Thursday, March 26, 2009

Benda Pertama Yang Sampai Ke Kepala Hotak Gua...



Moral; Jangan lupa daratan.

Sunday, March 22, 2009

Blues Orang Sakit (Hati & Badan)

Gua malas nak cerita panjang. Gua demam dan batuk. Selsema baru sahaja baik. Wifi pulak company sudah bikin sial. Bagi hanya pada restricted user. Alasan ramai Arab bodoh yang layan internet semasa kerja. Akibatnya banyak pending task. Orang Islam macam gua saja yang pandai menggunakan YM tapi menyelesaikan kerja tepat pada masanya.

Semua makhluk bagai terputus terus hubungan dengan dunia luar. Offer letter menjanjikan internet service will be provided by the company. My ass!

Ketika interview lagi, HR Director sudah kasitau, internet service will be provided by the company. My ass!

Gua e mail sekali lagi dengan Project Director sebelum datang ke sini dan dia kasitau, internet service will be provided by the company. My ass!

Dan semalam entah apasal gua tengok team kesayangan gua main sudah iras-iras pasukan kebangsaan BolehLand. My ass!

Mujur gua takde internet sekarang. Kurang sikitlah panas hati gua jika terbaca komen-komen jahat dan berbaur hasutan di Facebook dan blog.

Saturday, March 14, 2009

Makhluk Manalah Punya Idea Main Bola Tengahari Buta

Ada ubi ada batas
Ada hari boleh balas
Ada ubi ada batas
Cuba tengok siapa masih lagi di atas
Ada ubi ada batas
Belum tentu lagi Premier League lu mampu kebas
Ada ubi ada batas
Tangan gua tumbuk-tumbuk dinding sampai kebas
Ada ubi ada batas
Arghhhh...gua yakin dengan Man United, gua benci LiverFooL, gua benci Chelski, gua benci Arse-anal, gua benci Alan Shearer, gua benci Khalid Jamlus, gua benci tukang buat jadual Premier League.

Tuesday, March 10, 2009

Al Masih, Ruhul Qudus dan Kaabah itu bukan bahasa Melayu

Sejak bila pulak bahasa itu didominasi oleh agama? Bahasa adalah satu objek universal. Untuk berkomunikasi. Untuk berhubung, berbual dan menyampaikan maklumat.

Sejak bila bahasa menjadi milik mutlak satu agama sahaja? Bahasa Arab bukan bahasa pertuturan orang Islam sahaja. Tetapi bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Dan Al Quran itu adalah kitab suci bagi agama Islam tetapi Al Quran bukan setakat milik mutlak orang Islam kerana semalam roommate gua yang beragama Buddha telah membeli 4 naskhah Al Quran yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan Muslimnya di BolehLand.

Bible adalah kitab suci bagi agama Kristian tetapi Bible bukan milik mutlak penganut Kristian sahaja. Rumah gua juga ada Bible dan pasti ada ramai lagi Muslim yang menyimpan Bible di rumah mereka di seluruh dunia ini. Untuk rujukan dan mungkin ada yang menerimanya sebagai cenderamata.

Bahasa Melayu ialah bahasa pertuturan orang Melayu. Selepas bercampur aduk dengan pelbagai bahasa daripada seantero alam. Ia menjadi medium pertuturan, komunikasi, penulisan dan sebagainya. Seperti juga Swahili, Tamil, Kantonis, German dan sebagainya. Ia menjadi mlik mutlak semua manusia dan bukan satu kelompok sahaja. Cuma kebetulan bahasa terasas daripada satu-satu bangsa tetapi belum pernah wujud satu larangan, satu undang-undang pun dalam dunia ini yang menyatakan bahasa itu menjadi milik satu bangsa sahaja.

Bahasa Arab, dituturkan oleh berbillion umat manusia seluruh dunia. Sudah pasti ia melibatkan pelbagai agama. Bahkan bangsa Arab itu sendiri bukan kesemuanya beragama Islam, tetapi mereka tetap bertutur dalam bahasa Arab. Bahasa Al Quran dan bahasa syurga, tetapi bukan bahasa orang Islam.

Gua teringat seorang pelajar perempuan Arab Kristian di Jordan dahulu. Duduk di barisan hadapan kerusi paling tepi di laluan antara dua bahagian tempat duduk. Berdepan dengan pensyarah. Berambut sedikit perang.

Waktu itu di dalam kelas Ulum Al Quran. Pelajar itu seringkali berdebat dengan pensyarah. Pelajar itu seringkali mengutarakan pelbagai soalan yang ada ketikanya kami semua lihat agak kontroversi. Pelajar itu memang petah berbicara dan bijak kerana segala hujah-hujahnya adalah bernas. Dia juga mudah sekali memetik ayat-ayat suci Al Quran sehingga ada ketikanya pensyarah kami kelihatan agak agresif membalas semula. Geram barangkali.

Rupanya pelajar itu anak kepada paderi besar di Mafraq. Dia seringkali mempunyai banyak persoalan tentang Al Quran. Bukan syak wasangka atau untuk memburuk-burukkan tetapi cuma perbahasan dalam pencarian ilmu. Dan secara kebetulan dia memang petah dan bijak. Tapi itu bukan cerita.

Apabila menyentuh tentang Bible, tentang Al Masih, tentang Maryam dan the Holy Spirit, kita tahu bahawa kesemua itu juga wujud penceritaannya di dalam Al Quran. Kita berkongsi banyak perkara dengan agama Kristian. Kita berkongsi banyak cerita yang sama dengan agama Kristian. Oleh kerana itu kita sememangnya berkongsi banyak perkataan yang sama dengan agama Kristian.

Paling menarik, kesemua yang wujud itu susur galurnya adalah bahasa Arab itu sendiri. Bahasa pertuturan bagi bangsa Arab seramai lebih 325 juta di seluruh dunia yang agamanya ialah Islam sebagai majority. Ada juga Kristian yang nisbahnya juga agak ramai malahan ada juga Arab Yahudi yang mendiami kawasan sekitar Iraq, Morocco dan Be’er Sheva. Ada juga Arab yang menganut Druze tetapi mereka tetap bertutur dalam bahasa Arab.

Istilah-istilah yang kita gunakan hari ini, seperti Allah, Al Quran, Baitullah dan Solat bukanlah milik bahasa Melayu. Bukan berasal daripada bahasa Melayu dan bukan milik mutlak orang Melayu. Apatah lagi orang Islam. Kaabah pula adalah kata nama khas yang memang merujuk kepada Kaabah di Mekah. Oleh kerana itu juga segala bentuk kiub dalam bahasa Arab telah dinisbahkan kepada Kaabah. Kita menyebutnya sebagai مكعبات dan ia adalah nisbah kepada bentuk Kaabah itu sendiri.

Maka, adalah memalukan jika kita mengaku ia milik mutlak satu agama. Lebih memalukan apabila kita mendakwa ia milik mutlak satu bahasa bangsa sahaja sedangkan ia sendiri dikutip daripada bahasa lain. Lebih memalukan lagi jika asasnya ialah untuk menghalang orang Melayu membaca Bible dan kemudiannya terpengaruh dengan dakwah Kristian atau mungkin boleh mengelirukan aqidah mereka.

Ini kerana ia sebenarnya mendedahkan lagi pekung pihak yang sepatutnya memainkan peranan bagi memperkasakan aqidah umat Islam, mengembangkan Islam, menangkis propaganda dakwah Kristian atau apa sahaja agama, dan menjadikan umat Islam itu lebih berilmu. Bukan sekadar menyalahkan orang lain, bangsa lain atau agama lain atas kelemahan diri sendiri.