
Jadi passport baru gua itu terus kekal kosong. Ia terus tersimpan rapi entah bila akan diselak. Banyak sungguh ruang kosong, Kalau di Jordan dulu, gua menyumpah dengan imigresen di Seremban yang cop pembaharuan passport gua di ruang visa. Bodoh punya manusia. Ruang khas untuk pembaharuan sudah ada tersedia tetapi tidak digunakan. Sejak itu, setiap kali memperbaharui visa gua akan cuba memastikan cop visa gua dimuatkan dengan sebaik mungkin dan menggunakan setiap inci ruang yang ada. Jika di airport atau sempadan gua sebolehnya mahu memastikan visa dan tarikh keluar masuk tidak sewenang-wenangnya dicop. Tetapi gua berurusan dengan Arab yang sentiasa buat tak paham dan tak mahu mendengar kata. Visa haji sahaja yang sepatutnya 2 mukasurat telah menjadi 3 dengan tidak meninggalkan ruang kosong. Sebenarnya jika kerja dibuat dengan berhati-hati sudah pasti ramai yang gembira. Contohnya, cop visa menetap di Jordan, termasuk setem, ia boleh dicop dengan rapi dan meninggalkan satu ruang lain untuk visa tahun berikutnya pula. Tetapi semua itu hanya impian sahaja. Bukan semua orang mahu mendengar kata. Dan gua juga pernah melihat passport seorang pemandu “sarpis” Mafraq-Damascus yang pasportnya memang sudah tidak ada ruang untuk dicop lagi tetapi peraturan tetap peraturan dan walau bertindih ia masih boleh lagi di baca. Itu mungkin satu pengecualian sebab diorang berulang alik setiap hari, tapi bagi gua pun situasi yang sama juga sebab untuk renew passport memang mahal dan waktu tu gua pakai passport yang jenis lama dan tiba2 aje plak passport dah ada yang baru punya yang ada chip la ntah apa benda lah lagi. So gua dapat renew 2 kali aje dan terus balik Malaysia. Cuma passport memang utilize betul sebab gua dapat gunakan setiap inci ruang yang ada. Ia masih ada ruang lagi sepatutnya jika waktu gua nak ke Singapore tapi tempoh yang sudah tamat dan kena dapatkan passport baru. Namun passport tersebut masih terus gua simpan dengan baik. Bertemu semula dengan passport itu yang menyebabkan gua tergerak untuk menulis tentangnya. Ia ada banyak kenangan. Ada visa Jordan selama mana gua menghirup udaranya dari 1995 hingga 2001. Ia ada visa yang membuktikan gua sudah menunaikan rukun Islam yang kelima. Ia juga menunjukkan gua sudah sampai ke 2 benua yang berbeza sepanjang gua belajar di Jordan, iaitu Eropah dan Afrika.

Sebenarnya impian gua sangat besar waktu itu. Gua mahu passport gua itu menjadi satu dokumentasi kehidupan yang sangat berharga. Yang tidak boleh gua nilai dengan setiap sen yang habis setiap kali ia dicop keluar dan masuk. Sampai satu ketika impian gua itu telah berkubur dan secara tiba2 pula sekarang ia muncul kembali dan gua akan pastikan ia berjaya dicapai. Tidak tahun ini, tahun depan dan jika tidak tahun depan tahun yang selepasnya, begitulah sehingga gua berjaya memiliki satu lagi passport yang hampir serupa dengan apa yang telah gua miliki dahulu. Gua mahu kembali ke Jordan, bergambar kembali bersama isteri dan anak-anak gua di pyramid, bersantai di atas Charlie’s Bridge di Prague, menunjukkan kembali kepada mereka bangku tempat gua bermalam di Zoo Berlin dan yang pentingnya gua ada impian yang belum tercapai di Lebanon, gua mahu bermain snowboard di sana. Ah! Indahnya waktu-waktu itu nanti.
No comments:
Post a Comment