Sunday, April 18, 2010

Apa Akan Jadi Jika Gua Masuk UMNO

Dua hari lepas gua balik ke Malaya dulu, arwah abah gua sudah bawak gua pegi pejabat Ahli Parlimen Jelebu. Gua rasa orang gila aje yang tak kenal siapa Ahli Parlimen Jelebu. Bagi manusia umur boleh mengundilah, faham?

Gua pun tak tahu mana arwah abah gua dapat borang tu. Tapi yang pentingnya sebelum pegi, gua kena ambik gambar passport dulu untuk tampal di muka depan borang. Gua pun tak tahu macamana borang itu boleh wujud, tapi ia adalah borang maklumat diri untuk lepasan ijazah. Tujuannya ialah untuk menggunakan saluran Ahli Parlimen bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Baru dua hari balik Malaya, gua memang belum ada mood untuk gunting rambut. Jadi gua sudah boleh agak isu rambut akan menjadi usul yang dibahaskan dalam Parlimen, errr…pejabat Ahli Parlimen. Dia cakap dengan gua “apo lak ghoman eh hah dah macam pak sedagho eh si Karl Marx tu…” Karl Marx tu gua tambah untuk nampak lebih antarabangsa. Dia cakap dengan gua suruh potong rambut lepas ni. Gua angguk sambil cakap dalam hati “gua belum kerja takde duit nak pegi potong rambut”.

Gua desperate kah? Ahli Parlimen tu cakap dengan gua, masa tu Jabatan Penerangan sudah bukak secretariat baru, Jabatan Hal Ehwal Khas. Gua belum ‘into’ lagi dengan nama-nama jabatan ni, maka gua angguk sahaja lah. Dia cakap lagi dengan gua yang jabatan tu memang perlukan graduan Timur Tengah. Kira jadi “suara Islam” dalam kerajaan lah. Kena bagi ceramah dan penerangan kepada masyarakat tentang Islam dan bla bla bla. Woooo! Patut pun dia suruh gua gunting rambut. Jadi ustaz lah tu kalau tak salah gua.

Arwah abah gua sewaktu sessi memperkenalkan gua tu, dah tak intro nama gua lagi, terus aje kasitau yang anak dia sudah balik dari Jordan. Gua syak memang sudah wujud konspirasi peringkat tertinggi antara mak gua, abah gua, atuk gua dan Ahli Parlimen Jelebu itu, sebelum gua beli tiket balik ke Malaya lagi. Sebab gua tahu diorang semua memang rapat. Dan Ahli Parlimen Jelebu itu pulak, bila gua nak blah terus tepuk-tepuk bahu gua sambil cakap “nanti minggu depan datang sini lagi kita bawak kenal-kenal dengan “pemuda” pulak, boleh aktif sikit nanti senang nak jadi pelapis”. Lu tahu apa yang gua bayangkan masa tu? Seluar hitam baju putih masuk dalam lengan pendek dengan songkok. Plus kasut kulit hitam. Sambil nyanyi lagu UMNO.

Mak dan abah gua memang bertindak tepat. Mereka mahukan yang terbaik sahaja untuk anak mereka. Macam gua mahukan benda yang sama untuk anak-anak gua jugak. Cuma cara mereka berfikir mungkin berbeza. Lagi pun gua baru balik kampung dua hari. Segala fahaman komunisme, socialism, Marxism, Leninisme, punkrock, Syiah, Islam progresif, Wahabi, Ahli Sunnah, Salafi Jihadi, Osama Ben Laden dan cara-cara membaca Al Quran dengan betul, masih belum sempat dibincangkan. Gua lebih serius menikmati masakan mak gua masa tu. Apa barang socialism kalau nak compare dengan telur itik masak lemak dan ikan sembilang goreng berlada kan?

Mak dan abah gua mungkin tak tahu, Karl Marx selalu hantar e mail pada gua masa gua di Jordan dan gua mempunyai pandangan yang lebih terbuka akibat pengaruh tulisan-tulisan Karl Marx yang sampai ke otak gua masa tu. Mak dan abah gua mungkin tidak tahu itu sudah melanggar artikel 5.1 perlembagaan punkrock seDunia. Gua sudah potong jalan. Ambik jalan mudah. Tak mahu usaha lebih. Tak mahu bikin peluang sendiri. Tak mahu bersaing. Lebih teruk lagi, gua mungkin terpaksa angguk pada semua perkara. Atau lebih hina lagi, gua akan terpaksa mendaftar menjadi ahli UMNO, seminggu selepas itu. Itu adalah bencana. Disaster kata orang Jelebu. Climax kata orang Jerantut.

