Tuesday, March 10, 2009

Al Masih, Ruhul Qudus dan Kaabah itu bukan bahasa Melayu

Sejak bila pulak bahasa itu didominasi oleh agama? Bahasa adalah satu objek universal. Untuk berkomunikasi. Untuk berhubung, berbual dan menyampaikan maklumat.

Sejak bila bahasa menjadi milik mutlak satu agama sahaja? Bahasa Arab bukan bahasa pertuturan orang Islam sahaja. Tetapi bahasa Arab adalah bahasa Al Quran. Dan Al Quran itu adalah kitab suci bagi agama Islam tetapi Al Quran bukan setakat milik mutlak orang Islam kerana semalam roommate gua yang beragama Buddha telah membeli 4 naskhah Al Quran yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan Muslimnya di BolehLand.

Bible adalah kitab suci bagi agama Kristian tetapi Bible bukan milik mutlak penganut Kristian sahaja. Rumah gua juga ada Bible dan pasti ada ramai lagi Muslim yang menyimpan Bible di rumah mereka di seluruh dunia ini. Untuk rujukan dan mungkin ada yang menerimanya sebagai cenderamata.

Bahasa Melayu ialah bahasa pertuturan orang Melayu. Selepas bercampur aduk dengan pelbagai bahasa daripada seantero alam. Ia menjadi medium pertuturan, komunikasi, penulisan dan sebagainya. Seperti juga Swahili, Tamil, Kantonis, German dan sebagainya. Ia menjadi mlik mutlak semua manusia dan bukan satu kelompok sahaja. Cuma kebetulan bahasa terasas daripada satu-satu bangsa tetapi belum pernah wujud satu larangan, satu undang-undang pun dalam dunia ini yang menyatakan bahasa itu menjadi milik satu bangsa sahaja.

Bahasa Arab, dituturkan oleh berbillion umat manusia seluruh dunia. Sudah pasti ia melibatkan pelbagai agama. Bahkan bangsa Arab itu sendiri bukan kesemuanya beragama Islam, tetapi mereka tetap bertutur dalam bahasa Arab. Bahasa Al Quran dan bahasa syurga, tetapi bukan bahasa orang Islam.

Gua teringat seorang pelajar perempuan Arab Kristian di Jordan dahulu. Duduk di barisan hadapan kerusi paling tepi di laluan antara dua bahagian tempat duduk. Berdepan dengan pensyarah. Berambut sedikit perang.

Waktu itu di dalam kelas Ulum Al Quran. Pelajar itu seringkali berdebat dengan pensyarah. Pelajar itu seringkali mengutarakan pelbagai soalan yang ada ketikanya kami semua lihat agak kontroversi. Pelajar itu memang petah berbicara dan bijak kerana segala hujah-hujahnya adalah bernas. Dia juga mudah sekali memetik ayat-ayat suci Al Quran sehingga ada ketikanya pensyarah kami kelihatan agak agresif membalas semula. Geram barangkali.

Rupanya pelajar itu anak kepada paderi besar di Mafraq. Dia seringkali mempunyai banyak persoalan tentang Al Quran. Bukan syak wasangka atau untuk memburuk-burukkan tetapi cuma perbahasan dalam pencarian ilmu. Dan secara kebetulan dia memang petah dan bijak. Tapi itu bukan cerita.

Apabila menyentuh tentang Bible, tentang Al Masih, tentang Maryam dan the Holy Spirit, kita tahu bahawa kesemua itu juga wujud penceritaannya di dalam Al Quran. Kita berkongsi banyak perkara dengan agama Kristian. Kita berkongsi banyak cerita yang sama dengan agama Kristian. Oleh kerana itu kita sememangnya berkongsi banyak perkataan yang sama dengan agama Kristian.

Paling menarik, kesemua yang wujud itu susur galurnya adalah bahasa Arab itu sendiri. Bahasa pertuturan bagi bangsa Arab seramai lebih 325 juta di seluruh dunia yang agamanya ialah Islam sebagai majority. Ada juga Kristian yang nisbahnya juga agak ramai malahan ada juga Arab Yahudi yang mendiami kawasan sekitar Iraq, Morocco dan Be’er Sheva. Ada juga Arab yang menganut Druze tetapi mereka tetap bertutur dalam bahasa Arab.

Istilah-istilah yang kita gunakan hari ini, seperti Allah, Al Quran, Baitullah dan Solat bukanlah milik bahasa Melayu. Bukan berasal daripada bahasa Melayu dan bukan milik mutlak orang Melayu. Apatah lagi orang Islam. Kaabah pula adalah kata nama khas yang memang merujuk kepada Kaabah di Mekah. Oleh kerana itu juga segala bentuk kiub dalam bahasa Arab telah dinisbahkan kepada Kaabah. Kita menyebutnya sebagai مكعبات dan ia adalah nisbah kepada bentuk Kaabah itu sendiri.

Maka, adalah memalukan jika kita mengaku ia milik mutlak satu agama. Lebih memalukan apabila kita mendakwa ia milik mutlak satu bahasa bangsa sahaja sedangkan ia sendiri dikutip daripada bahasa lain. Lebih memalukan lagi jika asasnya ialah untuk menghalang orang Melayu membaca Bible dan kemudiannya terpengaruh dengan dakwah Kristian atau mungkin boleh mengelirukan aqidah mereka.

