mungkin juga sebab tidak mahu ketinggalan tetapi aku memang sudah banyak ketinggalan. rasanya rakyat Italy sudah puas bergembira dengan kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia. aku kena skip banyak perkara sebab nak menyentuh satu cerita yang buatkan aku juga tidak mahu ketinggalan. memang lawak juga sebab aku nak cerita pasal ada orang nak kahwin. har har har. dia nak kahwin dengan orang tua. aku bukan menghina orang tua. tapi aku rasa ini satu tamparan untuk semua orang muda di Malaysia. sebelum itu perlu diingatkan, aku memang tak berminat langsung dengan budak nie, bukan dia sahaja, kat Malaysia nie takde sapa yang aku minat. sekadar boleh dengar aje lah kalau lagu, dan boleh tengok aje kalau berlakon serta boleh gelak aje kalau buat lawak. mungkin aku suka Apek, tapi skit aje lah kot. bukan penting sangat dunia hiburan nie. berbalik kepada cerita kahwin ngan orang tua nie, aku memang tak tahu nak mengukur betapa ceteknya pemikiran budak nie. mengambil jalan singkat. aku melihat dari satu sudut yang positif. mungkin pada mereka yang berfikiran singkat, perkahwinan itu hanya sekadar perkahwinan, berkongsi hidup dengan pasangan, punyai anak dan bla bla bla. bila rasa bermasalah sikit, buat PC sekali lagi har har har. walaupun sebenarnya perkahwinan itu terlalu besar. terlalu hebat. terlalu sukar. terlalu bertanggungjawab. apatah lagi bagi seorang gadis. kalau kau ingat boleh kahwin banyak kali, kalu tak suka nanti kita pisah n cari pasangan lain. he he he. perkahwinan itu yang sebenarnya hanya sekali sahaja. pasangan kita hanya satu sahaja. itulah perkahwinan yang sebenar. oleh itu buat pilihan dengan tepat. sangat tepat. jangan sipi2. jangan hampir2. kalau kau memang nak kahwin dengan orang tua sekali pun kau cari ler yang belum pernah kahwin. atau nak sangat kahwin dengan orang tua, jangan ler cari yang dah beristeri. sebab kehadiran kau maka masjid yang orang itu bina akan runtuh. betul atau tidak? aku nak cerita pasal budak nie bukan apa, aku pelik selama ini satu negara mengagungkan sangat dia nie. apa best sangat dia nie.? aku tak berada di Malaysia semasa budak nie mencipta nama serta terus menjadi nombor satu di Malaysia. bila aku tengok tiada apa yang istimewa. biasa aje. sampai ada yang mahu bertegang leher nak katakan budak nie baik, hormat orang tua, berbudi bahasa, berpakaian tak menjolok mata dan macam2 lagi. aku peduli apa dengan itu semua. hormat orang tua sebab rupanya dia memang kahwin dengan orang tua, baik ke hapa kalau runtuhkan masjid, berbudi bahasa apa kalu tujuannya nak rampas hak orang. kau berpakaian tak menjolok mata pun aku peduli apa sebab kau masih lagi tak bertudung. itu masih lagi aurat. apa yang best sangat pasal dia nie? sewaktu aku tengok dia di tempat kerja, ada yang menggeleng geleng kepala kata lawa, cantik, baik dan sebagainya. apa kejadahnya baik cantik dan lawa kalau kau kahwin dengan orang tua. berdosa ke kahwin dengan orang tua? tak pun, tapi kalu kau kahwin dengan orang tua yang berkedudukan, ada duit dan pangkat, maka kena tengok dari dua perspektif yang berbeza pulak. lantak engkau ler labu, yang aku menyibuk nak cerita pasal nie kenapa? aku cuma nak lepaskah geram kepada masyarakat sekeliling yang selama ini anggap budak nie baik sangat. baik kepala hotak kau berjambul!