Cukup seminggu di kampung gua pergi ziarah Karl Marx di Kamunting. Gua singgah di KL untuk interview jadi trainee journalist. Kemudian gua cuba nasib untuk satu interview lain. Tanpa perlu tandatangan Ahli Parlimen Jelebu. Atau pun nombor keahlian UMNO. Gua dapat dan gua rasa puas. Sekurang-kurangnya gua boleh bagi duit pada mak dan abah gua. Dengan usaha sendiri tanpa bantuan orang lain. Gua tidak perlu membodek untuk mendapatkan sesuatu. Gua tidak perlu berbohong kepada sesuatu yang betul. Sekurang-kurangnya gua boleh jimat duit daripada bayar ke tukang gunting. Sekurang-kurangnya gua tidak menutup peluang orang lain, kerana jika gua berjaya disebabkan “kabel” Ahli Parlimen Jelebu, pasti ada orang lain yang lebih layak telah dinafikan peluangnya. Itu hakikat.

Kadang-kadang, hari ini gua terfikir, apa akan jadi jika gua sekadar bersetuju untuk memuaskan hati mak dan abah gua pada ketika itu? Tapi gua tidak pernah menyesal. Kerana jika gua terima, mungkin hari ini gua sedang memakai baju putih seluar hitam dan songkok, sambil menyanyi lagu UMNO di Hulu Selangor. Dan dompet tebal dengan hasil projek gerombolan. Sambil gua tengok bini Hishamuddin Hussein tidak bertudung, tapi gua takut untuk menegur bahawa itu salah kerana bimbangkan periuk nasi gua tergugat. Period.

26 comments:

mama said...

takpe mudah2an ini lah jalan yang paling diredhai Allah...
kira jangan pandang belakang la ..:)

farid said...

gua respek lu.

I help you, you help me wakakaka... said...

Kalau nak corito pasa kabel nih...den dah kono.

Abah den dah botahun moniago kek luar pasar ampangan. Moningga tuan punyo gorai kek dalam pasar tu. Jadi adola chance den nak membantu abah den kombangkan perniagaan eh.

Oleh kerano den ado pengalaman sobab den kojo dongan multinasional kampeni, den poie interbiu.

Dalam interbiu nak tau den ni umno ko tak...walaupun den dulu umno tapi sobab umno ni bangsat den tak join laie.

Den kobar dulu maso study memang den umno lopeh tu sibuk. Disuruh eh den tukar keahlian dari selangor ko N9. Den kobarkan taknak sobab den nak fokus mombantu abah den laie baik. Tapi dalam ati den dari tolong umno konyang porut sondiri lobih baik tolong orangtuo den.

Akhirnyo jawapan yang den dapek den gagal. Yang dapek gorai tu orang umno.

Bangsat

Anonymous said...

kalau hebat....masuk lah...dan tegur mereka semua. =)

deus X machina said...

kah kah kah
cayalah baba
semoga mereka2 yang sering guna kabel ameno tu baca entry lu ni

Wak Arjun said...

Dan ramai juga Melayu2 bangang yg mengadaptasi peribahasaklasik gerombolan - U cant fight me, u come & join me la... Masyuk maaa....

Tak caya tanya Mamat Bayan, si Alim Kulim dan lain2 yg kunun2nyer pembela anak bangsa tapi rupa2nyer barua duit....

zan said...

Baca perenggan lu yang last tu, wa ingat lu bernafsu dengan bini Hisham Onn tu. Rupanya pasal dia tak pakai tudung..hahaha

Tapi bini dia memang lawa kan? hahaha

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Benda lain lu tulis gua dah tak kisah dah bila gua terbayang lauk telur itik masak lemak... Peh!

zan said...

