Orang dah bagi jalan yang paling mudah untuk menulis pun kita masih malas lagi. Nanti kepala hotak yang penuh dengan pelbagai idea itu akan beku dan kemudian meletup sebab idea sudah terlampau penuh atau pun idea yang dah lama akan basi dan berulat busuk serta merosakkan bahagian otak yang lain pulak. Kalau setakat sebulan sekali saja posting GUA rasa itu memang tidak memadai. Kalau dilihat dari sudut yang berbeza, itu boleh dikatakan sebagai kufur nikmat. Orang dah bagi kemudahan kita x mahu gunakan. Tetapi bagaimana kalau sudah diberi kemudahan tapi merosakkan dan menghinakan kemudahan itu? Yang itu gua akan tulis nanti tetapi sekarang GUA ingin memberikan sedikit pandangan mengenai pasukan bolasepak Malaysia. GUA ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana selepas sekian lama akhirnya pasukan kebangsaan kita sudah bertukar "wajah". Tetapi agak menyedihkan kerana "wajah" yang bertukar hanya luaran sahaja dan bukan "isi dalaman" mereka. Menyentuh mengenai jersi baru bagi pasukan kebangsaan, bagi GUA ia tidaklah begitu menarik.Ia cuma jersi dengan rekaan biasa sahaja. Hanya jenama sahaja yang menjadikannya menarik. Cuba tukarkan kepada satu jenama lain, rekalah secantik mana sekalipun pasti ia tidak akan menjadi tumpuan. Tetapi itu bukan salah mereka, kerana kita mempunyai "peluru jenama" yang memang sudah sedia tertanam di dalam kepala kita.
GUA ingin menyatakan di sini bahawa jersi bukanlah segalanya dalam permainan bolasepak. Pakailah jersi apa sekalipun atau semahal mana sekalipun, 2 minit yang pertama sahaja mata tertumpu pada jersi, selepas itu kita mahu menyaksikan permainan. Apa guna memakai jersi cantik dan mahal tetapi beraksi seperti sampah? GUA tidak menyamakan pasukan kebangsaan dengan sampah tetapi semangat permainan yang tidak berubah sejak sekian lama menjadikannya seperti sampah. Bersetuju atau tidak kita memang terpaksa mengakui bahawa bolasepak di Malaysia semakin hari semakin menyakitkan. Bawalah datang jurulatih sehebat mana sekalipun, jika pengurusan tidak betul, ia tetap akan kekal begitu. Pakailah jersi semahal mana sekalipun, jika politik bolasepaknya masih begitu, maka kekallah mereka menjadi bahan sindiran. Jangan menafikan bahawa bolasepak di Malaysia memerlukan satu perubahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jangan menafikan dasar meletakkan individu yang bukan ahli dan hanya mempunyai kepentingan tertentu dalam persatuan menjadi punca utama kejatuhan mutu bolasepak negara. Kita mempunyai ratusan malah mungkin ribuan bekas pemain dan jurulatih yang mampu menjana pembangunan bolasepak negara. Kenapa mereka dipinggirkan? Apakah sesuatu pertubuhan itu perlu diterajui oleh individu yang berpangkat sahaja dan mereka yang ada kemahiran serta pengalaman menerima arahan. Jika prestasi hancur, yang disalahkan ialah individu bawahan sedangkan mereka hanya melaksana arahan dan tidak diberi ruang yang luas membuat keputusan. Cuba lihat di Eropah, mengapakah individu yang merupakan bekas pemain bolasepak diberikan jawatan yang penting di peringkat tinggi seperti Micheal Platini, Franz Beckenbaeur, Predrag Mijatovic, Pele, Jorge Valdano dan ramai yang lain? Ini kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.
Maafkan GUA, apakah yang boleh dilakukan oleh seorang Menteri Besar kepada sebuah persatuan tinju? Berapa kali dalam setahun individu-individu paling berkuasa dalam FAM menendang bola? Jangan anggap semua itu sebagai remeh tetapi benda remeh itulah yang menjadi benih yang bakal mencambahkan satu semangat kesukanan yang tinggi yang kemudian diterapkan kepada pemain seterusnya diterjemahkan di dalam padang permainan. Kesemua mereka memahami kehendak dan asam garam sesuatu permainan khususnya bolasepak. Apakah dia keperluan dan apakah yang tidak perlu. Lihatlah apa yang terjadi bila individu yang mempunyai seribu kepentingan memegang jawatan dalam organisasi sukan. Mereka ada kawasan Parlimen yang perlu dijaga, mereka ada mesyuarat peringkat bahagian yang perlu dihadiri, mereka ada syarikat besar yang memerlukan perhatian, bahkan mereka juga perlu melawat stadium-stadium di seluruh dunia menyaksikan pelbagai perlawanan bolasepak atas alasan mahu menimba pengalaman. Bukankah kesemua ini pembaziran dan menjadikan kita "beku"?
Fikirkanlah semula mengenai FAM dan perubahan yang sepatutnya perlu dilakukan dengan segera. Sudah sampai masanya kita menyerahkan sukan ini dari "hujung rambut ke hujung jari" kepada ahlinya sahaja. Orang yang benar-benar pakar, berpengalaman dan berminat dengan sukan, khususnya bolasepak, yang menjadi sukan nombor satu dunia. Jika keadaan sekarang berterusan, maka berlanjutanlah kita akan mendengar alasan seperti "pemain perlu dihantar berlatih ke luar negara", "Si Polan gagal menyesuaikan diri akibat cuaca sejuk dan makanan", "Kita tewas kerana pemain keletihan" atau pun "prestasi merosot kerana jersi tiruan". Fikirkanlah dan renungkan semula.

1 comment:
Den tongah baco bondo lamo. Sobab kau makin maleh menulih semonjak balik “bolehland” ni.
Post a Comment