Monday, February 16, 2009

Melihat Paras IQ Seorang Moralist

Bukanlah bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan hubungan seks luar nikah. Tetapi kita melihat juga kepada aspek kepercayaan seseorang. Bagi seorang Muslim, kita sudah pun tahu dan tak perlulah wujud seorang “polis moral” yang cuba menonjol pipi licin pulak ketika semakin hampirnya pemilihan UMNO.

Eli memang rapat dengan UBU. Kawan-kawan UBU adalah kawan-kawan Eli, malahan seorang kawan di UBU juga telah menjadi antara orang penting yang menghantar Exco Selangor itu ke sana dan ke mari. Kerana Eli memang tidak boleh memandu. Justeru kami mengenali serba sedikit peribadi rakan-rakan kami.

Solidariti bersama seorang rakan atau kenalan bukanlah bermakna kita mengiyakan setiap perbuatan tetapi kita perlu menggunakan akal dan fikiran untuk membuat penilaian. Namun dalam politik bangsat di BolehLand, kehidupan peribadi adalah juga politik. Gua tidak nafikan ini juga adalah trend di kebanyakan negara, cuma di BolehLand ia agak unik kerana pasti turut mencedok isu moral, agama dan budaya.

Maka akan muncul juga “polis-polis moral” yang sebenarnya adalah politikus bangsat yang cuba mengambil kesempatan, khusus apabila sudah kehilangan kuasa. Bercakap tentang moral ketika air liur mereka sendiri adalah rasuah-rasuah yang terpalit, duit-duit rakyat yang disonglap serta bermacam jenis perbuatan tidak bermoral lagi. Termasuk yang dilarang agama.

Jika “polis-polis moral” ini,betul-betul memperjuangkan morality budaya Timur, jelik dengan rakaman foto-foto bogel, sama ada ia diambil secara rela atau pun tanpa kerelaan, mahu setiap pesalah moral ini dinafikan hak mereka di BolehLand, termasuk hak mengundi jika boleh maka sayugia gua meminta juga mereka turut sama bertindak ke atas individu-individu berikut;

Minah Rempit, Nana Segamat, Nurse Gombak Klinik, Nana Bukit Batok, Leftenan Nurul and Husband, Mazni Unisel, Megat Johan, Nida Ali, Remaja Kerek, Zarina Namanya, Tudung Nor Suryani, Rosmilawati HUKM, Taman Dato’ Harun The Movie, Lynn, Mangsa Pil, Kiah Poli, Intan Penang, Gelagat Budak Sekolah, Budak Sabak Bernam, Budak Jolai, Budak Ampang, Budak Cheras Baru, Anna Semencu, Awek Abang, Awek Jengka, Awek Langkawi, Awek Bernama Siti, Awek Keda Dalam Kereta, Alma, Aksi Pengantin dan macam-macam lagi.

Untuk perhatian juga, mereka itu adalah berbangsa Melayu kebanyakannya dan gambar mereka diambil dan dirakamkan secara rela. Bahkan mereka memang kelihatan sangat bergembira ketika gambar mereka dirakamkan. Mereka tidak tidur dan mereka tidak pula dipaksa. Dan yang gua sangat pasti, mereka itu anak-anak Melayu yang rasa-rasanya beragama Islam.

Eli cuma satu kes yang sangat terpencil dan lebih malang lagi Eli adalah ahli politik. Pembangkang. Bukan Islam. PKR. Parti Anwar Ibrahim. Exco Selangor. Masih muda dan belum berkahwin. Ia seperti satu bola tanggung, daripada Misbun Sidek kepada Icuk Sugiarto.

10 comments:

Jorji said...

perlu diingat, misbun sidek pernah mengalahkan icuk surgiarto walaupun telah ketinggalan 7-14...

maka, walau bola tanggung,belum tentu sapa kene 'smash'.

reverie said...

gua sokong lu.
politik kita semakin keruh.

Anonymous said...

mana2 parti sama je bro masing2 ade agenda tersendiri xde yang betul2 ikhlas nak perjuangkan bangsa agama sendiri melainkan perjuangan isi tempolok bagi konyang..bila dah dapat power habuk pun tarak...

NURAZZAH8 said...

misbun sidek...seorang jaguh kampung..sama seperti adiknya rashid sidek.....gua pernah melihat beliau bermain (berlawan) di toronto canada di awal tahun 80han dulu..misbun terkenal dgn gaya rambut ala trojan masa itu....

The.Libyaman said...

j,
wa tak tahu plak lu nie peminat Misbun Sidek. camtu ada chance lah orang lain kena smash ini time.

revrie,
tapi makin keruh kekadang makin bagus. cam air sungai, baru nampak banyak sampah masa keruh lepas2 hujan tu.

benz,
heh tapi cari nak sampai ke "power" tu yang membezakan. dan cara nak mengekalkan "power" tu lagi membezakan.

kak azzah,
ayyo Puan Profesor pun sudah cakap gua. hehehe. ini seorang lagi peminat Misbun nie. ya Misbun pernah berambut mohawk tapi rasanya dia masih meminati lagu dangdut:)

Gen Mayhem said...

sememangnya Malaysia mempunyai ramai moralis yg diri sendiri tidak bermoral namun masih mahu membetulkan moral org lain

Hazwan Mohd Nor said...

haha

nice bro.

saya orang jelebu

bukan anak sedara rais yatim

bukan juga hisham rais

haha

Anonymous said...

Bro, Salam.

Why the very the quiet?

U ok Bro? I pray u well.

The.Libyaman said...

al razy,
polis-polis moral yang tangannya sendiri bersalut krisis moraliti.

hazwan,
nanti balik kirim salam orang kampung.

wak,
busy sikit dan kurang idea. BolehLand ada ramai bloggers yang padat dengan idea dan sangat lapang masa-masa mereka

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]casino bonus[/url] brake the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino bonus[/url] autonomous no deposit hand-out at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]www.baywatchcasino.com
[/url].