Cait..ada lu pipi..sms wa xnak jawab..huhuhu

babazahra' said...

mempelung,
dia ingat pasar ampangan tu mak ayah eh yang punyo kot.

anon,
ini bukan pasal hebat atau tidak. ini pasal prinsip. berapa ramai yang hebat yang cuba menegur tapi akhirnya tak bersuara pun malah turut bersekongkol. apakah perlu mencuci tong najis itu dengan kita masuk ke dalamnya? bukankah lebih baik ditendang sahaja masuk ke sungai atau laut biar menjadi tukun :)

babazahra' said...

deus,
gua tak tahu sampai bila kabel UMNO masih boleh digunakan. yang pasti mesti ada tarikh luput.

wak,
kawan gua pun ada kasitahu, kalau masuk UMNO tapi hidup susah, baik bunuh diri aje.

zan,
errr...kalau suruh duduk bersebelahan dengan bik mama, memang bini dia menang lah :)

pp,
gua ingat lu tahu makan ikan patin aje.

Semperit said...

Gua rasa baik lu daftar nasuk DAP ja. Confirm dapat pegang title Pengerusi DAP bahagian Jelebu seumur hidup. Tetap dan berpencen.

Jorji said...

ekau jang, biar putus kabel jangan curik kabel.

Epi said...

gua agak mesti lu dah jadi kontraktor kelas F sekarang. ;p

babazahra' said...

Semperit,
baik. gua akan isi borang sikit hari lagi.

jorji,
kabel putus takpe, jangan tv kabel putus, melopong tak tengok bola.

epi,
kelas F amenda, semua kelas U, kelas C, kelas K gua akan sapu.

jerr said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

melayu yg paling bangang adalah melayu UMNO yg tak kaya...hahahaha...kalau tak kaya, baik toksah masuk UMNO..bahalol!!

-nan-

Anonymous said...

pandir tul.

Anonymous said...

Jang,
Ekau org jolobu ko..umur mudo dari den setahun..tapi ekau hampeh...

Anonymous said...

sembang mcm hebat la brader...cermin diri dulu. kutuk n maki orang suka2 hati...macam diri ko segala2nya betul. ptuih!!

zan said...

Giler la anon2 ni..Takat masuk tempat orang ludah2 tapi nama tak tunjuk..

Mano tolur ekau jang?

Anonymous said...

Masuk UMNO jadi korupt, masuk PKR jadi gay.....haha mana yang lu pilih?

Anonymous said...

"Giler la anon2 ni..Takat masuk tempat orang ludah2 tapi nama tak tunjuk..

Mano tolur ekau jang?"

mana tolur? hahaha...kata-kata seorang gay. Suka telur..kah kah kah kah.....

Anonymous said...

yg dapat kabel tu orang Melayu jugak....UMNO nak tolong org Melayu.

Itu pun pelik?

kalau Anwar Ibrahim dapat apa? Dapat sondol dia je hahaha...

Kesian Saiful.

pallmall hijau said...

jgn cakap mcm tu. kesian babazahra. kunun nak jadi pejuang bangsa. hangpa perleceh dia buat apa? dia cuma nak bagi cina hak yang sama ja..biarla bangsa melayu merempat pun. dia hanya nakkan keadilan untuk kaum lain. lagi pun org melayu yang sokong melayu semuanya rasis. semuanya totok umno. dia sorang ja melayu yang suci. cina yang duduk 50 tahun kat mesia ni tapi tak reti cakap melayu bukannya rasis. tapi mengamalkan adat. orang melayu yang yang nak jaga kepentingan melayu semuanya dikatakan rasis dan bodoh. babazahra sorang ja hebat. belajar overseas. kerja dgn cina. multiracial company. dia sorang je berkebolehan. orang melayu lain semuanya bodoh. kalau ikutkan aku, bukan setakat ludah. lagi teruk nak bagi pada babazahra ni.

Budak U said...

Kelakar pulak bila aku baca komen pallmall hijau. Woi! sedarlah engkau bahawa dalam pemerintahan berperdanamenterikan Melayu ni orang melayu pun merempat jugak. tak payah nak tunggu cina berkuasa pun orang melayu duk kat pondok jugak. tak caye tengoklah citer bersamamu tu.

nak jaga kepentingan melayu? kah3 statement paling haram pernah aku dengar. wei! tanah kg baru dah nak dijual ke cukong pun still jaga kepentingan melayu ke?