Monday, July 13, 2009

Seorang Makcik dan KLCC-nya

Ada sekali tu, mak gua kena pergi satu majlis. Dengan PERKIM di Jelebu. Mak gua memang orang kuat lah. Tapi bukan dapat apa benda pun, sekadar nak mengisi masa lapang, sambil terus menyokong Rais Yatim. Kira lepas nie kalau Rais Yatim dah retire gua confirm satu Jelebu akan sunyi sepi.

Majlis tu ialah majlis sambutan hari raya. Entah raya tahun bila pun gua dah tak berapa ingat. Sebab lapar dan terbayangkan tong drum yang sudah dipotong menjadi tempat membakar BBQ, maka gua dengan rela hatinya pun pergilah.

Disebabkan kegagalan untuk merancang waktu, gua telah sampai ketika orang baru nak mula sessi bercakap. Gua lupa yang majlis kalau orang Melayu organize biasanya mesti ada minus plus waktu nak bermula. Maka gua dengan muka terpaksa sambil menahan kelaparan duduk mendengar ucapan seorang makcik.

Dia ni bukan standard makcik lagi sebenarnya. Mak gua kata dia ni dulu junior arwah nenek gua 3-4 tahun aje. Tapi masih jadik pengerusi hapa entah. Anggaran umur dia masa tu dalam 70-an jugak lah. Gua masih ingat lagi isi ucapan dia, yang buat gua tiba-tiba rasa macam mahu menangis. Apa kejadah entah majlis hari raya PERKIM tiba-tiba dia tercakap …

“ Kita mesti terus sokong UMNO sebab kalau tidak selama ni kita tak dapek jalanghayo, jambatan, tuuu haa KLCC tu, dongan lapangan teghobang laei kek Sopang nun…sumo tu UMNO yang buek tu”

“Nak ko kito hidup balik macam zaman Jopun dulu?” dia menyoal balik. Mukanya dihalakan pada gua sebab gua orang muda, yang mungkin takut mendengar perkataan Jepun. Gua tunduk aje. Rasa hiba. Bukan sebab takut dengan Jepun, tapi sedih dengan makcik tu.

Sekarang, tahun 2009. Bukan zaman Jepun lagi. Kita pun tidak takut dengan Jepun sebab Jepun yang pijak perut nenek moyang kita selepas dipaksa minum buih sabun itu sendiri sudah jadik rakan baik kita. Jepun yang pancung kepala nenek moyang kita dulu sendiri sudah boleh datang ke negara kita, cuma kita takutkan Chin Peng sahaja. Itu cerita lain.

Kini tahun 2009, gua masih terdengar lagi frasa yang hampir sama diucapkan kepada rakyat. Bukan oleh makcik itu, tapi oleh manusia yang sepatutnya boleh berfikir lebih matang daripada makcik itu. Kali ini memang gua rasa sangat hiba, sebab ia dilontarkan seorang pemimpin negara. Rakyat masih mahu digula-gulakan dengan jambatan, dengan beg sekolah, dengan basikal murah, dengan kain batik dan subsidi baja. Aduhai cukup-cukuplah dengan penipuan sebegini.

8 comments:

mama said...

apa boleh buat... itulah hakikatnya

Awang Kapak said...

sunggul Malaysial

UnGu VioLet said...

slm kenal.. slm ziarah dr teratak ungu violet.. ade mase, singgahla ke rumah mar yer.. anyway, really nice site!! congratss..

kiki said...

yeah right. itulah hakikatnye sekarang nie

Junaidi Asmara said...

gelak guling2 sambil menaip di laptop berjenama Jepun!

Anonymous said...

yg penting bro, ManU tetap milik si bulan purnama. 65 ka...650 ka..65000 ka... apa aku kisah?!?!?!?

Salam bro. Wak arjun

kuchalana said...

kekeke.. ana pernah menyatakan tentang kisah generasi ini.. hanya generasi ini yg masih mendewakan pemerintah... generasi baru mahu melihat perubahan.. next GE kita akan melihat suara generasi internet

babazahra' said...

junaidi,
lu gelak sorang aje ke?

wak,
mana lu melingkup? kena ISA ke?

kuchalana,
buat bancian skit pengundi generasi ni ada banyak lagi ke tidak.