Manusia sebenarnya masih lagi jauh daripada sifat kemanusiaan. Manusia sebenarnya masih lagi ketinggalan untuk sekurangnya mempunyai nilai-nilai murni satu susuk yang boleh bergerak bertutur dan yang lebih penting boleh berfikir. Tembok pemisah antara manusia dan haiwan.
Apabila melihat sekeliling, anda boleh menyaksikan kebenaran situasi ini. Sikap sombong dan bongkak, paras rupa, agama dan yang lebih utama, kekayaan dan pangkat menyebabkan semua ini berlaku.
Pelarian Rohingya, susuk-susuk kurus bertubuh gelap itu, hari ini menjadi tajuk utama berita dunia. Mereka pelarian, betul. Mereka itu seperti tidak mempunyai negara, betul. Mereka itu menjadi mangsa penindasan, betul. Mereka itu dalam kesusahan, betul. Dan mereka juga adalah manusia, satu yang tidak boleh dinafikan.
Setiap manusia itu, pasti sekurang-kurangnya mempunyai keluarga. Ada yang mempunyai ibu dan ayah, anak dan isteri, sanak saudara atau jika mereka sendirian pasti juga mereka mempunyai kawan. Jangan dinafikan.
Apa yang berlaku ke atas pelarian Rohingya pada hari ini memang melambangkan betapa manusia semakin kehilangan sifat kasih sayang sesama insan. Sudah tidak lagi punyai belas simpati kepada kesusahan orang lain. Sudah tidak lagi mahu mencuba membayangkan duduk tubuh sendiri pada lokasi kesusahan orang lain. Bukan mencuba kesusahan tetapi cuma berimaginasi. Tidak.
Mereka dipukul, mereka tidak diberi makanan bahkan selipar untuk mengalas kaki juga tidak mampu disediakan. Bukti manusia yang melihat susuk mereka dengan batasan paras rupa, batasan agama dan kekayaan.
Sebenarnya, kita tidak perlu ke Thailand untuk melihat kekejaman manusia ke atas manusia. Kita tidak perlu ke Guantanamo itu mengejek penindasan ke atas hak asasi seorang manusia. Kita tidak perlu ke Gaza untuk mencari bukti bagaimana agama boleh menjadi sempadan kesombongan manusia.
Semuanya wujud di depan mata sendiri. Semuanya terhidang di dalam ‘rumah’ kita sendiri. Semuanya tersedia di mana sahaja kita berada. Bagaimana untuk melihat, ia adalah bergantung kepada kebijaksanaan kita. Dan sifat kemanusiaan kita sendiri.

3 comments:
wah betul2 feeling lu punya entry kali ni bro...menitik air mata wa baca tp dlm hati je la blum nitik real lagi...maybe lu dok berjauhan dgn istri n anak2 kot lu punya sensitiviti lebih skit pd sblum2 ni :)..mmg betul la ape lu tulis tp hakikatnya kita di tempat mana skng??kita pun kadang2 bukan prihatin pun dengan nasib pelarian2 ni..so kita sama2 la berdoa agar kita dapat hidup dalam keadaan aman damai spai akhir zaman..tp semua xmustahil akan berlaku bila mana tuhan nak maka "KUN FAYAKUN".
apa cerita? wa dengar negeri sembilan pun mau tukar gomen. betul ke? :)
2 semua kabar2 angin busuk je lu dpt hidu bro...apepun BN tetap teguh lagi berkibar kat N.S xde lansung nampak nak bertukar bendera apetah nak turunkan sama kali tidak eheheh
Post a Comment