Friday, January 16, 2009

Entri Terakhir Menggunakan Harta Lelaki Ketiga Terkaya di BolehLand

Dulu, gua dengar cerita, punca utama Akmal Rizal gagal menyerlah ketika ujian bersama kelab di Peranchis ialah kerana masalah makanan dan rindukan kampung. Katanya dia tidak bersemangat kerana tidak lagi dapat bersarapan dengan nasi lemak serta roti canai.

Kalau tidak silap gua jugak, ada beberapa lori lagi pemain bolasepak BolehLand yang berlatih di luar negara, atau menghadiri sessi ujian, kemudiannya mengadu tentang masalah makanan. Bahasa memang masalah utama kerana kita semua faham tahap kecerdasan minda mereka berdasarkan gaya permainan mereka sendiri. Itu cerita lain.

Dan kalau lu perhatikan, atlit-atlit yang mahu berlatih di luar negara, akan bawa stok makanan yang banyak. Kalau mahu menyertai temasya sukan, dengan tukang masak sekali kena angkut. Cili padi, serai, daun kunyit dan juga belacan. Maka akibat perubahan suhu kebiasaannya, bahan-bahan makanan itu sudah cacat keasliannya sekaligus memberikan kesan kepada prestasi para atlit. Dan juga pemain bolasepak.

Gua juga pernah bikin benda bodoh macam tu. Ketika pertama kali mahu ke Jordan, gua sering mendapat nasihat daripada seorang abang senior. Mendengar labun tentang Jordan, keseronokan mencari bundle, awek-awek Arab di Amman juga tidak lupa tentang parabola 500 channel.

Salah satu nasihat paling berguna yang gua telah terpaksa ikut ialah membawa bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan bawang kecil. Serius. Selain itu gua juga membawa 4 tin susu F&N saiz besar, 3 tin sardin cap ayam, satu peket Milo saiz sederhana dan 20 bungkus Maggi.

Akibatnya semasa timbang beg di airport, berat beg gua telah berlebih sekali ganda sampai satu suara sumbang telah sampai ke telinga gua ”apa lu bawak lesung batu sekali ke?”

Itu di airport Subang, ketika itu tahun 1995. Drama berikutnya ialah setelah gua sampai di Jordan. Sessi mengemas beg, di rumah senior yang sama, yang masih lagi di BolehLand ketika itu. Bersama rakan serumahnya, yang gua tidak pernah kenal langsung wujud susuknya. Gua masih terbayang lagi bagaimana mamat ni gelak sampai berguling-guling sambil memegang perut. Suara sumbangnya masih lagi gua rakam dalam hard disk otak gua ”Apo mentedaghah sampai bawang pun kau bawak nieee”

Cukup sekali, itu sudah jadi pelajaran paling berguna. Meletakkan makanan sebagai satu kepentingan, pasti akan menyebabkan hidup lu sukar. Lebih teruk lagi lu bakal menjadi bahan ketawa. Kali ini gua cuma bawa bekal Maggi Curry 5 bungkus. Itu memang bekalan yang sukar. Gua sangat pasti.

11 comments:

Jorji said...

muahahaa..lu ni,dapor pun lu nak bawak! Tukartiub pergi mana-mana bawak baju je skit.

bila nak pergi ni? gua nak hantar airport,peluk2..

cayala..akhirnya lu pilih gak..gua nak teh!

mama said...

doaku semoga segalanya selamat ...

silversarina said...

Salam,

Hahahaha, belajar dari pengalaman ye , kalau bawak bawang pun rasanya tak sempat nak masak nanti..hehehe.

Selamat berkerjaya di rantau orang , usah dirisau mama yang tinggal, InsyaAllah selamat semua .

Anonymous said...

kenal ikram khalil?

FabulouswithAs said...

wow..smpai bawak bawang????lawaknye..gelak guling2..
nak berangkat ke manekah??

Anonymous said...

j,
wa dah sampai cairo nie. teh apa? teh tarik? hehe nanti wa e mail. mlm td MU dah ke atas hahaha. puas hati gua.

kak ina,
saya bawak bawang bungkus suratkhabar. sedih jugak kalau ingat2 balik. dah sampai cairo nie. flght ke Benghazi jam 9 pagi.

fbxsb,
x kenal lah. budak bawah2 kot

asma'
Libya. ardh al qa'id al azim. hehe. kerja 3 tahun.

Anonymous said...

muhahahah..apo mentedaghah ko nak makan niiii...pocah porut den baco wehhhh...mcm konal yo sapo cakap tu muhahaha skali lagi...ok la bro apopun wa ucapkan lu slamat la mkn megi curry kat sana smbil layan falafil wa qotaiyif maa qustoh bil laban...smga sukses di sana..dah kaya jgn lupo kengkawan bro.

ayobkelubi said...

tu ah pasal, gua dulu sib baik tak kena cong cam lu gak,gua port bawak maggi aje sebab cepat dimasak sedap di makan!. hahaha.

NURAZZAH8 said...

Hurm...Selamat berkerjaya di negara orang...MEMANG..bawa maggi jek banyak-banyak...tapi tak elok juga...berpada-padalah...buat alas perut semasa baru sampai ke..
lepas tu..makan aje makanan Arab tu...akak lagi suka makan makanan Arab... dulu pergi Jordan dan Syria...sedapnya makan nasi Mandi, Beryani dan Maqlubah ... semua sedap... dan halawiyat!nyum....nyum... ni kena pesan kat Asma' suruh beli bebanyak bila balik nanti......

Anonymous said...

good luck di rantau org *thumbs up*

alah...mcm tak biasa, ye tak? ;)
it's like 1995 all over again, the difference is only the age number..hehe!

syik s. said...

last time den poie obersi...bawak maggi yo mmg dah memadai...kuk nak bawak bawang apo semuo, baik angkut yo omak apak datang sekali...:P