Sunday, February 08, 2009

Undangan Bukan Untuk Semua

Cuba kau tanya makhluk Tuhan itu kembangkah hidung-hidung pesek mereka?
Cuba kau tanya makhluk Tuhan itu besarkah kini punggung-punggung legam mereka?
Cuba kau tanya makhluk Tuhan itu bidangkah kini dada-dada tipis mereka?
Cuba kau tanya makhluk Tuhan itu berkepakkah kini tubuh badan mereka?
Cuba kau tanya makhluk Tuhan itu panjangkah kini lidah-lidah kontot mereka?
Aduhai dulu tika ayam sabungku berkokok mengajak umat berbondong bangun daripada lenanya kau herdik dan kau hina.
Kami sudah punyai jam loceng
Kami sudah ada telefon bimbit yang menjadi penggera.
Kami sudah pun berkuasa.
Aduhai dulu ketika mereka mengacah dengan taji yang tumpul dan kuku yang sebenarnya patah kau meloncat dan menendang.
Kau melonjak dan kau terbang.
Kau berlindung dan kau diam.
Aduhai dulu ketika kau terhimpit tersepit habis banjir satu Malaya dengan air ludah mu dengan hina nista mu dengan caci cerca mu dengan segala macam berak najis binatang maruah kera monyet dan sedikit kemulian kononnya kau sebutkan.
Kau hamburkan.
Kau persembahkan.
Kau pertontonkan.
Kau paksa kami baca kami dengar kami lihat dan kami semat
Dalam jiwa kami yang sudah bosan sudah benci sudah mual sudah hilang nafsu dan sudah tidak lagi berdaya bersenggama dengan bobrokan dan penipuan itu.
Segala wayang itu.
Segalanya tipu. Segalanya palsu. Konon segala-galanya adalah Melayu.
Tapi apabila kau bersantap enak dengan kahak itu pada hari lahirku,
Mengapa tiada suara yang mengundangku?

3 comments:

hobenz said...

wah lu skng sudah pandai bermadah serupa mcm aziz deraman beb..xpun mcm prof dato' a.samad said eheheh...ape citer libya skng bro..lu dah jumpa dgn ar rais alfahkmah blum??mana dia gmbar dia yg lu janji sama wa???

babazahra' said...

hehehe bro, hidup sangat membosankan di sini sampai gua ada banyak sangat masa untuk bermadah. Fakhamat ar Ra'eis wa tak jumpo laei, gambar eh yo melampuh. Nanti wa poskan hehe.

revrie said...

best tulisan kao ni. masyuk aku baca.