Wednesday, January 21, 2009

Dari Al Mafraq ke Al Marj

Masa mula sampai di Jordan dulu, gua terus dihantar ke Irbid,bandar kedua terbesar di dalam Jordan. Okay lah, ada banyak kedai-kedai dan bangunan yang membuktikan Irbid sebagai bandar kedua terbesar. Itu dulu, tahun 1995.

Di Jordan, penempatan untuk ke universiti, macam apply UPU kat BolehLand, keputusannya akan disiarkan di dalam suratkhabar. Jadi, suratkhabar hari Jumaat itu, nama gua pun dah tersenarai. Mafraq! Itu kawasan padang pasir. Semua orang sudah suka. Gua bakal jadik penghuni padang pasir, yang daripada cerita semua manusia masa tu lah.

Mafraq, pada tahun 1995, memang agak menakutkan gua yang masa tu baru lepas terkejut dengan lampu-lampu jalan di KL selepas SPM. Maka 2 tahun yang pertama, gua sanggup berulang sejauh hampir 60 km, tinggal di Irbid. Cuma selepas berjumpa cinta pada tahun 1997, gua tiba-tiba melihat Mafraq sudah seperti Seremban lalu gua pun berpindah. Itu cerita lain.

Mafraq, sebenarnya bukanlah teruk sangat. Serius, bukan sebab di situ ada cinta. Setelah 3 tahun di Mafraq, memang gua rasa inilah bandar kedua paling best dalam dunia. Nombor satu memang Jelebu, tiada kompromi.

Mafraq ada pekan yang yang kecil dan padat, tetapi tersusun. Lu boleh dapat semua yang lu mahu di Mafraq, kecuali McDonalds dan KFC. Tapi alternatif kepada makanan segera, memang tidak mengecewakan. Bukanlah satu masalah besar.

Sistem pengangkutan yang boleh dikatakan sistematik. Coaster dan juga teksi mudah dan sangat efisyen walaupun kondisi yang bukanlah lima bintang. Tapi Subaru Impreza dan Mercedes Benz model terbaru adalah antara line-up teksinya.

Itu Mafraq, pada tahun 1995 sehinggalah gua blah pada tahun 2001. Mafraq masih lebih kurang dalam keadaan yang sama dengan sedikit pembaharuan di sana sini. Namun ia masih lagi kekal sebagai antara bandar kegemaran gua, walaupun masih banyak kekurangan. Setidaknya belakang flat gua dulu sehari dua kali keretapi ke Damsyiq pergi dan balik akan lalu. Boleh menjadi hiburan melihat keretapi semi-automatik melalui laluan yang wujud sejak ratusan tahun.

Sekarang? Inilah puncanya gua bernostalgia. Sebelum ke sini, gua hanya meletak Mafraq di dalam minda sebagai paras membuat perbandingan kemunduran sesebuah tempat. Walaupun gua pernah melihat pekan-pekan kecil sekitar Turkey, Syria dan German, namun apa yang gua nampak sekarang memang di luar jangkaan sama sekali.

Al Marj, juga wujud di Jordan. Tempat kami berkunjung setiap tahun untuk mempamer aksi setaraf pemain terbaik FIFA 2008. Tapi Al Marj yang ada di Libya sekarang ini, yang menjadi tempat gua bernafas sekarang, adalah jawapan mungkin, untuk Mafraq 30 tahun yang lepas, Kuala Lumpur 200 tahun yang lepas, dan Mekah 2000 tahun yang lepas.

Malam tadi kali pertama gua ke Al Marj, bandarnya. Untuk mencari selipar tandas. Dalam keadaan bandar yang berdebu, ribut pasir yang agak kuat, sampah yang berterabur, gua mengambil masa hampir sejam untuk mendapatkannya.

Itu baru cerita nak beli selipar. Agak-agak kalau lu nak cari kedai nak repair cermin mata macamana agaknya? Kedai repair komputer? Menurut seorang mamat di sini, kedai repair komputer ada 5 biji, tapi 3 biji itu ialah tempat menjahanamkan komputer.

