Thursday, October 29, 2009

Gua Terjumpa Persimpangan Pandan Indah di Tripoli

Antara benda paling sukar bagi gua ialah untuk mengingati jalan. Gua paling hafal jalan keluar dari Bandar Kinrara untuk pegi sekolah wife gua, pegi highway PLUS, pegi rumah abang gua di Bandar Sri Permaisuri, juga untuk pergi ke Mid Valley. Kalau nak pegi IKEA pun gua kadang-kadang boleh semput terutama apabila dah sampai di KDU. Sebab itu lah gua mesti ada co-pilot. Kalau tidak gua lebih senang merempit sebab jalanraya di KL memang terbukti amat mesra untuk merempit.

Gua dah pernah test guna GPS. Macam haram, asyik memekak tak sudah-sudah. Pastu nak tunjuk bagus pulak. Macam lah tempat yang gua nak pegi tu dia pernah sampai. Poyo aje lebih. Bagi pulak jalan yang jauh-jauh, ada jalan shortcut pun dia tak tahu. Menyusahkan aje mana nak dengar radio lagi, nak berborak lagi, nak tengok jalan lagi, nak perhati signboard lagi. Jadi, itu adalah teknologi yang gua rasa perlu gua reject.

Masa mula-mula menjejak kaki di Muar pun gua dah kantoi. Banyak sangat jalannya gua rasa. Apa hal pegi buat jalan susah-susah ni? Banyak-banyak simpang, traffic light, signboard. Semua tu pembaziran. Mesti ini projek kroni. Gua dah mula merepek. Maka adalah juga lima enam kali gua sesat barat di Muar. Apabila balik lambat sikit masa gua keluar drive sorang-sorang, gua akan bagi alasan pegi jalan-jalan, padahal gua memang jalan-jalan pun. Dah sesat jalan-jalan lah cari jalan balik.

Masa pegi Melaka baru ni, sambil tunggu wife gua kursus, gua bawak anak gua pegi Bandar Melaka. Okay jugak gua fikir, pegi shopping complex ke, tengok bangunan merah ke. Dengan penuh confident gua drive dari pantai Klebang ke Bandar Melaka. Cilakak betul, dekat sejam lebih gua memusing nak cari Mahkota Parade. Gua rasa masa sekolah dulu kitorang outing pegi Melaka senang aje pulak. Turun bus terus sampai Melaka dah nampak Mahkota Parade. Tahun 1994 dulu lah.

Dalam gua tengah buat gaya best pusing-pusing makan angin kat Bandar Melaka tu, tiba-tiba alat GPS paling besar gua yang tengah bergaduh kat seat belakang berbunyi “Are we lost , Baba?”. GPS yang kecik pulak kata “Kan tadi kita dah lalu kat sini”. Gua terus buat gaya best sambil tukar lagu ABBA jadik lagu Sex Pistol. Heh Johnny Rotten pun kurang mampu membantu gua. Penyudahnya dah dekat pukul 4 baru gua dapat parking depan Mahkota Parade. Wife gua abis kursus pulak pukul 4 setengah. Perghh! Depan Mahkota Parade ni diorang dah buat shopping complex baru lah pulak. Takkan nak lepak 15 minit aje kan? Dekat pukul 5 lebih jugak lah baru jemput wife gua.

Dalam e mail sebelum gua sampai sini, boss sudah kasitau suruh gua bawak international driving license. Mesti. Gua dah agak mesti dia nak hadiahkan gua Volkswagen Touareg ni. Boleh nanti gua drive style Jason Bourne. Kalau Benghazi gua boleh drive rileks aje, Tripoli mesti susah sikit-sikit aje. Lagi pun gua duduk kat opis, nak ke mana sangat pun kan?

Hari ketiga gua bekerja di site yang bau macam Taman Equine pada tahun 2003 ni, boss sudah bagi gua kunci kereta besar dan jugak authorization letter untuk memandu. Gua dah kasitau dengan mamat Filipino yang duduk sebelah gua ni. Kalau lu tak pegi keje memang gua takkan pegi keje. Cemana gua nak drive macam ni? Sampai 3 biji highway gua kena tempuh belum kira flyover lagi tu. Cemana gua nak save dalam hard disk gua yang cuma 250 gig ni? Sekali Tripoli ni pulak dia punya sesak dah macam MRR2 menghala ke Ampang.

Gua macam nak berbisik aje pada boss, tolonglah shipping kan 125Z gua datang ke sini. Gua nak merempit. Gua dah tak tahan. Masa yang gua buang dalam traffic jammed pagi-pagi ni kalau gua layan mata lagi berfaedah. Itu belum campur masa reverse-reverse kereta sebab silap jalan lagi. Aduh.

8 comments:

j or ji said...

gua alhamdullilah,buat masa sekarang ni belum boleh lagi jalanraya nak main2kan gua.

Rambo said...

Bandar Melaka pun boleh sesat ke??

Wa budget engineer yang buat jalan Pandan Indah tu orang yang sama buat jalan kat Trupoli tu.

Biasala, kroni.

Lien Fayzal said...

kelakar la zul.. aku pn ade gk sesat kt Melaka tuh. padahal pusing mane2 pn akn jpa tmpt yg sm.. melaka tuh kn sempit.. hihihi..

Anonymous said...

ah lien fayzal..selamba kutuk melaka...heheh. tp mmg aku pun dh menyampah ni gi town tu. jammed nak mampus. lu melaka skolah mane dulu bang?

Lien Fayzal said...

eh.. kite x kutuk ar.. tp mmg btul kn melaka tuh sempit.. jln pn suma kena lalu blkg building.. siyes.. br2 nie gi lubuk cine/ msjd tanah pn sesat seyh.. lalu kut utan mane nth.. huh..

babazahra' said...

j, lu dah kenal lampu isyarat sejak kecik kt KP. Jelebu baru tahun 2009 pasang lampu isyarat. Kira lu lagi mesra jalanraya lah.

Rambo, wa pun rasa engineer sama lah. Gua tengok keajaiban susun atur simpang dia lebih kurang aje.

Lien,
Jalan2 yang sempit dan sehala tu lah yang buat aku senang sesat.

anon,
gua sekolah kt Gemencheh, tapi outing kat Melaka, Seremban dan kadang2 KL.

Lien Fayzal said...

Zul - aku stuju statement tuh.. mmg tmpt yg sempit tuh la yg bt org sesat barat.. nk pg satu2 tmpt pn kene make 1 big round padahal jln selangkah 2 dh blh spi..

dh pg byk kali pn blh sesat kn ;)

Itu la Bdr Melaka.. hihihi..

mama said...

b... tu sebab kalo di Malaysia co-pilot sentiasa ikut ye...

good idea tu .. kasi angkat lah 125z tu, bb pos kan ye nk tak?