Blues di sini ialah kritikan, pandangan, idea-idea sampah, maki hamun, merungut dan perkongsian kisah. Jelebu pula ialah tempat kelahiran blues itu.
Monday, May 29, 2006
29th May 2006
Sebenarnya aku berhasrat nak hantar surat kepada Berita Harian atau pun Utusan nak cerita pasal MyTeam yang lawan bola malam tadi. aku tak dapat nak tengok sampai habis game tu sebab kena pegi pasar Chow Kit beli barang kedai untuk hari ini. Balik rumah pun dah pukul 1 pagi. Kat Chow Kit aku tahu MyTeam dah kalah. Tapi apa yang aku beriya sangat nak menulis pasal bolasepak Malaysia nie? bukan ke aku dah membuat kesimpulan bolasepak Malaysia tidak akan pergi lebih jauh dari Sukan SEA aje, itu pun kalau dapat beraksi dalam kandang sendiri. Last game yang aku pergi tengok ialah sewaktu dibelasah Indonesia dalam final Piala Tiger, balik malam tu aku terus hantar e mail kat Berita Harian, esoknya surat aku yang pertama sekali keluar kritik pasukan kebangsaan yang bermain bola macam hampeh, lahanat, cilaka dan haram jadah. aku dah janji lepas tu aku takkan buang duit dan masa aku untuk pergi stadium menonton Malaysia dan i dun give a damn for any local football scene. memang pun, lantak kau ler nak piala Super ke atau Liga Super 30 pasukan ke aku tak peduli. N9 menang treble ke, quadraple ke atau apple ke aku takkan ambik kisah sebab aku tahu kualiti macamana. aku x sanggup lagi nak menghinakan diri menonton local football. tapi MyTeam nie aku memang bagi sedikit jelingan la sebab aku memang dah lama berangan pasal idea sedemikian, tapi aku bukan nak cakap KJ curik idea aku sebab memang lah aku kenal dia tapi demi Tuhan dia tak kenal aku pun. dulu waktu sekolah rendah team yang selalu jadik champion kat jelebu ialah sekolah orang asli air baning. jadi aku punyai angan2 untuk kumpulkan anak orang asli dari serata ceruk untuk buat satu selection dan main dalam satu pasukan. wuiiyyooo mesti gempak punya. sebab orang akan terus ingat kepada zamorano, salas, emerson, ronaldinho,rivaldo dan ramai lagi pemain terkenal yang bukanlah pemain dari akademi bolasepak tetapi penduduk luar bandar dan juga aborigines bagi Brazil dan Chile. sebenarnya ramai lagi orang yang pandai main bola kat luar sana, kat kampung2 yang memangnya diorang tak punyai kemampuan nak masuk sekolah sukan apatah lagi nak main beraksi dalam liga2 di KL dan Selangor. budak2 macam ni lah yang patutnya diberi peluang untuk beraksi macam yang KJ buat dalam MyTeam. tapi idea dia nak bagi MyTeam terus aksi dalam LigaM itu dah kira melampau la, kasik ler diorang masuk liga yang rendah2 dulu jangan main terjah aje beb, tengok diorang main kat Bukit Jalil baru nie pun memang banyak kelemahannya, emosi nak kena jaga, displin satu lagi, diorang masih main style kampung, tapi individual skill memang gempak nak mampos. kalau nak bandingkan dengan under-20 yang kononnya pertama kali dapat bawa nama malaysia beraksi di kejohanan Asia Oktober nie di India, baik pegi jahanam la. jauh burger otai dari kualinya. taktikal pun memang lawa. aku dah lama mengidam nak tengok local football main macam nie. selama nie kalau tengok (tertengok) pasukan negeri mahu pun kebangsaan main, memang nak muntah darah. semua nak stylo. main macam cilaka. rambut nak kena warna blonde. kalau ada pakai subang lagi best. rantai kena ada tak pun kurang2 pakai gelang tangan. pastu nak bergaya. ambik gambar tak pakai baju dalam kolam renang. lagi hina ialah gambar tu keluar dalam majalah mangga. apa punya lahanat ler bolasepak malaysia nie. banyak sangat campurtangan orang politik dan duit. itu puncanya ia jadik jahanam. berapa kali agaknya dalam hidup ibrahim saad tu dia pernah tendang bola, atau pun satu game ada 90-minute, sepanjang hidup dia, berapa minit dia dah main bola? full game? simpanan? waterboy? ballpicker? pegi mati. malaysia sebuah negara yang pelik. orang yang memang tak tahu apa pasal bola disuruhnya memimpin persatuan bolasepak. lepas tu menulis dalam media perdana, cerita nak melampau, saya pergi Brazil tengok bola kat Maracana, tengok bola kat Old Trafford, jumpa dengan Pele kat Doha, Maradona, semua tu menghabis dan menjahanamkan duit rakyat. manusia yang bayar cukai diorang yang pergi belasah. bila aku pergi hospital bayar bil mahal sebab duit yang patutnya kerajaan guna untuk sektor kesihatan dah tinggal sikit manusia jahanam yang macam nie dan sebat. bila nak masuk sekolah, buku teks pun kena beli, sebab duit kerajaan takde. banyak benda lain nak kena beli, tiket flight nak kena bayar, tiket menonton game di Old Trafford nak kena bayar, indra putra nak beli color rambut dia n nak polish subang kat telinga dia. nie belum aku sentuh pasal khalid jamlus dengan pemimpin lagi atas dalam FAM. duduk x pernah buat apa. ko nak salahkan apa lagi bolasepak di malaysia nie? Khairy Jamaludin? Serbegeth Singh? atau kau nak salahkan Razip Ismail yang bagi komen macam hampeh? apa dia pikir hina ke untuk team Malaysia turun lawan MyTeam last day? team Malaysia tu memang dah hina, tak kisah la nak buat benda hina macamana pun, betul? ko tengok skuad bawah 20 nie boleh pegi jauh mana? memang boleh pegi jauh sampai India Pakistan atau Paraguay, tetapi main bola mesti tak menang punya. ini diorang belum dapat duit banyak lagi macam indra putra. nanti dah ada duit banyak beli dadah, minum arak, terus hancur. bola ke mana, world cup ke mana? gile boleh ada impian nak main world cup? ibrahim saad giler!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment