Monday, July 19, 2010

Wisma Wanita, Wisma Lelaki, Wisma Kanak-kanak dan Wisma Warga Emas!

Gua tulis panjang-panjang pun tak guna, manusia bebal tak boleh berfikir akan cakap gua merepek. Walaupun sebenarnya manusia-manusia bebal ini cuba menafikan kebebalan, kebodohan dan kebangsatan akal fikiran mereka di sebalik kebenaran yang sudah nyata.

Tahu apa yang Rosmah Mansor minta? Ministry of Finance a.k.a Kementerian Kewangan a.k.a kementerian yang bertanggungjawab pasal duit rakyat (pemahaman khas untuk manusia bebal) dan bagaimana merencanakan penggunaan duit rakyat, kasi “payung” pembinaan wisma wanita di setiap negeri. Babi! (Gua cuma mencarut untuk kebodohan, bukan kepada manusia)

Oh, adakah kali ini gua akan merepek lagi? Apakah Rosmah bahalol ini berkata-kata semuanya kerana salah gua, salah Karpal Singh? Salah Anwar Ibrahim? Atau salah makanan yang mereka makan hingga otak-otak mereka gagal berfungsi dengan baik?

Apakah tujuan pembinaan wisma wanita? Menjadi pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan, latihan keusahawanan, pembangunan, masalah rumahtangga, nafkah anak dan sebagai pemangkin meningkatkan pembangunan wanita bla bla bla. Tolong jangan cakap gua anti-feminism. Anjing! (Gua cuma memaki kejahilan, bukannya yang empunya idea).

Adakah selama ini, pejabat MARA yang bukan sahaja di setiap negeri bahkan wujud di setiap daerah, cuma memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada orang lelaki? Apakah pejabat-pejabat agama daerah, pejabat kadi, pejabat kaunseling dan mahkamah syariah hanya menerima aduan dan masalah orang lelaki? Bagaimana dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang wujud di seluruh pelusuk negara, apakah fungsi mereka hanya untuk kumpulan manusia bertelur? Apa rasionalnya membina wisma-wisma wanita di setiap negeri ketika rakyat berdepan dengan penyelarasan (bukan pemotongan) subsidi dan juga penyelarasan (bukan kenaikan) harga barangan? Setan!

Orang cakap bodoh marah. Gua cerita pasal kebodohan, lu kata gua merapu. Bebal! Inilah dia taktik nak menjahanamkan ekonomi negara. Inilah cara untuk menghabiskan duit rakyat. Inilah taktik terbaik nak bagi kroni-kroni makan. Buka tender buat wisma wanita, kemudia award projek pada ipar duai. Bangunan harga RM5 juta bubuh price tag RM15juta. Baru duduk sebulan bumbung dah runtuh. Nanti wisma wanita akan jadi wisma hantu, tiada siapa mahu datang. Hanya gah pada hari perasmian. Tak percaya, lihatlah nanti apa yang akan jadi pada wisma wanita di Sabah itu, 10 tahun akan datang.

Siapa yang datang dalam majlis yang sama ketika manusia bebal ini berkata-kata? Najib Razak a.k.a Menteri Kewangan.

Bodoh macam keldai. (Ini untuk manusia). Sini.

14 comments:

ayobkelubi said...

serius mintak macam tu aje?.mintak macam tu sajalah yg menampakkan lagi loophole "cita-cita murni" tu!.

jahanam!.

dari buat wisma. baik buat rumah murah banyak2 bagi org miskin tu!.

demmit!.

zan said...

Lepas ni jangan terkejut kalau ada demand pulak nak buat "wisma rambut" atas alasan menjaga penampilan wanita supaya nampak lebih anggun dengan jambul 5 inci tinggi...hahaha

deus X machina said...

satu lagi projek kerajaan barisan najib

Wak Arjun said...

Orang2 Melayu terus disonglap dalam episod "Satu lagi projek anjuran Pertubuhan KeBANGSATan Melayu Bersatu".....

Dan bersorak gumbira mengalahkan lembu...

BANGSAT & BAHALUL....

Budak U said...

Org2 hardcore umno, kalau kau bawak turun malaikat dari langit berkata2 pun diorang buat pekak, buat tak paham jugak...

LuciusMaximus said...

Sebab gua tinggal kat Sabah, nanti lagi 10 hari gua tolong survey untuk lu apa cerita Wisma Wanita tu.

Sehari lepas perasmian gua ada lalu situ, khemah belum buka lagi, meja belum lipat lagi, kerusi masih bersepah dan pintu pagar berkunci mangga besar. Macam tak ada orang je. Gua lalu situ jam 10 pagi.

The.Libyaman said...

lucy,
lu kasik up sama gua 2-3 keping gambar lah.

ayob,
bikin rumah murah takdak untung.

zan,
bukan wisma rambut, wisma latihan dandanan rambut.

deus,
lu pegi hoax satu signboard camtu, kt istana negara.

wak,
makcik2 akan gembira, sebab nampak bunyi macam wanita sangat terbela.

budak U,
sama ada hati memang tertutup, atau macam yang gua cakap, cuba menafikan kebenaran. malu mungkin.

LuciusMaximus said...

Okay nanti gua usahakan. Hari ni nak balik KL dah, lepas gua habis bercutilah...

awang kampung said...

Kau yang bodoh mcm keldai sebenarnya.. Manusia yang menolak islam kau anggap sebagai khalifah. "If you want islam, over my dead body". Bodoh mcm keldai...Kau mengata mahathir tu bapak rasis. sekurang2 nya ada jasanya untuk malaysia. Apa yang kau sumbangkan? selain berbadan gempal, berambut panjang dan merepek pasal military theorist che guevara yang menjadi ikon kau. apa kau rasa hebat sgt nak bercakap maruah orang melayu? membela nasib melayu? oh, silap. nanti dikata rasis. tukar sahaja perkataan melayu itu kepada islam.

Anonymous said...

Bersuara la pulak seekor awang bangsat pejuang UMCO yg harga diri bernilai kain pelikat sehelai dan nasi campur sebungkus...

Kecik2 ko taknak mampus lak awang....

Bebal mengalahkan keldai....

Bukan WakToyo

Budak U said...

dari awang kampung...
"tukar sahaja perkataan melayu itu kepada islam."

Islam tu universal. Jangan nak sempitkan dengan pemahaman yang Islam tu melayu.

"apa kau rasa hebat sgt nak bercakap maruah orang melayu? membela nasib melayu?"

apa kena masuk umno dulu ke baru boleh bela melayu? pelik pemikiran juak2 umno ni.

gayour said...

humang hai! orang jelobu memang ganeh! heh!

harap lobih tonang dalam bulan poso ni. selamat beposo jang!

Anonymous said...

Good dispatch and this mail helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.

babazahra' said...

Awang,

jangan cakap merepek, nanti orang kata buduh. fahamkah kenapa Mahathir dilabel rasis? atau mungkin gua silap, kerana semua towkey Cina kaya raya pada zaman Mahathir. anak Ling Liong Sik beli tanah Melayu berpuluh ekar di Sepang sebelum projek KLIA diumumkan juga masa zaman Mahathir. Lu sudah lahir ke belum? atau masih hisap kopek lagi masa tu?