Wednesday, February 04, 2009

Macam Cerita Ekonomi Daripada Seorang Yang Bukan Pakar Ekonomi

Setiap pagi, apabila mengambil sarapan di cafeteria, gua akan lepak tempat duduk paling depan sekali. Satu meter setengah dari televisyen. Rabun jauh adalah satu salah satu puncanya, tetapi gua sudah terbiasa dengan berita dan masih belum mampu mengikis sifat orang berita yang suka menonton berita. Kononnya lah.

Setiap pagi biasanya sudah ada makhluk yang akan pilih BBC atau pun CNN. Kadang-kadang aje ada kutu yang bangun awal dan datang sarapan awal, terus tekan MTV. Alasannya mahu menyegarkan telinga dengan music pada pagi hari sambil menyegarkan mata dengan video klip Lady Gaga. Itu cerita lain.

Sudah hampir seminggu ini, CNN khususnya membuat liputan tentang situasi ekonomi di Amerika Syarikat. Dalam tempoh seminggu ini juga, mengikut perhitungan tanpa kalkulator gua, sudah lebih daripada 10 buah syarikat gergasi yang bakal melingkup. Terbaru hari ini ialah Chrysler. Manakala General Motors pula melaporkan jualan keretanya melingkup 49% untuk bulan January lepas berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Tapi tetap tegas masih mampu bertahan.

Ada banyak lagi company yang dalam tempoh seminggu ini, mungkin melingkup, bakal melingkup, ada potensi melingkup dan sudah pasti melingkup. Mereka bukanlah Syarikat Ah Hing Pembekal Makanan Ayam atau pun Encik Maarof AJK Umno Lembah Pantai Kontraktor Binaan Berdaftar Kelas A Modal RM1.5 juta, tetapi kalangan mereka pernah tersenarai dan masih tersenarai dalam Fortune 500. Dunia dan bukannya Asia.

Dua hari lepas, Encik Rambo yang bukan kontraktor binaan mahupun ahli AJK Umno Taman Equine telah memberitahu gua keperitan ekonomi di tempat kerjanya. Potongan gaji 10% bakal dilaksanakan. Member di Astro pula bagitahu, KRA tahun ini sudah wajibkan 10% dalam setiap department akan merasa Below Expectation. Sekaligus membawa maksud tiada performance bonus, tiada increment dan kemungkinan diberikan probation period selama 6 bulan sebelum encik-encik dan puan-puan bos bersidang menimbang untuk mengekalkan atau ditendang.

Dalam masa yang sama pula akhbar BolehLand menyebut Sime Darby menafikan mereka rugi sebanyak RM800 juta bagi projek di Qatar. Mungkin bukan RM800 juta tetapi RM500 juta atau pun RM499 juta. Ia tetap duit dan ia tetap kerugian. CIMB pula menafikan akan membuang para pekerja ketika mengharung suasana ekonomi yang tidak menentu tetapi mereka tidak pula menafikan beberapa optional lain untuk mereka terus bertahan seperti mengikut langkah syarikat Encik Rambo, mengikut langkah Astro atau pun mungkin menawarkan skim penamatan perkhidmatan sukarela. Mereka tetap tidak memberhentikan pekerja apatah lagi membuangnya.

Dan jika berpandukan nasihat mentor gua pulak, apabila suratkhabar BolehLand melaporkan tidak bermakna sebaliknya. Jika akhbar melaporkan tidak ada maksudnya ialah ada. Jika akhbar mengatakan tidak rugi, maksudnya di situ ialah rugi. Itu juga terpulang kepada pendirian si pembaca sendiri.

Cuma apa yang bukan pakar ekonomi mahu ulas di sini ialah, dunia sememangnya berada di ambang krisis. Dunia, termasuk Amerika Syarikat, teraju ekonomi yang baru sahaja berangan mendapat seorang Messiah telah juga turut terkesan. Konglomengrat di Amerika yang pendapatannya hampir sama dengan 10 buah negara Afrika juga turut terkesan. Mereka mengaku dan mereka juga bersedia.

Tapi apabila bukan pakar ekonomi ini melihat kepada teraju-teraju politik BolehLand ketika ini, mereka nampaknya lebih sibuk membincangkan berapa puluh juta si polan ini dapat jika menyertai United Malays National Organization atau pun jawatan apa si polan itu terima jika keluar dari United Malays National Organization.

Gua hanya dapat C4 sahaja ketika mengambil pelajaran Ekonomi Asas dulu tapi rasanya jika gua menjadi seorang ahli politik sekarang, tidak susah sangat untuk gua berfikir yang ekonomi perlu diselamatkan dulu bagi memastikan kemenangan berkekalan politik rakyat. Oh mungkin sebab gua bukan ahli politik agaknya.

6 comments:

Elbaritii said...

Salam.

Tak dapat nak sms ko lah. Mmmm tu le pasal, Nasa tu macam umpan aje. Tapi, boleh jadi dak juge, sebab tengok muka dia masa belakang najib tadi, sugul aje.

Apa-apa pun, Najib dah tewaskan Anwar.

reverie said...

View kao cantik lah. Tapi mereka2 ni ape kisah. janji perut mereka lepas. tang krisis ekonomi ni nanti akan ada masa pembaikpulihan semula punya. Economic recession berlaku setiap 1 abad ikut sejarah. last happen in 1998. Jadi ini proses yang berulang2.

tgk2 kan blog ini
www.reveriemalaya.blogspot.com
(cari makan sikit ja)

Rembo said...

gua tahap suffocate dah ni. Deduct self expenses. errrghhhh!!!

ayobkelubi said...

yelah, dlm sibuk org kena buang kerja,kilang jadah tutup,sibuk2 pulak derang nak citer pasal benda nie kat sini.

bikin panas betul beb!

ayobkelubi said...

revrie : bukan satu abad, satu dekad,yup,cikgu akaun aku pun cerita benda yang sama..dia berulang-ulang.

The.Libyaman said...

omar,
rasanya ada orang lain yang sedang tepuk tangan sambil matanya lelap

revrie,
kita kena keje mati matian utk benda yang sama setiap 10 thn. kejam aa.

rambo,
praktis kan tenik serangan balas secara solo atau pun berkumpulan

ayob,
apa nak buat yob, deme tu semua bukan nya peghenah kene buang keghoje.