Di sini ada coverage telefon bimbit, Al Madar dan Libyana. Tapi entah apasal sampai hari ni wife gua masih tak boleh SMS ke sini. Mungkin ini boleh membahayakan beberapa maklumat rahsia kerajaan. Berbual melalui telefon sahaja yang boleh untuk keuntungan sesama pihak telco. Akibatnya gua dengar ada yang terpaksa berbelanja hampir 300 dinar sebulan untuk berhubung ke BolehLand. Itu belum cerita pasal diorang belanja beli rokok. Situ aje gua sudah menang banyak.

Petang nanti gua cerita lagi. Mamat tukang buat air depan bilik gua sudah masuk hantar cappuccino. Jadik boss apa barang minum teh o kan?

10 comments:

mama said...

hai darling..
entry pertama dari libya ye.
sebut mafraq teringat seribu satu cerita di sana satu ketika dulu.
adusss...
kenepa awak tak boleh terima sms saya lai ye... orang lain macam mana?

Anonymous said...

kak muiz... coba hantar dari web guna www.wadja.com, kut2 lah boleh hantar :)

baba zahra... best tulisannya.. tulislah lagi..:) suka sangat bacanya..hahhaa tak boleh bayangkan macam mana bentul al-marj :D ternyata ada marj jua kat libia.. ingatkan kat karak jer

NURAZZAH8 said...

salam dari Bolehland ke Libya...
wow ...dah jadi boss ya kat sana...bestlah ada orang tukang buat capuccino...ada tukang masak, tukang dobi, etc? mesti adakan...full package kan....

2005 - awal 2007 my hubby pergi kerja kat Pakistan...nun kat utara kat kampung apa ntah... bila akak tanya keadaannya... hubby cakap, bayangkan Malaysia 30 tahun dulu...macam itulah tempat dia duduk..hehehe...dia cakap, naik kenderaan kat sana tak sah kalau tak bunyi hon..so boleh imagine betapa bisingnya kat jalan...lepas tu main redah aje lampu merah, hijau ke, kuning ke...drebar bukan kira...
...so apa guna ada traffic light kalau tak guna? ...
SELAMAT MEMULAKAN KERJA DI SANA...

p/s: rakan sekerja saya ada seorang kahwin dengan orang Libya....

Anonymous said...

ish2..agak sadis betul bila baca citer lu kat sana bro...wa dapat bayangkan mcm mana teruknya keadaan sana kalu nak dibandingkan dengan mu'tah ke mafraq ke...apetah lagi sweileh eheheh...apepun semga lu berjayala menyesuaikan diri sebagai badwi libya ...n lagi satu dari segi loghat lu leh faham ke ammiah sana bro??...msih leh guna pakai shu biddak lg ke???

FabulouswithAs said...

wah2 nostalgia joden xputus2 smpai skang...xsuke mafraq!...susah nk dpt teksi,bas susah,kedai jauh giler..seriyes kalo dtg Mafraq rase mcm masok banda cowboy mane nih...hek3...wah2..xdpt byg almarj cmne..

The.Libyaman said...

anon,
wa pilih al marj karak seribu kali lebih ke depan.

kak azzah,
ok lah tu ada trafik light lagi kak. sini dengan jalan simpang siur, x nampak apa pun. seme berdebu aduhai. nanti saya upload gambar boleh evaluate. rasanya yg ngajar UiTM tu kahwin dengan Libyan mcm saya dah dengar...kat mana ya? dia nak balik Libya tahun ni kan?

benz,
sini ammi cam haram entah apa dia main petik. wa duduk opis 2 hari aje dah lalu macam air dah. nak buat cemana, bawah gua ada 3 org arab wa kena check. xkan mau cakap style Mafraq plak.

asma'
ish ish ish org yg x duduk mafraq selalu cakap mcm tu. padahal mafraq tu lagi senang nak dapat bus n teksi berbanding Putrajaya.

LuciusMaximus said...

bro, apa hal kat libya lak ni? kerja ngan muammar gaddafi ke?

kau jangan balik nanti jadi ibrahim libya sudah...

hehehe!

Anonymous said...

Salam boss, pengalaman baru buat lu di sana... memanglah terasa asing dan sedikit sedih.. tapi nanti selepas tiga tahun. Pasti itu yg lu rindukan.-kidin-

The.Libyaman said...

max,
wa jeles dengan lu pegi sabah. hehe boleh gak tu kan lepas balik dari sini wa bubuh nama libya.

kidin,
hehe punkrock never die. bila lagi nak jejak kaki ke bumi revolusi penuh barakah

mama said...

hola hola darling...