Ini kerana ia sebenarnya mendedahkan lagi pekung pihak yang sepatutnya memainkan peranan bagi memperkasakan aqidah umat Islam, mengembangkan Islam, menangkis propaganda dakwah Kristian atau apa sahaja agama, dan menjadikan umat Islam itu lebih berilmu. Bukan sekadar menyalahkan orang lain, bangsa lain atau agama lain atas kelemahan diri sendiri.

13 comments:

Kurie said...

Terima kasih,
kembang skit kepala otak aku..

Anonymous said...

well put Baba!
i guess we're all paranoid eh?..
hehehe..

mama said...

bahasa arab mmg bahasa yang sangat indah...
bible "itu" juga berbahasa arab kan yang...

wow mulia hati uncle Lim yer..

guntur said...

sama juga penggunaan ana-anta-anti oleh golongan ''warak''

kan?

Hint PerihaL said...

dah dekat akhir zaman bro..aritu dalam berita TV barua gomen.

mufti wilayah ckp..penggunaan nama Allah hanya untuk agama islam sahaja. "Saya cabar siapa saja yg boleh buktikan ianya digunakan oleh agama lain"..

Skrg ni..aku nak persoalkan balik..siapa yg lantik org bangang macam dia ni jadi mufti?..apokobodoh bonar statement dia..gilo ko apo..bukan islam jer agamo samawi..

Agama ni dah boleh di zahirkan apa saja oleh ahli politik. dan penzahirnya juga anjing2 agama kita sendiri. mufti tu dah macam bpak segala bapak agama. kenapa bodoh sgt..

kwn aku yg sekolah sekular pon jadi gerun bila dengar statement dari org agama sendiri. bkn takut cabaran, tp takut kimat dah dekat. Org yg tak tahu agama bercakap tentang agama. camni lah jadinya.

Noh omar ngan ali rustambi on sama..

"saya dah suruh dah org saya check dalm 3-4 enskilopedia..kamus dewan bahasa...mmg Allah hanya untuk org islam."



* BODOH!!!!

Jorji said...

gua kalau ali rustam cakap arab fasih pun gua tetap benci dan tak percaya dia.dia semulajadi ngok!

Anonymous said...

kurie,
sharing is caring, kata anak gua selepas menonton Elmo's World.

Epi,
paranoid is acceptable, but stupidity should be rejected.

guntur,
sebab itu gua x dapat jadik warak sebab tulis guna gua dan lu.

Hint,
Mufti Wilayah cakap itu macam? Dia ada cakap x bagi ganjaran banglo ke VW Toureg ke? kalau ada wa mau fotostat Bible berbahasa Arab gua sekarang jugak.

j,
Ali Rustam? Dia itu presiden apa entah persatuan melayu dunia ke islam dunia ke wa x ingat. Tapi wa syak dia sendiri asas itu persatuan.

mama said...

setahu saya agama "samawi" ade 3 (Islam , Nasrani dan Yahudi)..

Layla Haq said...

Begitu rupanya. Terima kasih memberitahu.

silversarina said...

Akak setuju sangat , orang masih tak faham atau sengaja tak nak faham apa itu bahasa dan apa itu agama :(

gayour said...

nak cakap bahaso arab dengan kau, ekau tak paham plak kang. emm...cakap loghat blues orang jelobu buleh?

dulu kito guno an bahaso Melayu/Malaysia 'babi' untuk menatang tu tapi ditukar ke 'khinzir'. mulia sket konon eh.

Anonymous said...

mama,
Islam & Kristian paling banyak berkongsi.

Bayan,
Cuba memberitahu.

kak ina,
paling best ialah masih ramai orang Melayu yang fikir semua orang Arab itu Muslim.

gayour,
dioghang tukar an khinzir tu supayo nampak mulia? Best jugak pandangan lu. sebab eh khinzir ado sobut dalam Quran. pastu babi bunyi eh kotor. mano ado oghang menyumpah "khinzir lah kau" :)

Anonymous said...

Wahai adik2 semua,
abg faham maksud adik2 cuma terfikirkah adik perkara di bawah?
1. Kenapa baru sekarang mereka beria-ia nak guna nama Allah dalam Bible?
2. Sejak Portugis datang 500 tahun lepas, St Francis Xavier tidak pula guna kalimah Allah?
3. Hingga hari ini, gereja rome pun tidak guna kalimah Allah?
4. Adik2 nampak tak kesannya kepada anak cucu kita next 20 years?
5. Cukupkah dinding akidah anak-anak kita hari ini?
6. Di Mesir dan tanah Arab, mereka guna kalimah Allah sejak dulu. Ada antara mereka Ahl el Kitab yang percaya Allah itu Esa.
7. Fahamilah keadaan kita Melayu Islam di Tanah Melayu, latar sejarah, sosio-ekonomi, budaya dan pendidikan. Janganlah kita melihat melalui emosi,wahai adik-adikku.
adenirolim@yahoo.com