordan. Sessi mengemas beg, di rumah senior yang sama, yang masih lagi di BolehLand ketika itu. Bersama rakan serumahnya, yang gua tidak pernah kenal langsung wujud susuknya. Gua masih terbayang lagi bagaimana mamat ni gelak sampai berguling-guling sambil memegang perut. Suara sumbangnya masih lagi gua rakam dalam hard disk otak gua ”Apo mentedaghah sampai bawang pun kau bawak nieee”

Cukup sekali, itu sudah jadi pelajaran paling berguna. Meletakkan makanan sebagai satu kepentingan, pasti akan menyebabkan hidup lu sukar. Lebih teruk lagi lu bakal menjadi bahan ketawa. Kali ini gua cuma bawa bekal Maggi Curry 5 bungkus. Itu memang bekalan yang sukar. Gua sangat pasti.

Wednesday, January 14, 2009

Ini Memang Boleh Mendatangkan Marah

Menurut syarat kontrak majikan baru gua, tiket percuma untuk pulang ke BolehLand hanya diberi setahun sekali. Cuti tahunan gua pulak campur public holiday in-lieu ialah 28 hari, sahaja.

Maksudnya, jika gua mahu bergembira bersama keluarga menggunakan tiket percuma, gua boleh memilih untuk pulang pada hujung tahun 2009.

Masalahnya sekarang, perlukah gua pulang juga pada 26th July 2009?

Monday, January 12, 2009

Gaya Sang Juara!

Gua rasa, letih gua memandu dari Muar ke KL petang tadi sudah terubat. Lenguh-lenguh kaki gua menekan minyak juga macam dah hilang. Gua boleh exercise tangan menaip SMS dan boleh meloncat-loncat sambil menumbuk ke udara meniru gaya Wayne Rooney. Malah lengan gua yang lenguh boleh pula bertahan dalam 5 minit memegang scarf, depan TV seorang diri.

Gua rasa ramai yang tutup tv bila tengok Berbatov scored. Kutu-kutu yang berembun lepak kedai mamak pun sure dah panggil datang kira lepas tengok Berbatov scored. Dan petunjuk yang paling mudah untuk Man United ialah, kalau dah cecah form, memang payah lah sikit nak off-form. Bersepai lah sebiji-sebiji lepas nie.

Masa zaman ekonomi tak menentu nie, zaman ramai team menang setakat sebiji aje, main dengan team yang berangan nak jadik champion lagi tu, Red Devils boleh score sampai 3 biji. Ini bukan standard menang ala kadar lagi. Kalau lu nak belajar cemana menang ala kadar lu tengok Arsenal main semalam. Tapi kalau nak belajar seri, selalulah menonton team merah yang kapten dia buat part-time jadik kaki pukul tu. Tapi kalau berangan nak jadik champion, kena lah main macam champion tadi. Cuma nak jadik champion tu tak tahu lah bila. Ikut nasib.

Tapi kalau tengok pada Giggsy tadi, kederat dia gua rasa boleh pakai lagi 3-4 tahun. So mungkin lepas tu boleh lah team lain nak plan jadik champion plak. League Cup ke dulu sebagai permulaan. Premier League payah sikit lah. Wa tengok Giggsy main tadi, macam 1600 orang Shukor Adan. Punya tenaga lah. Skill Shukor Adan tendang bola melambung tinggi-tinggi tu memang Giggsy tak boleh ikut punya.

Gua sangat happy, walaupun gua rasa, ini mungkin game terakhir yang gua boleh layan. Next week, dan game-game berikutnya gua tak rasa dapat celebrate lagi. Mungkin tempat kerja baru gua akan ada TV satelit, tapi gua dah teliti semua jadual game, ialah waktu pejabat. Kecuali Champions League.

Okay kawan-kawan, enjoy the games, but stop dreaming to kill the champion. Jumpa lagi, mungkin beberapa minggu daripada sekarang. Itu pun kalau area tempat kerja gua ada internet connection. Wish me luck. And so for my team, the Red Devils.