Thursday, September 10, 2009

Entah Apasal Gua Tiba-Tiba Sentimental Sangat


Benda yang paling gua suka sepanjang bulan Ramadhan ialah murtabak. Dulu di pekan Kuala Klawang hanya ada seorang sahaja penjual murtabak. Masa tu konsep pasar Ramadhan belum lagi muncul kerana Majlis Daerah Jelebu hanya sibuk menganjurkan pertandingan bolasepak dan menguruskan Dewan Besar untuk majlis-majlis kerajaan.

Penjual murtabak ini akan parking stall murtabaknya di depan sebuah kedai pakaian di tengah-tengah pekan. Murtabak hanya akan dijual pada bulan Ramadhan dan pada masa lain dia hanyalah penjual apam balik dan kuih bugis. Harga murtabak pada ketika itu ialah RM1.80 sekeping. Saiz besar dan padat dengan inti daging bukan kedekut macam penjual murtabak hari ini.

Setiap petang, arwah abah gua akan ke pekan. Beli sekeping murtabak untuk gua. Jika tahun itu bulan Ramadhan ada 30 hari, maka 30 keping murtabak akan menjadi mangsa gua setiap hari berbuka. Ini kerana jika kami berbuka di rumah nenek gua sekalipun, bekalan murtabak sekeping memang tetap kena bawa. Arwah abah gua akan tetap ke pekan, dan menariknya, pakcik penjual murtabak itu akan dengan sendirinya sudah siap sedia dengan sekeping murtabak. Arwah abah gua cuma perlu berhenti dan terus bagi duit dua ringgit sambil penjual murtabak itu memulangkan baki 20 sen di dalam plastic murtabaknya.

Ada satu hari tu, gua ke pekan dengan arwah abah gua. Raya sudah semakin dekat. Arwah abah gua sudah janji nak belikan gua seluar jeans. Kami pergi ke kedai pakaian, tempat penjual murtabak tu parking stall murtabaknya. Dia nampak kami masuk dan gua sedang pilih-pilih seluar jeans. Budak umur 11 tahun, dapat beli seluar jeans Puma untuk hari raya, memanglah excited. Lepas siap beli kami terus keluar jumpa dengan pakcik murtabak tu.

“Kalau abah adik belanja seluar, hari ni pakcik belanja murtabak pulak”

Gua senyum sambil ambil plastic murtabak dan ucap terima kasih. Berbuka murtabak free gua hari tu. Balik rumah senyum sampai bersambung dengan telinga. Lepas makan murtabak gua terus test seluar jeans Puma. Antara hari-hari menjelang raya yang paling bahagia dalam kehidupan kanak-kanak gua.

Hubungan dagang dua hala antara arwah abah gua dan penjual murtabak itu berterusan sehinggalah gua masuk asrama. Ketika hujung minggu gua pulang bercuti, arwah abah gua akan terus dengan tugasnya membelikan gua murtabak. Pakcik penjual murtabak juga hanya akan menyediakan murtabak jika arwah abah gua datang ke stallnya, yang sudah pun berpindah secara berkelompok di pasar Ramadhan. Di situ juga sudah ada 3-4 orang lain yang cuba-cuba untuk menjual murtabak.

Satu hari, dalam bulan Ramadhan, arwah abah gua teringin nak makan murtabak. Pakcik penjual murtabak tu terus tanya arwah abah gua.

“Apasal adik dah lama tak datang beli murtabak?”

Dia seperti terkejut apabila arwah abah gua beritahu yang gua ketika itu sudah pun belajar di Jordan. Mungkin dia ingat gua sudah tidak lagi suka makan murtabak, atau sudah bertemu dengan murtabak yang lebih sedap.

Dalam hidup ini, kadangkala kita kerap menyesali sesuatu. Kita rasa terkilan. Kita rasa tidak kesampaian. Ada hajat yang gagal dipenuhi. Selebihnya kita akan berpuas hati dengan kehidupan yang kita nikmati.

Ketika Ramadhan ini, sesudah berusia 32 tahun gua juga merasai perasaan terkilan itu. Gua juga rasa ada ketikanya banyak hajat gua yang tidak kesampaian. Ada sesuatu yang gua terima tapi tidak dapat gua kembalikan. Sekarang gua sudah pandai buat murtabak sendiri dan gua sudah ada kemampuan untuk beli seluar jeans sendiri. Gua sudah pandai buat murtabak untuk orang lain dan gua juga sudah ada kemampuan untuk membelikan orang lain pakaian.

Tapi pakcik penjual murtabak itu sudah tidak lagi berniaga. Stall murtabaknya sudah menjadi stall apam balik dan kuih bugis sahaja. Air tangan generasi keduanya tidak menyentap selera gua. Lagi pun gua sudah pandai buat murtabak sendiri.

