Pada ketika ini, berbondong-bondong umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci Ratu Elizabeth dan Salman Rushdie. Puncanya memang semua orang dah tahu. Sir Salman Rushdie yang menulis buku The Satanic Verses – yang bukan semua pencaci, penghina, penyelar dan pengkritik itu habis, telah atau pun pernah membacanya – telah dianugerahkan Darjah Kesatria oleh Ratu Elizabeth yang membawa gelaran Sir.
Demonstrasi di Pakistan jika kita tunggu sedikit masa lagi pasti akan menyebabkan ada yang terbunuh. Manakala di Malaysia pula, pelbagai nama dan jawatan akan muncul menulis di akhbar. Mereka mengkritik dan menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam. Dengan bangganya lewat tulisan dan kritikan itu akan muncul jawatan – Presiden mahasiswa Islam Universiti Akal Selebar Daun. Atau pun Timbalan Presiden Pergerakan Mahasiswa Melayu Islam Kolej Pinang Sebatang.
Bangga? Gua rasa mereka nie semua membuang masa. Buang dakwat pen jika masih lagi menulis menggunakan pen. Buang elektrik sebab terpaksa menggunakan computer untuk menulis benda yang tidak berfaedah. Akhbar-akhbar yang memang telah tersedia dengan sifatnya yang mahu menjual berita-berita murah akan berlumba-lumba menyiarkan penulisan seperti ini. Bangga sungguh BolehLand dengan keberanian anak Melayu menyelar Ratu Elizabeth – yang secara ironiknya adalah pemerintah tertinggi BolehLand itu sendiri. Tak percaya? Kenapa passport kamu berwarna merah? Dan kenapa kamu boleh mengutip passport kamu di British High Commissions?
Semua itu buang masa lah mamat-mamat mahasiswa wei! Kamu ingat Islam itu sudah dibela dengan penulisan itu? Gua yakin Queen Elizabeth mahu pun Salman Rushdie tidak akan membaca tulisan menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci itu. Kedutaan British di Malaysia pun tidak mungkin ambik “pot”. Bagi gua, lantak lah dia nak bagi Sir ke, OBE ke, Madam ke atau pun King, ia tak mendatangkan apa-apa kepada kita. Salman Rushdie menghina Islam melalui bukunya? Berapa ramai kalangan kamu yang pernah menghabiskan buku itu? Tidak pernah melihat dan memegangnya? Memanglah sebab kerajaan BolehLand mengharamkannya.
Kalau pun Sir Salman Rushdie menghina Islam melalui buku itu, lantas dianugerahkan Darjah Kesatria, apa kaitannya dengan Islam? Satu penghinaan Britain dan ratunya (yang juga ratu kamu) kepada Islam pula? Sejak bila mereka membela Islam? Apa kurangnya kepada agama ini dengan anugerah tersebut? Apakah rukun Islam akan menjadi 4 sahaja selepas Salman Rushdie menerima anugerah itu? Atau pun kamu tidak lagi boleh bersolat Jumaat kerana Salman Rushdie kini bergelar Sir Salman Rushdie?
Queen Elizabeth pun bukan orang Islam. Lantak dia lah nak bagi apa sekalipun. Selama ini pun Queen Elizabeth tidak pernah membayar wang khairat kematian di mana-mana masjid atau pun mengeluarkan zakat. Jangan jadi anjing yang menyalak bukit, mana mungkin runtuhnya Istana Buckingham dengan tulisan kamu atau demonstrasi kamu (wahai rakyat Pakistan semua) . Anugerah itu pun tidak akan memberikan sebarang kesan kepada agama Islam. Perbaiki diri kamu semua. Jaga diri kamu semua. Hubungan kamu dengan Tuhan kamu.

Kalau gian sangat hendak memberontak gua ingin mengemukakan satu cadangan yang lebih "Islam" lagi. Ramai kalangan Dato’ dan Tan Sri yang mendapat gelaran merangkap anugerah mereka itu adalah orang Islam. Yang memberi juga adalah orang Islam. Cuba pegi tengok satu demi satu Tan Sri dan Dato’ tu, selidik betul-betul, mesti lu akan jumpa yang lebih teruk daripada Sir Salman Rushdie. Barulah berbaloi nak menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci. Punklitch.