Tuesday, June 26, 2007

Tahniah Sir Salman Rushdie

Pada ketika ini, berbondong-bondong umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci Ratu Elizabeth dan Salman Rushdie. Puncanya memang semua orang dah tahu. Sir Salman Rushdie yang menulis buku The Satanic Verses – yang bukan semua pencaci, penghina, penyelar dan pengkritik itu habis, telah atau pun pernah membacanya – telah dianugerahkan Darjah Kesatria oleh Ratu Elizabeth yang membawa gelaran Sir.

Demonstrasi di Pakistan jika kita tunggu sedikit masa lagi pasti akan menyebabkan ada yang terbunuh. Manakala di Malaysia pula, pelbagai nama dan jawatan akan muncul menulis di akhbar. Mereka mengkritik dan menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam. Dengan bangganya lewat tulisan dan kritikan itu akan muncul jawatan – Presiden mahasiswa Islam Universiti Akal Selebar Daun. Atau pun Timbalan Presiden Pergerakan Mahasiswa Melayu Islam Kolej Pinang Sebatang.

Bangga? Gua rasa mereka nie semua membuang masa. Buang dakwat pen jika masih lagi menulis menggunakan pen. Buang elektrik sebab terpaksa menggunakan computer untuk menulis benda yang tidak berfaedah. Akhbar-akhbar yang memang telah tersedia dengan sifatnya yang mahu menjual berita-berita murah akan berlumba-lumba menyiarkan penulisan seperti ini. Bangga sungguh BolehLand dengan keberanian anak Melayu menyelar Ratu Elizabeth – yang secara ironiknya adalah pemerintah tertinggi BolehLand itu sendiri. Tak percaya? Kenapa passport kamu berwarna merah? Dan kenapa kamu boleh mengutip passport kamu di British High Commissions?

Semua itu buang masa lah mamat-mamat mahasiswa wei! Kamu ingat Islam itu sudah dibela dengan penulisan itu? Gua yakin Queen Elizabeth mahu pun Salman Rushdie tidak akan membaca tulisan menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci itu. Kedutaan British di Malaysia pun tidak mungkin ambik “pot”. Bagi gua, lantak lah dia nak bagi Sir ke, OBE ke, Madam ke atau pun King, ia tak mendatangkan apa-apa kepada kita. Salman Rushdie menghina Islam melalui bukunya? Berapa ramai kalangan kamu yang pernah menghabiskan buku itu? Tidak pernah melihat dan memegangnya? Memanglah sebab kerajaan BolehLand mengharamkannya.

Kalau pun Sir Salman Rushdie menghina Islam melalui buku itu, lantas dianugerahkan Darjah Kesatria, apa kaitannya dengan Islam? Satu penghinaan Britain dan ratunya (yang juga ratu kamu) kepada Islam pula? Sejak bila mereka membela Islam? Apa kurangnya kepada agama ini dengan anugerah tersebut? Apakah rukun Islam akan menjadi 4 sahaja selepas Salman Rushdie menerima anugerah itu? Atau pun kamu tidak lagi boleh bersolat Jumaat kerana Salman Rushdie kini bergelar Sir Salman Rushdie?

Queen Elizabeth pun bukan orang Islam. Lantak dia lah nak bagi apa sekalipun. Selama ini pun Queen Elizabeth tidak pernah membayar wang khairat kematian di mana-mana masjid atau pun mengeluarkan zakat. Jangan jadi anjing yang menyalak bukit, mana mungkin runtuhnya Istana Buckingham dengan tulisan kamu atau demonstrasi kamu (wahai rakyat Pakistan semua) . Anugerah itu pun tidak akan memberikan sebarang kesan kepada agama Islam. Perbaiki diri kamu semua. Jaga diri kamu semua. Hubungan kamu dengan Tuhan kamu.
Kalau gian sangat hendak memberontak gua ingin mengemukakan satu cadangan yang lebih "Islam" lagi. Ramai kalangan Dato’ dan Tan Sri yang mendapat gelaran merangkap anugerah mereka itu adalah orang Islam. Yang memberi juga adalah orang Islam. Cuba pegi tengok satu demi satu Tan Sri dan Dato’ tu, selidik betul-betul, mesti lu akan jumpa yang lebih teruk daripada Sir Salman Rushdie. Barulah berbaloi nak menyelar, mengkritik, menghina dan mencaci. Punklitch.

11 comments:

Anonymous said...

Good one! In fact, superb!

Pantang ada isu sikit nak piket. Pantang ada isu sikit, nak buat press statement. Takde isu pun sebenarnya!

Suka hati queen laa dia nak knight sapa! Kalau dia nak bagi knighthood dekat Lucifer pun apa kena mengena dengan orang Malaysia? Dia punya prerogative!