Next ialah FAM yang kena kritik di Parlimen sampai semua culprit di dalam pentadbirannya di minta letak jawatan. bagi aku bukan letak jawatan aje. biar aku tumbuk aje muka sorang-sorang. menghabiskan duit rakyat. muncul pula seekor beruk mencadangkan supaya ambil aje pemain luar, beri kerakyatan dan suruh dia main untuk malaysia. kepala hotak kau berjambul wahai beruk. orang cerita lain kau pegi cerita lain. itulah dia ahli politik di malaysia. suka "misdirection" apabila kena kritik. langsung tak mahu mengaku salah sendiri. bolasepak di malaysia hancur sebab orang politik. sukan secara umumnya di malaysia hancur lebur sebab orang politik. negara mana dalam dunia ini mengambil seorang ahli parlimen yang juga seorang ahli perniagaan, merangkap pengarah kepada 16 buah syarikat, menjadi ahli lembaga pengarah kepada 10 buah pertubuhan, ahli bersekutu kepada 4 pertubuhan bukan kerajaan serta pelbagai jawatan lain di samping menyimpan impian menjadi menteri - dilantik sebagai Naib Presiden persatuan bolasepak? kau nak buat kerja yang mana satu labu? kau nak bisnes? kau nak jadi menteri? kau nak uruskan tender buat sekolah di kawasan parlimen kau? atau kau nak menjadi hos rancangan kembara stadium bolasepak seluruh dunia dan disiarkan di Channel 11 Astro? beritahu dengan aku apa yang kau dah buat selepas kau menonton perlawanan bolasepak di Maracana atau Old Trafford? mesti kau suka hati bukan? lepas itu tulis dalam akhbar cerita pengalaman kepala hotak kau tu! menghabiskan duit rakyat. kalau ade masuk duit aku walau seposen dalam perbelanjaan kau itu, maka aku tidak akan menghalalkannya dunia dan akhirat.
Seterusnya pula ialah krisis Arab-Israel. Dalam keadaan sekarang nampaknya hanya ada 2 negara Arab. itu pun negara baru yang belum diluluskan UN untuk menjadi ahli dan belum dimasukkan Atlas ke dalam peta geografi dunia. HAMAS dan HIZBOLLAH. 2 ini aje negara Arab yang masih hidup.lain semua sudah mati. aku selalu berkata sendirian sejak dulu lagi. sejak aku kenal dengan udara di Timur Tengah yang penuh pelbagai pencemaran itu. Jika seluruh negara Arab itu bersatu, mereka hanya akan mengambil masa hanya sehari semalam sahaja untuk memusnahkan sama sekali Israel dari peta dunia. percayalah! tapi bangsa Arab ini memang mustahil untuk bersatu secara keseluruhannya sehingga ke hari kiamat. kebetulan agaknya. semasa aku menulis bahagian ini, lagu yang berkumandang di komputer ini ialah El-Helm El-Araby (Mimpi Bangsa Arab). memang ko akan terus bermimpi. penyanyi gemuk nie menyanyi " mimpi itu bukanlah satu yang mustahil, untuk mencapainya adalah satu yang mampu, dan jika malam itu kita rasakan panjang, sudah pastilah selepasnya fajar menyinsing" wah indah sungguh lagu ini. tapi ia akan terus kekal jadi mimpi. bangsa arab memang puitis. mereka memang pandai berkata-kata. memberi ucapan. berdebat. menulis. dan yang paling istimewa, mereka pandai bermesyuarat. sebab itu jika ada sebarang isu, mereka akan bermesyuarat. berunding dan berunding. air minuman yang disediakan untuk mereka berunding selama wujudnya konflik Arab-Israel nie aku rasa jika dikumpulkan sudah cukup untuk menenggelamkan seluruh Israel. tak perlu guna senjata nak berperang lagi. hati aku memang cukup tersentuh apabila bercakap tentang isu ini. x tahu kenapa. sensitif sangat. adakalanya aku meluap-luap marah bila terpaksa membacakan kenyataan berbentuk penipuan oleh Bush serta kuncu-kuncunya. yang paling aku tidak boleh lupakan ialah apabila terpaksa menyebut "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka". kalau aku ada sakit jantung memang aku dah mati lama di depan monitor. entahlah. mungkin sebab aku rasa rantau yang bergolak itu terlalu dekat dengan hati dan jiwa aku. beirut yang dibom setiap hari itu pernah menjadi persinggahanku. jalanraya dan 'pier' yang kini musnah itu, pernah menjadi tempat aku mengambil angin dan menikmati keindahan Mediterranean. jika aku punyai kemampuan, aku ingin menjadi orang pertama yang mendaftar nama untuk ke sana. untuk berjuang. aku tidak kisah apa medium dan lapangannya. hati aku cukup tersentuh. Ya Tuhan, tolonglah dan bantulah saudara-saudaraku yang dizalimi Yahudi itu. bantulah semua orang Islam yang menderita termasuk aku sendiri.Ciao.
No comments:
Post a Comment