Dulu semasa zaman belajar, kami
faham perangai Arab yang sangat sukar dijangka. Undang-undang atau peraturan
yang dibuat pada waktu pagi boleh berubah pada ketika matahari belum pun sempat
terpacak atas kepala. Selain daripada bersepakat untuk memiliki bau kaki yang
sama, bangsa Arab juga sepakat untuk mempunyai perangai yang serupa dalam
membuat peraturan. Selebihnya mereka akan berkonflik sampai berperang.
Tapi kepada para pelajar, semua
itu dianggap sebagai cabaran lah kononnya. Ini lah dia cabaran orang menuntut
ilmu, kata mereka yang kepalanya berkopiah putih. Nabi dulu cabarannya lebih
besar. Period.
Sebenarnya tujuan mereka adalah
serupa, iaitu untuk mendapatkan “sesuatu”. Gua rasa mereka yang hidup di Mesir
sudah biasa dengan ini semua. Dan sebagai “the mother of the civilization”
bangsa Mesir menjadi pelopor kepada perangai buruk ini.
Tapi kepada para pelajar, apa
sangat lah yang boleh mereka berikan sebagai “sesuatu”. Nak makan pun mak ayah
bagi. Kalau nasib baik sikit mewah dengan duit biasiswa. Daripada bagi ke Arab,
baik simpan beli hi-fi kat Mekah, sebagai contoh. Lain lah orang bijak
menyimpan macam gua, menabung untuk beli seluar bundle, sebagai contoh jugak.
Lain cerita nya apabila terlibat
dengan bangsa Arab ini ketika gua sudah bekerja. Kali ini perangai bodoh itu
tetap sama, cuma kali ini mereka tidak akan berganjak tanpa mendapat sesuatu.
Lebih kurang empat lima kali ulang untuk dapatkan student visa, akhirnya mesti
lepas jugak – kalau zaman belajar dulu lah. Tapi hari ini kalau lu ulang enam
puluh lima kali pun, selagi tak dapat diorang akan buat bodoh.
Di Libya dulu, gua dengan hati
yang penuh kesangsian terpaksa menterjemah satu frasa yang gua rasa macam mimpi
aje gua dengar.
Ceritanya begini – dalam satu
meeting antara boss gua dengan Datuk Bandar, boss gua mengadu pasal tuntutan
kewangan yang dah hampir setahun belum dapat lagi. Padahal projek dah siap, dah
award projek lain, yang dah jugak nak hampir siap. Semua paper work dah bagi,
tapi macam-macam alasan buat nak tangguh payment. Nak betulkan font lah, nak
betulkan nama projek lah, dah translate dah certified suruh amend lagi dan
sebagainya.
Jadi dalam meeting tu, Datuk
Bandar yang gagah perkasa ini tanpa segan silu cakap dengan gua suruh cakap
dengan boss gua – cakap dengan dia pasal payment ni macam yang aku sebut tu,
dah ready kereta tu nanti aku sign, Hyundai Azera, kaler hijau yer.
Gua yang sangat genius ini rasa
macam budak darjah satu baru pandai mengira. Bingung. Dia buat lawak atau dia
memang serius. Dia ulang sekali lagi suruh gua cakap dan sebaik gua bagitahu
boss gua pun mengangguk cakap dia dah arrange itu semua.
Gua tak tahu lah kalau boss gua
pun boleh kencing Arab tu sebab setahu gua tak pernah ada pulak gua Nampak kereta
Hyundai Azera kaler hijau, tapi gua confirm payment dah release apabila anak
Abang Besar campur tangan. Itu dulu.
Sekarang gua sudah di Iraq. The
Cradle of the Civilization. Owh gua sangat sibuk sehingga belum sempat menulis
di sini memberitahu pengembaraan Blues Orang Jelebu kini sudah singgah di
tempat baru. Gua sudah tiga bulan di tanahair Saddam Hussein ini. Sayangnya
ketika gua di sini Iraq sudah tidak punyai pemimpin yang karismatik lagi, tidak
seperti ketika gua di Libya dulu.
Iraq pun tidak banyak bezanya.
Datang lah seribu orang pemimpin pun, datanglah bala tentera seribu buah negara
sekali pun bangsa Arab ini akan tetap sama.
Dua minggu lepas cakap suruh buat
macam ini, submit dan lulus. Gua buat macam yang dicakap, ikut betul-betul,
hari ini gua pegi dia suruh buat lain pulak. Tambah benda lain pulak.
Mungkin betul sebab dua minggu
adalah tempoh yang lama. Dakwat SPR pun tak boleh kekal sampai dua minggu, ini
pulak bangsa Arab. Dua minggu itu macam-macam boleh jadi.
Maka hari ini, gua keluar pukul
enam pagi, naik kereta ke Basra selama lima jam yang penuh menyeksakan, sesat
barat mencari opis, menjejak tanah cuma tak sampai setengah jam, dan selepas
itu naik kereta semula selama lima jam – hanya untuk diberitahu yang gua kena
buat style lain paper work ni, dan tambah benda baru. Itu belum campur tak
boleh berhenti makan, kena kencing tepi padang pasir sambil bodyguard cover
belakang gua, plus bullet proof vest yang beratnya sepuluh kilo gua terpaksa
pakai selama sepuluh jam.
Welcome to Iraq.