Dulu, sebelum kewujudan handphone, gua rasa memang kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi. Pergi ke sekolah, gua masih ada ramai kawan dan selepas pulang dari sekolah gua masih juga ada ramai kawan. Kami tetap berhubung.
Apabila telefon rumah muncul, yang gua tahu cuma nenek gua dan makcik gua sahaja akan call setiap hari. Itu pun sebab nak cakap dengan mak gua. Oleh kerana itu telefon rumah memang tidak penting langsung untuk gua. Kecuali selepas dah pandai nak call anak dara orang.
Juga computer dan laptop yang bagi gua sebenarnya satu punca kerunsingan pada hari ini. Dulu manusia boleh jugak hidup tanpa computer. Kita tidak kisah jika tidak menerima surat. Tidak menerima khabar berita orang lain. Kerana kita hidup dalam kelompok yang kecil mungkin.
Gua kehilangan nikmat computer selama hampir sebulan. Terasa begitu susah. Mujur ada manusia bernas yang mencipta telefon bimbit yang tidak ubah seperti computer, walaupun gua terpaksa menaip secara berhati-hati sambil mengecilkan mata untuk membaca tulisan. Itu pun satu nikmat yang menyusahkan jugak sebenarnya?
Bagaimana mereka hidup dahulu? Pergi belayar atau bekerja berjauhan dengan keluarga. Atau belajar ketika zaman tiada internet dan telefon?
Ah! Gua belum cukup handal rupanya.