Wednesday, October 22, 2008

Malaysia Hari Ini

Untuk penurunan minyak kali kedua, yang demi Tuhan gua tak tahu bila dan kalau tak silap gua sekarang sudah jadi RM2.30, betul? Gua tengok dah makin ramai yang tak ambik pot.

“Eh! Harga minyak dah turun lagi, lah” kata seorang isteri kepada suaminya.

“Minyak turun ke semalam?” tanya seorang Mat Rempit kepada kawannya.

“Haiyya minyak tulun ala manyak ka?”. Soalan apek penoreh getah yang tidak tahu membaca. Kepada budak kerja stesen minyak Shell di Kuala Klawang. Yang gua kompius juga macam tak tahu membaca.

Jadi, sapa yang peduli lagi? Orang makin benci bercakap pasal harga minyak yang turun. Orang makin menyampah nak melihat berapa banyakkah harganya yang turun?

Mereka yang peduli akan ghairah menantikan penurunan harga barang keperluan. Beras Faiza Herba Ponni yang sudah tidak masuk Tesco lagi, kalau ada pun jual sudah jadi RM38 untuk 5kg. Mana pergi stok beras ni? Dan apasal beras sudah naik harga melambung-lambung macam kena baling ke langit?

Rakyat mahu lihat harga ayam bukan lagi RM6.50 sekilo, ikan kembung bukan lagi RM12 sekilo dan jika gua bawak RM50 pegi Pasar Tani, gua boleh angkut 3-4 plastik barang dapur. Ini apa cerita baru beli ikan 4 jenis sudah RM30?

Apasal pisang berangan yang dulu gua beli paling mahal pun sekilo RM2 sekarang sudah jadi RM4? Gua tanya budak jual pisang tu dia kata tanam kat Kuala Selangor aje, bukan Venezuela pun.

Eh! Venezuela agak sensitif, kerana harga minyaknya murah. Cuma, mana dia beruk-beruk yang melompat, yang berbuih mulut bercakap menyokong kenaikan harga minyak satu ketika dulu? Mana dia Profesor Kangkung yang memeningkan kepala hotak rakyat dengan pelbagai statistik dan kaedah kenaikan harga minyak?

Juga seorang pakcik yang gua jamin dunia akhirat adalah AJK Umno Cawangan yang dengan bangganya bercakap dalam TV ”Mana ada benda turun dalam dunia ni? Hujan aje bolehlah turun”. Ah! Mahu aje gua bagi penyepak.

Juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang cakapnya itu dimuatkan di muka depan akhbar

”Negara akan bankrap jika harga minyak turun”.

6 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. gua lagi bengang beb bila timbalan perdana menteri gua bgtau yg malaysia terselamat dr krisis ekonomi antarabangsa. kahkahkah. paloi.

Unknown said...

shell kuala klawang aku dah tak pergi, gie petronas kat depan tu,

he he he tapi harge nyer same jer...... he he he......

patut naik kan lagi apsal diorang turun aku tak tau ler, patut naikkan bagi lepas nie semua minum minyak makan minyak tido minyak ....heh

semua jadi orang mnyak....lol

Rembo said...

nmpk mcm baik. naik sekali bnyk lps tu trn berkali-kali.

licik btol.

Anonymous said...

ni la namanya gimik politik bro...kalu turun skali gus xade plak nampak org no 2 bekerja selepas dilantik jd menteri kewangan yg baru tu pasal la ...so wa rasa la dia akan turun lagi spai la harga asal semula tu pun kalu dia kompom jd no 1 la menjelang mac 09 nati ekekeke...

tarings said...

Beras Faiza Herba Ponni yang sudah tidak masuk Tesco lagi, kalau ada pun jual sudah jadi RM38 untuk 5kg. Mana pergi stok beras ni?

Beras Herba Ponni tu cuma boleh ditanam di satu region di India. Faktor tanah, cuaca, etc. Disebabkan krisis beras tempohari, kerajaan India telah mengharamkan semua ekspot beras kecuali jenis basmathi. Jadi Faiza tidaklah dapat memenuhi permintaan di pasaran. Yang masih dijual hanyalah stok2 yang masih tinggal.

The.Libyaman said...

farid,
kita selamat daripada krisis ekonomi, tapi kita tak boleh berbelanja membeli helikopter.

pendekar,
tapi apasal semua petrol pump tutup 1030 malam? dari gua kecik sampailah gua ada anak kecik.

rambo,
baik? huh, baik ada maknaaaa tuuu.

benz,
tapi gua tengok minyak turun yg sibuk announce itu mamat uban jugak.

tarings,
ketika komen ini ditulis, atas pertolongan Sivaji The Boss, gua telah mendapat bekalan 5 kampit beras herba Ponni, datang terus dari India, stop kat Batu Pahat sekejap, next Yong Peng, Muar and terus ke Bandar Kinrara.Beras pun main politik sekarang ni.