Arwah abah gua pulak sudah lebih 7 tahun meninggal dunia. Sejak pulang dari Jordan pada 2001 dan bekerja, gua hanya mampu sekali membelikan arwah abah gua pakaian raya. Ketika Aidilfitri terakhirnya tahun 2002. Juga murtabak, yang hanya sekadar beberapa kali gua belikan ketika pulang ke kampung tapi bukan buatan gua sendiri. “Hutang” murtabak gua dan seluar jeans dengan arwah abah gua tidak akan selesai sampai bila-bila. Itu sahaja yang gua terkilan.

21 comments:

reverie said...

kali ni memang sedih entri ni. sentimental habis.

Al-fatihah banyak2. doa. saham akhirat utk mak ayah kita. =)

silversarina said...

Akak yang nak meleleh airmata baca n3 ni.

Memang dalam hidup ada perkara yang tidak dapat diulang semula , apapun kisah ini adalah satu kenangan manis yang akan menjadi kenangan ke akhir hayat .

KOYAN said...

ish...ish..ish..teringat kari jabar.....

Button Planet said...

Salam, sedih tul...sabar...sabar...lagi 5 hari saja lagi...

Kak Azzah8

Jorji said...

bro, tabahkan hati, balas hutang tu tempat lain/cara lain.

Lien Fayzal said...

sadis ar Zul.. memories will never die kn.. syabas beta.. murtabak satu zul ;)

hobenz said...

weh bro apa kata raya tahun ni wa mai rumah lu bikin murtabak ayam ke daging ke teringin plak wa nak raso mcm sodap yo citer lu tu...eheheh

mama said...

B.. doamu buat abah yang tak akan putus... percayalah....

semi said...

bai, ekau buek den sobak la..
thanks..

TOOLBOX said...

Bro

Tahun ni bukan yo takdo murtabak.. lu pun tak dapek lar nak carik Lailatul Qadr kek belakang umah lu :)

Nabi posan.. dalam sari duo-puloh ompek jam kito kono ingek kek mati atleast sekali.. dah makin tuo dan dah berumor dah kito ni semuo.. esok2 anak2 kito lak raso sentimentel teringek kek hayahnyo suko nyumpah tivi bilo nengok bola :)

Selamat hari rayo! maaf yo mano yang gua kutuk2 lu tu.. tapi memang boto pun.. MU memang hampeh!

Hint PerihaL said...

lu punya cerita...

buat gua rasa nk makan muratabak....

babazahra' said...

rev,
thanks bro. selamat hari raya.

kak ina,
tiba-tiba aje layan blues ni.

koyan,
tomyam jabar lagi sedap daripada karinya.

kak azzah,
sudah di malaya ni. bila yer boleh datang rumah akak, minyak wangi nk pakai raya hehe.

j,
boleh bayar kt tempat lain. tapi hilang dia punya feel hulur pakai tangan sendiri. selamat hari ghayo beb.

lin,
takkan nak order sekeping aje?

benz,
klawang dah takdo murtabak ko?

semi,
jangan sobak. nk ghayo dah ni. kena ambik mood hepi semula

bro,
makin lu benci ngan MU wa tengok makin bagus plak. hehe. beb selamat hari raya.

hint,
apa lagi beb, sempat lagi ni. PARAM belum close lagi.

Lien Fayzal said...

Zul - sekeping dlu wut tester,, klu kompem menjilat jari, gua order 100 keping tuk open hse.. hahaha..

Nway.. slmt ari raye.. klu ade kelapangan sggh la beraye kt umh aku eh..

Wak Arjun said...

Salam Eidul Fitri Baba. God Bless.

Unknown said...

bro, sedap sgt ke??? bole lawan murtabak singapore kt muo tu ke???? haha

Boleh said...

Polis = Melayu = Rasuah
Askar = Melayu = Panglima2 bodoh
Bank = Melayu = Jadi kuli
Hospital = Melayu = Balaci untuk doktor india hahahahaha…
Sekolah = Melayu = Bodoh2 belaka (nasib baik ada cikgu india dan cina)
Sistem Kehakiman = Melayu = Senang dibeli (anne VK Lingam juga control badut2 melayu kapiaq hahahahaha)

YOU GO AND EAT SHIT!!!
YOU HAVE NEVER IMPROVE YOUR BRAIN AND STILL EAT SHIT
You scumbag..........were really have no brain, the head is full of tahi
Dey subsidize melayu kapiaq mother fucker, why are you bucking like anjing kurap lol…lol…lol…lol…lol…hahahahaha…

killer said...

kill all malay pig in malaysia.

vesewe said...

Never mind, because UMNO already brought us disaster for last 30 years! No one would be worst than this.

romsam said...

Malaysians must wake up now and kick BN out from the federal government. If Malaysians dreaming about BN can change, it will be a disaster for Malaysia. I don't want to mention all the wrongdoings of BN - it will be a long list that this page will never able to feed in.

konek said...

At first UMNO lost grounds to PAS. Then UMNO lost grounds to PKR and now it is losing grounds to DAP! Looks like UMNO will be an "empty vessel" by GE13!

Wak Arjun said...

Salam Baba...

Wa rindu kat lu...

Lu dah kena cekup ke mende?