Dalam tempoh yang terdekat ini rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 49 atau lebih masyhur dengan nama sambutan Hari Kebangsaan.Satu usia yang cukup lama dan sudah begitu matang yang mana jika kita seorang manusia ia adalah peringkat umur yang sudah wajar dihormati masyarakat.
Namun begitu dalam tempoh 49 tahun mencapai kemerdekaan ini,kita sewajarnya berfikir dan merenung kembali tentang erti kemerdekaan yang sebenar yang sepatutnya tersemat di dalam hati sanubari setiap bangsa Malaysia.Mutakhir ini,Hari Kebangsaan menjadi satu agenda yang semakin kecil di jiwa rakyat.Pendapat mengatakan bahawa punca kurangnya semangat cintakan negara bersempena dengan Hari Kebangsaan ialah kerana kita mendapat kemerdekaan melalui meja rundingan.Ramai yang menyebut bahawa kita mencapai kemerdekaan melalui belas ihsan British.Dan ada segilintir yang menyebut bahawa kita sebenarnya tidak merasai sebarang keperitan untuk mencapai kemerdekaan.Berdasarkan pendapat pendapat tersebut ramai pihak membuat kesimpulan bahawa itu adalah punca sebenar kurangnya semangat cintakan negara di kalangan bangsa Malaysia khususnya mutakhir ini.
Satu ketika dahulu,Hari Kebangsaan pernah menjadi satu agenda tahunan yang sungguh meriah.Di sambut dengan penuh warna warni di seluruh negara.Rakyat dari pelbagai kaum akan berkumpul di awal pagi menyaksikan perbarisan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur.Televisyen penyebar utama propaganda kerajaan memainkan peranan yang penting menawan hati rakyat dari pelbagai peringkat umur pada Hari Kebangsaan.Selain lintas langsung perbarisan Hari Kebangsaan,rakyat pelbagai lapisan juga disajikan dengan rancangan rncangan menarik berlatarbelakangkan patriotisme dan nasionalisme.Kononnya!
Hari ini,semua itu hanya menjadi satu sejarah yang diludah rakyat.Ramai yang menggeleng kepala memikirkan kebodohan mereka bersorak dan bertepuk tangan sepanjang jalan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad 20 atau 25 tahun yang lepas.Ramai yang mengeluh betapa mereka sudah terlalu banyak menghabiskan masa dengan sambutan Hari Kebangsaan yang merugikan.Sambutan yang lebih kepada warna warni kertas propaganda kerajaan menawan hati rakyat.Dan kini setelah hampir 49 tahun kita mengenal kemerdekaan semangat cintakan tanahair semakin luntur di hati rakyat.Tiada lagi semangat yang meluap mahu menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan itu.Tiada lagi sebarang rancangan seminggu sebelum datangnya 31 Ogos untuk menyewa bas ke Kuala Lumpur dan berhimpun seawal pagi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad itu.
Kerajaan kini terpaksa membelanjakan ribuan ringgit untuk mengeluarkan 50000 bendera bagi diagihkan kepada pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan sempena Hari Kebangsaan.Perbelanjaan tersebut tidak termasuk usaha mengedarkan jalur gemilang di gedung gedung perniagaan dan pejabat pejabat kerajaan.Semangat cintakan negara terpaksa dipupuk semula kerana hanya dengan cara inilah saja kerajaan mampu mengekalkan kuasa.Dan bagi yang terpengaruh dengan agenda basi ini akan mengambil hadiah tersebut dengan senyuman lebar lalu dilekatkan di kenderaan atau dikibarkan di rumah kediaman.Persoalannya,adakah usaha ini terbukti berjaya?
Beberapa tahun lepas sempena sambutan Hari Kemerdekaan,seorang timbalan menteri telah membuka gerai khas di hadapan kediaman beliau bertujuan untuk menjual bendera pelbagai jenis dan pelekat kenderaan.Ia bukanlah inisiatif daripada timbalan menteri itu sendiri tetapi adalah salah satu helah untuk meyakinkan rakyat bahawa mencintai negara bukan terletak pada bahu golongan marhain sahaja bahkan hingga ke peringkat menteri yang sebelumnya sudah dihentam batu besar pembongkar segala bentuk kepalsuan dan pelbagai gejala buruk pemerintahan mereka.Oleh kerana itu rakyat yang sudah terlalu sedar dan mual dengan pelbagai helah ini sekaligus memikirkan bahawa taktik menjual bendera itu juga adalah tipu helah golongan atasan kepada rakyat golongan marhain.
Untuk memupuk semangat cintakan negara bukanlah terletak kepada saiz bendera yang dikibarkan oleh rakyat jelata atau berapa banyak bendera yang dibeli tetapi semangat cintakan negara terletak kepada berapa besar momentum propaganda kerajaan itu yang mampu diterimapakai oleh rakyat.Dengan merompak harta kekayaan rakyat mereka kemudian menjual semula kepentingan harta itu kepada rakyat.Jangan tertipu dengan helah pengagihan bendera yang mana perbelanjaan besar mengedarkan bendera secara percuma itu sebenarnya mampu menampung sara hidup selama setahun golongan miskin di utara tanahair.
Apakah dengan hanya mengibarkan bendera kita sudah berkata kepada diri kita sendiri bahawa kita sebenarnya sudah menyambut dan memahami erti kemerdekaan?Mengambil bendera itu sahaja adalah bukti bahawa kita belum merdeka.Termakan pujukan dan helah kerajaan itu juga adalah bukti kukuh bahawa kita sebenarnya belum merdeka.Apakah erti kemerdekaan itu pada kita,rakyat yang kononnya punyai sebuah negara yang maju dan membangun?Apakah setakat bermegah dengan bangunan yang tertinggi di dunia,lapangan terbang yang tercanggih atau pun kronologi rekod yang dicipta oleh seorang rakyat dari golongan bawahan kita mengatakan bahawa kita sudah merdeka?
Golongan pelajar dan warga yang tinggal di luar negara biasanya begitu mudah terpedaya jika tidak mendalami dengan teliti segala bentuk propaganda kerajaan.Hari Kemerdekaan menjadi satu peluang besar oleh kerajaan bagi menabur benih semanat cintakan negara.Tetapi yang peliknya kenapa sejak akhir akhir ini sahaja kerajaan mahu bercerita dengan semangat cintakan negara?Apakah dengan wujudnya golongan yang menentang secara hebat akan sebuah kerajaan yang semakin goyang isu cintakan negara mahu diwujudkan?Apakah dengan adanya golongan mahasiswa berani selepas lebih 20 tahun terkongkong dipukul arus gerakan 1974 kerajaan mula berfikir bahawa mereka sudah tidak mencintai negara mereka?
(This one has been written back in 2001 when I was still a young fella livin’ abroad. Clean and clear. Honest and kind. Content has been change to comfort the moment I live, present time!)

No comments:
Post a Comment