Tuesday, October 28, 2008

Bloomberg TV Dua Malam Yang Sudah

Ketika interview dengan Bloomberg, bakal PM BolehLand berkata bahawa dia akan kemungkinan 'menggantikan' DEB. Meminjam semula ayat yang dia cakap dalam TV dan transkrip yang sampai ke meja gua pagi tadi;

” I think in the not too distant future we will see all the elements of the NEP being replaced”

Sekarang ini, di mana kah perginya, satu kumpulan manusia, yang kalau tidak silap gua, pernah menganjurkan satu demonstrasi HARAM, di Ipoh dan Georgetown, pasca PRU12, memperjuangkan DEB, berdegar-degar mengangkat penumbuk ke udara macam Wayne Rooney lepas score goal?

Kalau mengikut pemahaman gua yang sekolah orang putih sampai darjah 6 nie, bakal PM BolehLand sedang berhasrat sangat untuk menjadikan dirinya diterima oleh orang bukan Melayu. Maka senjata yang paling efisyen ialah, bukan C4 tetapi Dasar Ekonomi Baru.

Walaupun sebelum ini, ’ketika orang-orang jahat’ sedang bising mahu revised beberapa elemen dalam DEB yang ’sangat tidak telus dan sering menjadi duri dalam daging’, bakal PM ini lah antara yang lantang bersuara.

Gua orang Melayu, eh!

Wednesday, October 22, 2008

Malaysia Hari Ini

Untuk penurunan minyak kali kedua, yang demi Tuhan gua tak tahu bila dan kalau tak silap gua sekarang sudah jadi RM2.30, betul? Gua tengok dah makin ramai yang tak ambik pot.

“Eh! Harga minyak dah turun lagi, lah” kata seorang isteri kepada suaminya.

“Minyak turun ke semalam?” tanya seorang Mat Rempit kepada kawannya.

“Haiyya minyak tulun ala manyak ka?”. Soalan apek penoreh getah yang tidak tahu membaca. Kepada budak kerja stesen minyak Shell di Kuala Klawang. Yang gua kompius juga macam tak tahu membaca.

Jadi, sapa yang peduli lagi? Orang makin benci bercakap pasal harga minyak yang turun. Orang makin menyampah nak melihat berapa banyakkah harganya yang turun?

Mereka yang peduli akan ghairah menantikan penurunan harga barang keperluan. Beras Faiza Herba Ponni yang sudah tidak masuk Tesco lagi, kalau ada pun jual sudah jadi RM38 untuk 5kg. Mana pergi stok beras ni? Dan apasal beras sudah naik harga melambung-lambung macam kena baling ke langit?

Rakyat mahu lihat harga ayam bukan lagi RM6.50 sekilo, ikan kembung bukan lagi RM12 sekilo dan jika gua bawak RM50 pegi Pasar Tani, gua boleh angkut 3-4 plastik barang dapur. Ini apa cerita baru beli ikan 4 jenis sudah RM30?

Apasal pisang berangan yang dulu gua beli paling mahal pun sekilo RM2 sekarang sudah jadi RM4? Gua tanya budak jual pisang tu dia kata tanam kat Kuala Selangor aje, bukan Venezuela pun.

Eh! Venezuela agak sensitif, kerana harga minyaknya murah. Cuma, mana dia beruk-beruk yang melompat, yang berbuih mulut bercakap menyokong kenaikan harga minyak satu ketika dulu? Mana dia Profesor Kangkung yang memeningkan kepala hotak rakyat dengan pelbagai statistik dan kaedah kenaikan harga minyak?

Juga seorang pakcik yang gua jamin dunia akhirat adalah AJK Umno Cawangan yang dengan bangganya bercakap dalam TV ”Mana ada benda turun dalam dunia ni? Hujan aje bolehlah turun”. Ah! Mahu aje gua bagi penyepak.

Juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang cakapnya itu dimuatkan di muka depan akhbar

”Negara akan bankrap jika harga minyak turun”.

Tuesday, October 14, 2008

Alahai Rocky Bru!