I rasa you kena translate post ni into Arabic and then hantar dekat Pakistan Times ke, Pakistan Post ke...

Anonymous said...

Salam. Di sini, sebesar tajuk utama di surat khabar Metro, "No Apology for Rushdie Honour". Alasannya, agama Kristian juga pernah dihina di dalam Mary Python's Life of Brian, Yahudi di hina di dalam filem Mel Gibson, The Passions Of the Christ.

Kononnya mereka sudah berfikir panjang ttg penganugerahan ini dan hava strong laws about promoting racial intolerance.

Saudara, don't you think kalau tidak berpiket akan menggambarkan bahawa umat Islam itu lebih lemah, tiada pembelaan terhadap Islam?

Tetapi, apa dihairankan dengan Barat, satu bangsa yang rosak, tiada nilai hatta agama sendiri pun kucar kacir..

The.Libyaman said...

biasanya begini, jika melakukan sesuatu mesti ada objektif. mahu mendapatkan sesuatu. balasan. tindakan.
tapi dalam isu ini saya tidak melihat sebarang pulangan kepada umat Islam. lakukanlah apa sahaja, golongan seperti mereka tidak akan berhenti.
lagi dibantah ia semakin seronok dibuat. cuba sepatutnya umat Islam memperbaiki diri dan ummah. jangan hanya melihat kesilapan mereka menghina kita. satu buku yang ditulis menghina Islam, patutnya seribu buku ditulis semula memperbaiki diri dan mempertahankan kritikan itu. rasa saya lah.

Anonymous said...

aku wan,
aku agree ngan lu.. tak usah ambik pot nagn isu salman rushdie ni.. apa sangat kita boleh buat untuk halang dia mengutuk islam.. bantah tetap bantah.. tapi ada caranya.. betul kata babzahra , kita seharusnya memperbaiki diri dan ummah kita, kita kena ingat hari kiamat semakin hampir... kita berada di dunia hujung zaman.. salah satu tanda yang menyentap hati aku ni ialah dengan kehadiran seorang bernama sai baba.. aku rasa ramai yang dah pernah dengar nama ni..dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan
Rasul-Nya. "

Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).
wallahu al'am..
yang terbaru aku dengar another sai baba dah ada kat sepang... !!
Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasibelahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besimenjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..
Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.
aku rasa dah tiba masanya kita kaji diri kita ni, adakah kita dah ready untuk berhadapan dengan musuh tuhan ini.. daripada kita berfikir pasal Salman rushdie.
sekiranya aku tersalah tulis, harap diperbetulkan..

sorry guys, terpublish twice.

wan.

anakabah said...

Zlaa, pembetulan.

Monty Python's Life of Brian. Dan juga Monty Python & the Holy Grail. Dua buah filem yg sungguh lucu.

Baba, sorry. :)

Anonymous said...

ko pun sama bangang juga ke jelebu

Anonymous said...

haha,.. tak pot..tak pot tu banyak ker faedahnya...

org yg tak pot tu banyak ker buat keje2 agama..pergi dakwah dan sucikan agama dr khurafat, kemiskinan dll..

org kapir ni test market...

kalau tak sensitif dia cucuk dlm lagi..kalau ada yg amik pot, dia cucuk tang lain pulak..

sebab banyak mende asyi tak pot jer umat islam, tu pasal banyak kali melayu nak pergi verify dia murtad dibior je..

alih2 dah 3,4 kali turun naik court..rasa selamat jer nak murtad dan verify murtad..

sebab tak pot lah kita rasa org2 kafir ni hatinya sesuci embun pagi..

padahal mrk ni musuh islam...kita rasa kita kwn mrk ok jer perasaannya..mereka pandang kita mcm anjing jer..

tak pot ker tak sedar diri..

The.Libyaman said...

bro,
yg x ambik pot ialah diorang.
Sir Salman Rushdie dan kawan-kawannya
gua memang ambik pot apa?
setiap hari gua turun berdakwah untuk para pengikut Al Arqam Tabligh dan PAS haha
ini kira macam budak kecik gak lagi kita marah dia buat lagi suka dia nak buat. reaksi memang patut ada tapi buatlah cara lain.

Anonymous said...

mmg la xde kesan..
kite try tgk yg +ve k..
org skrg kurang alert ngan isu2 semasa,mcm syla..
kalo org xbuat demo,xtulis bmacam2,sy xkan tau how bad it is..
skrg2nye,dlm byk2 org yg demo tu n dgn penulisan2,mngkin lahir 2~3org pejuang sejati utk buat p'ubahan..insyaAllah..

sy suke lagu ahli fikir..mm tajuk die tik tok kot..
we read on sumthing n feel sad,sympathy,geram,marah..2~3minit lepas tutup newspaper..sume tu ilang mcm angin lalu..mmg btul2 tkena kat saye..