Sunday, February 01, 2009

Sekali Sekala Berbolasepak

Game terakhir yang gua layan ialah ketika “membelasah” Chelski. Perhatian, gua menggunakan perkataan “membelasah” di situ. Maka secara tidak langsung pasukan yang kena belasah boleh juga kita kategorikan, atau kita kenali sebagai pasukan “belasahan”. Bukan “belasahan” dalam kategori Khalid Jamlus dan Zaquan Adha.

Lepas “membelasah” Chelski, gua hanya bergembira dengan keputusan melalui website. Live Update dalam The Sun atau pun kalau bernasib baik, BBC ada menyiarkan sedikit berita dan clip. Itu pun sebiji sahaja gol Tevez.

Sepanjang tempoh gua berpantang menonton bolasepak ini, The Red Devils sudah mencapai banyak kemenangan. Ronaldo sudah kembali menjaringkan goal. Malah Edwin Van der Saar juga telah pada sebentar tadi, menjadi penjaga gol yang paling lama bertahan tanpa dibolosi. Mengatasi rekod Petr Cech? Ah itu sudah lama, siapa Petr Cech tu. Rekod penjaga goal Reading kalau tidak silap gua, sejak 1988, sudah pun kini dipecahkan oleh Van der Saar. Berapa puluh tahun tu. Kalau ada anak sudah masuk university umurnya.

The Red Devils juga sudah berada di atas. Kini sudah 5 mata di atas daripada pencabar terdekat yang gua memang sudah tidak ambil tahu team mana satu. Rasanya masih lagi kelab yang kaptennya buat part-time jadik bouncer pub itu. Oh ya! Dan para penyokong kelab itu juga gua rasa sekarang sudah kurang berbunyi, kerana mereka tahu sejarah adalah sejarah dan sekarang mereka juga turut mencipta satu lagi sejarah sebagai pasukan yang paling kerap bersaing pada awal musim tapi sedikit perlahan pada pertengahan musim serta terus melingkup setelah tibanya tahun baru.

Pasukan yang banyak duit, yang towkeynya kini sudah semakin dibenci penyokong. Bukan kerana kurang berduit tetapi kerana bodoh tidak pandai menggunakan duit. Apabila mendapatkan khidmat Big Phil Small Heart Scolari, dia ingat orang tua itu punyai Midas Touch. Tapi rupanya dia ada ‘magic dust’. Sehinggakan ramai yang kini tertanya-tanya, di mana dia kapten yang dulu menyepak penalty sambil terlentang? Dan di mana pula midfield yang main dengan kelab bagai nak rak tapi bila main untuk England terus sejuk beku macam daging pasar Chow Kit? Oh ya! Dia mungkin segan sedikit sama seperti kapten yang jadi part-time bouncer itu.

Satu lagi team yang gua makin kurang dengar cerita sekarang ini, ialah team gudang senjata. Tak tahulah kalau gua kurang tengok TV atau baca suratkhabar, tapi semenjak tempoh gua berpantang nie, team tu rasa macam turut berpantang sama. Berpantang maut sebelum ajal bagus, tapi diorang berpantang menang sebelum habis musim. Begitulah juga dengan para peminat mereka yang masih sayup-sayup dalam ingatan gua lagi menghantar SMS bergembira dengan kemenangan tidak berapa bermakna dulu.

Mungkin mereka juga sekarang sedang merancang kegembiraan lain. Merebut tempat keempat sebagai contoh. Sebab gua dengar Aston Villa sekarang sudah berani masuk lubang. Nak rebut tempat kedua dan ketiga mungkin diorang kata payah sikit. Alasan biasa team gudang senjata ini ialah, pemain kami masih muda. Kami masih mencari pengalaman lagi. Pendedahan penting untuk mereka. Dan kebiasaannya pada awal musim, pemain muda mereka memang menyinar lah sangat, tapi bila musim sejuk datang, diorang pun turut sejuk sekali. Biasalah budak-budak, mula-mula sahaja bersemangat. Cuba lu tengok musim main layang-layang, habis satu negara main. Lepas tu diorang alih main basikal balik.

Gua sedang menunggu Eropah. Maksud gua kejohanan di Eropah pulak. Sebab kalau tidak silap, semua game adalah waktu malam di tempat gua ini. Dan khabarnya jiran-jiran sebilik gua juga sudah sepakat untuk membeli TV dan satellite. Insya Allah lah, kalau gaji gua masuk nanti, team kapten kaki pukul ke, team banyak duit ke, team gudang senjata ke, semua itu akan gua nilai dan tonton. Lepas tu nanti baru gua boleh sambung mengkritik semula. Musim bolasepak kan belum berakhir lagi. Selamat malam.

7 comments:

Yusmir Yusop said...

Salut!

Junaidi Asmara said...

hear! hear!

TOOLBOX said...

Hampeh!..

ayobkelubi said...

hehehe..takpe,takde masalah,belum habis lagik bang

Jorji said...

jgn belasah sangat..musim tak habis lagi ni..

aku bukan apa...tinggalkan la sikit sampai hujung musim...dah hujung musim nanti..belasah kaw2 lagi.

muahahaha...

Anonymous said...

yuzy,
salut to the Devils

Junaidi,
good.

toolbox,
:)

ayob,
tanda nak abis tu dah ada dahhhh...

j,
baru intro aje tu.isi dengan penutup belum sampai lagi.

Zaid Akhtar said...

Bro.
Aku tetap anti-Syaitan Merah
the luckiest team.