Friday, February 04, 2011

Hello Jelebu!

Sessi perbualan telefon antara gua dan mak gua setiap pagi sekarang ni lebih tertumpu pada cerita Mesir. Sebagai mak, gua tahu dia mesti risau, kalau-kalau lepas ni encik revolusi rakyat tu nak datang menyinggah ke sini pulak.

Satu pagi, mak gua cakap.

“Tak payah lah nak bertukar kuasa kat Malaya ni kalau nak kena jadi macam Mesir tu susah nanti”

Dan gua terpaksa sekali lagi, untuk kali yang ke berapa ribu, memberikan penerangan tentang kejahatan rejim UMNO serta sikap kasih sayang mesra rakyat setiap penduduk negara ini. Gua tahu, tiada seorang pun daripada kita, yang mahukan kekacauan. Tapi manusia punyai kesabaran. Dan kesabaran manusia ada had.

Tanyalah setiap pelacur dan perompak yang mendiami kawasan perkuburan Hayyu Sayyidah Zainab di Kaherah itu, mereka juga tidak mahukan kekacauan. Mereka tidak mahu “ribut-ribut” seperti itu. Mereka tidak mahukan negara yang penuh dengan ancaman.

Tapi rakyat itu manusia, dan manusia itu ada kesabaran serta kesabaran itu punya had.

Gua harap sesiapa yang sudah hilang kesabaran, terjemahkan revolusi kamu ke kertas undi pada GE yang akan datang. Paling tidak pun buat undi rosak.

8 comments:

Paria Perawan said...

mmg betul.
kadang rakyat dah xde cara lain utk melakukan revolusi.
Revolusi is the way to reform the gov.
But ada risikonya.
samada ia jadi lebih baik atau buruk.

babazahra' said...

banyak revolusi gagal menyediakan alternatif bagi kerajaan yang digulingkan, sebab itu menjadi lebih buruk. contoh terbaru Tunisia. pembangkang mereka menetap di luar negara dan hanya kembali apabila kerajaan sudah berjaya ditumbangkan. rakyat akan bertanya di mana mereka selama ini? sudahnya menonjol diri pada ketika mahu berkuasa, yang mungkin akan menyebabkan episod lama berulang. contoh terbaik, Cuba. bagaimana revolusi diterajui oleh kumpulan yang sama-sama berjuang dengan rakyat dan kemudiannya membentuk kuasa pengganti. Sebab itu rakyat tidak begitu membantah kerana mereka tahu, kerajaan gantian adalah kumpulan yang menjadi peneraju revolusi. romantis sungguh.

Ahmad Belia said...

gua harap line internet jangan potong kalau BN kalah PRU lepas ni...

babazahra' said...

gua rasa tak mungkin sebab nanti Firaun mesti mengamuk punya, payah dia nak update blog.

Anonymous said...

org cuba memng romantik, teringat aku pengalman manis buat research dengn diorg

Wak Arjun said...

Itu macam kalu gua prefer ala2 Cuba. Lebih2 lagi kalau benar dia org tu "romantis"...

Dari segi material, mmg tak gah. Agak2 kureng, pergi je ke seberang (Miami). Rompak 2-3 7-E, settle. Yg pandai sikit boleh join Horatio Caine.

Ok Baba. Jgn malas2 lagi. PRU13 dah dekat. Lu jgn buat2 hibernasi dah...

gayour said...

rosakkan undi?
rugi tu. tapi kalo terpaksa...

aboyandnick said...

http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/04/chocolate-mud-cake.html
kami perlukan support untuk blog baru kami ini... harap bantuan anda semua... terima kasih dan cubalah hidangan ini... terima kasih pinjamkan ruang anda...