Dulu gua memang selalu risau dengan pertukaran tempat kerja. Sebab itulah gua setia macam askar Jepun selama 7 tahun di Astro. Macam-macam yang gua fikir. Ada geng sepejabat yang satu kepala atau tidak, itu menjadi persoalan pertama. Agak-agak gua boleh buat kerja ke tidak? Boss baru gua baik ke tidak? Gua boleh layan internet ke tidak? Kerja gua payah macam buruh paksa buat landasan keretapi ke? Dan macam-macam lagi.
Bukan apa, gua sudah selesa sangat semasa bekerja di Astro dulu. Kerja yang gua rasa paling mudah atas planet bumi. Gua hanya perlu membebel depan televisyen. Apa sahaja yang gua dengar, gua kena cakap semula dalam Bahasa Melayu secara langsung. Sambil bercakap gua boleh tengok bola, gua boleh baca suratkhabar, boleh kira hutang kad kredit, boleh reply SMS, minum teh tarik dan ada kutu yang pernah buat jualan langsung sambil membebel depan televisyen tu. Tapi paling selalu ialah ada yang sambil membebel, dia terlelap dan terus merapu. Itu cerita lain.
Kawan-kawan pulak memang daripada kelompok yang sama walaupun bukan satu kepala sangat. Ada kawan-kawan yang dah kenal lebih sepuluh tahun dan ada yang baru kenal tapi dah macam kenal 50 tahun. Cuma kerana kesemua kami dibesarkan dalam persekitaran yang hampir sama, maka kami boleh dikategorikan sebagai satu kepala. Semua kepala atas putih, kecuali gua, punkrock kononnya.
Oleh sebab itulah gua takut untuk bertukar kerja. Bagaimana hari pertama di tempat baru? Dengan siapa gua nak makan tengahari? Meja gua letak kat mana? Gua nak berborak dengan siapa? Borak tentang apa? Berapa lama boleh berborak? Dan macam-macam lagi.
Jadi sejak dua hari yang lepas, gua sudah berada di tempat baru. Bermakna dalam tahun 2009 ini, gua sudah berada di 3 tempat kerja yang berbeza tapi cuma 2 majikan yang berlainan sahaja. Tripoli memang best daripada semua segi. Tempat tidur best. Gua sudah tidak perlu mendengar dengkuran Lim Boon Diaw sebelum gua terlelap sebab gua ada bilik yang sama besar dengan keluasan surau Sogo. Sendirian.
Makanan memang bagus sebab ada tukang masak. Toilet memang bagus sebab sangat bersih dan luas. Rumah tempat tinggal juga bagus sebab sangat luas dan selesa. Tempat kerja juga bagus sebab gua tidak perlu melayan kebodohan Arab lagi.
Cuma apabila gua tengok balik rakan-rakan serumah dan sepejabat dengan gua, baru gua sedar. Takde pulak gua jumpa nama-nama orang Melayu. Ini betul-betul mencabar daya tahan gua untuk tidak menikmati suasana hidup seorang lelaki Melayu bagi tempoh 6 bulan yang akan datang.
10 comments:
Takkan Melayu hilang di dunia .... yes you can !!!
apa macam projek buku lu?
sabar b... bukan tak biasa spekong heheh...
balik nnt cakap lah melayu puas2..
Arrghhh!!! Persetankan konsep 1Melayu tu Baba.
Lu mamat 3 line ke?
All the best bro.
lu kan pohon kurma di padang pasir....
walaupun hidup di kaw kering kontang..panas terik..dihiasi bau bacing arab...lu tetap buah kurma yang manis..... 6 bulan lama ke!..sejak lu takde kat astro AJK perhubungan payah nak cari...
kak ina, macam Bob the Builder kan, yes we can.
j,
adoiii. baiklah gua bertekad akan menyambung dan menyudahkan (sambil meletakkan tangan di dada)
wak,
gua takde line lah beb. lu bagi gua sikit line.
koyan,
ko sms fuad cakap ngan dia jangan segan2 lah nk menghubungkan kengkawan guna telefon Astro, takde sapa intip pun.
Tubuhkan saja parti melayu di sana.. hehehe
go!go! org melayu..
Btul tuh xkn melayu ilg di dunia..
Perfect room, Zul. But no wife.Huhu. sabo sabo. :-(
gua rindu kan hempasan digibeta di library
Post a Comment