Gua cuma buat link untuk blog Rocky Bru sebab di sana gua boleh melompat ke blog-blog yang lain. Tiada yang menarik sangat dengan Rocky, percaya lah. Sebab dia tidak banyak bezanya dengan Kadir Jasin dan juga Sang Kelembai. Lebihnya cuma dia boleh bersahabat dengan bloggers daripada aliran yang berlainan dan secara tidak sengaja kes samannya menyebabkan dia popular serta memerlukan simpati dan prihatin rakyat.

Tulisannya terlalu banyak najis. Hingga kadangkala gua sendiri pelik mengapa ada kalangan bloggers kiri yang boleh mengidolakan manusia yang sedemikian. Maaf, gua sangat keras dalam isu ini.

Baca tulisannya di sini dan gunakan minda kamu yang sangat matang, bijak dan berfikiran terbuka. Buat keputusan sambil cari tafsir Al Quran dan tengok apakah maksud ayat 13 Surah Al Hujurat, jika kamu mencari Teresa Kok dan Karpal Singh lah. Juga tanyakan tentang Anwar flip-flop vs Pak Lah flip-flop vs Firaun flip-flop.

Utusan Malaysia, Utusan Melayu atau namakan apa sahaja yang kamu suka, sudah terbukti sejak kita semua pandai membaca, adalah benteng penting ciptaan United Malays National Organization. Mungkin kamu tidak faham jika hanya melihat keputusan 4D atau pun Berita Sukan. Hati-hati juga kerana bulan lepas Valencia berada di tangga teratas Serie A. Itu Utusan Malaysia lah, Rocky!

Thursday, October 09, 2008

Rohaya Sabirin dan Kurung Putih Berbunga Merah Besar

Petang itu, semasa di dewan makan, banyak mulut yang melopong. Budak-budak Tahfiz yang belum akil baligh pun ramai yang menganga. Telur rebus masak kari, lauk yang paling mendapat kritikan selama ini, seperti sangat lazat. Ramai yang makan berselera sambil mata jeling menjeling.

Bagi yang tengah beratur, ada yang jarinya tak henti-henti mengetuk tray biru. Sambil mulut menyanyi macam-macam jenis lagu. Mata, pandang tempat budak perempuan sambil kadangkala pura-pura ambik tahu ketebalan gincu Kak Zana yang tengah menyendukkan lauk.

Bagi Abang-abang senior, yang makan kat meja belakang, paling hampir dengan tempat budak perempuan, memilih duduk semeja dengan mamat-mamat surau, yang akan membelakangi kamera. Benteng untuk mereka menyelitkan mata di antara dua bahu. Menerobos nun jauh ke seberang sana. Ah! Telur rebus masak kari sungguh lazat pada petang bertuah itu.

”Apasal ramai budak jeling-jeling ”sana” petang nie?” Undertaker yang tengah syok menyuap nasi tiba-tiba bersuara. Mengarah muka pada Zamri.

”Cuba kau toleh sikit, tengok si Rohaya Sabirin tu, bukan main meriah lagi petang ni” balas Zamri.

Nun di seberang sana, Rohaya Sabirin dengan badan separa kembangnya, berbaju kurung putih berbunga merah besar. Paling menyerlah. Sambil berbual dengan suara yang agak tinggi. Juga sambil mulut mengunyah telur rebus masak kari yang sungguh lazat.

”Biasa lah, aku dengar Fendi memang dah tak mahu bertanding Ketua Pengawas lagi”

Hah! Itu pasal Rohaya Sabirin ceria semacam ini petang. Baju kurung putih berbunga merah besar. Paling meriah. Paling menyerlah. Bijan bakal jadi Ketua Pengawas.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kawan-kawan gua, kenalan yang pernah bertemu dan yang tidak pernah bersua muka, geng makciks blogger, ustaz-ustaz, penyokong Anwar Ibrahim, PAS, Lim Kit Siang dan pengampu United Malays National Organization, kumpulan tiada parti, pembaca bising dan pembaca senyap, gua mohon maaf dan ampun, salah dan silap terkasar bahasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan kekalkan prestasi Ramadhan kamu untuk bulan-bulan seterusnya. Hati-hati di jalanraya dan jangan jadi bodoh membazir duit beli mercun.