Masa gua kecik dulu, dihadapan kuarters hospital Petaling, di Jelebu, ada sebuah warung kopi. Ia warung milik Cina, tempat ramai penoreh getah berhenti minum sekitar jam 10 pagi sesudah selesai menoreh. Majoriti mereka adalah Cina juga, kerana gua tahu Melayu sekitar jam 10 pagi, mereka baru menghabiskan satu lot pokok getah.
Dari mana gua tahu? Dulu mak gua bukak kedai kopi di kampung, dan seawal 4 pagi, sudah ada penoreh getah berbangsa Cina yang singgah, membeli rokok atau pun ubat nyamuk, sebelum ke kebun getah dan kemudiannya pulang sekitar jam 10 pagi, mereka akan singgah pula untuk minum teh dan makan nasi lemak.
Berbalik kepada warung di hadapan kuarters hospital itu. Gua sudah lupa makhluk mana yang memulakan cerita ini, tapi gua sangat pasti dia berbangsa Melayu, kerana ketika kecil gua tidak ada kawan Cina, kecuali seorang bapa angkat yang bernama Ah Fook, juga Cina-cina penoreh getah yang selalu singgah minum di kedai kopi mak gua. Kawan Melayu gua ini, beritahu yang sebenarnya, warung kopi itu adalah tempat perkumpulan komunis. Warung itu sengaja dibuat di tepi bukit, dan ketika itu kuarters hospital belum lagi wujud.
Warung berlantaikan papan itu juga, sebenarnya adalah tempat mereka menyembunyikan senjata. Dan kenapa ia dibuat di tepi bukit? Ini kerana di belakang rak kayu menyusun cawan dan gelas itu terdapat satu pintu rahsia, yang membawa mereka ke satu terowong. Bukit berhampiran Sekolah Menengah Undang Jelebu itu pula, adalah pusat mereka berkumpul, bilik-bilik rahsia, dan tempat mesyuarat mereka menyusun rancangan bagi merampas Malaya daripada orang Melayu.
Ketika gua mencaci manusia-manusia rasis yang membakar gereja dalam entri sebelum ini, gua tidak pernah sekali pun menyebut yang gua tidak sayangkan bangsa Melayu ini. Gua tidak menyebut pun yang gua tidak akan mempertahankan hak bangsa Melayu ini. Gua tidak menyebut pun yang gua sangat malu menjadi bangsa Melayu dan jika lu baca apa yang gua tulis dengan fikiran yang matang, lu akan bertemu dengan bukti ketepatan pepatah Melayu yang menyebut “dek nila setitik maka rosak susu sebelanga”.
Apakah sebenarnya hak bangsa Melayu yang tercabar di dalam kes penggunaan perkataan Allah ini? Apakah dia hak bangsa Melayu yang cuba dirampas dalam isu ini? Dalam ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH. Gua tidak mahu memetik mana-mana ayat suci Al Quran lagi, cukuplah dengan apa yang sudah disingkapkan oleh kawan-kawan lain, sudah memadailah untuk jiwa-jiwa yang tenang memahaminya.
Gua beritahu, kalau dari sudut logiknya sekalipun, perkataan itu bukan milik bangsa Melayu. Dari situlah bermulanya kemarahan, tohmahan, cacian, sumpah seranah dan apa sahaja yang lu mahu labelkan – daripada gua kepada kumpulan manusia rasis ini. Sejak bila pulak turunnya wahyu Allah Taala yang menyebutkan perkataan Allah itu milik mutlak bangsa Melayu? Tahukah kamu apa yang dilaungkan oleh mereka yang berdemo di depan Masjid Negara tempohari? Tahukah kamu siapa penaung demonstrasi yang diadakan bagi membantah penggunaan perkataan Allah itu?
Memang ramai yang agak terkejut dengan sumpah seranah gua itu. Memang ramai yang tidak boleh menerima cacian sedemikian muncul dari mulut seorang anak Melayu sendiri. Tapi, tidakkah kamu malu dengan tindakan-tindakan bangsa kamu sendiri, tidakkah kamu malu dengan budi pekerti bangsa kamu sendiri dan tidakkah kamu malu dengan kebebalan bangsa kamu sendiri? Kerana gua malu dengan kesemua itu, maka apakah patut gua menghamburkan pujian? Kumpulan manusia rasis sebegitu, cacian yang paling hina sekali adalah panggilan sesuai untuk mereka.
Apakah dengan membenarkan perkataan Allah itu digunapakai oleh Kristian, maka kita terpaksa menerima akidah mereka? Apakah dengan munculnya kekeliruan tentang Allah yang mana satu, maka itu wajarnya para penyokong penggunaannya dikafirkan? Bagaimana dengan puluhan badan-badan agama dan dakwah Islam yang sepatutnya tugasan mereka menyuburkan agama suci itu di bumi Malaya sejak sekian lama? Di mana mereka?
Kumpulan ini bimbang tugasan mereka akan lebih berat. Mereka terpaksa pula menjelajah pelusuk ceruk kampung memberitahu, bahawa Allah kita lain dan Allah penganut Kristian itu lain. Mereka malas melakukan kerja-kerja tambahan sebegini kerana selamanya ini mereka tidur, kerana selama ini mereka sibuk berbual tentang berapa ramai pengikut fahaman Salafi, berapa ramai pengikut Syiah dan penceramah bebas mana yang paling pandai berjenaka.
Mengapa boleh wujud kekeliruan tentang penggunaan perkataan Allah itu? Bukankah kerana sejak awal lagi, di bumi Malaya itu, Islam cuba diMelayukan? Bukankah kerana bangsa Melayu itu mahu muncul lebih Islam daripada Islam itu sendiri? Dan bagi gua sendiri, akibat sikap bongkak dan sombong bangsa Melayu, maka bukan sahaja sekarang kekeliruan itu muncul bahkan sejak dahulu lagi warga bukan Islam telah keliru, adakah Islam itu sebenarnya Melayu atau bangsa Melayu itu beragama Islam?
Sekarang, pada tahun 2010 ini, kita mengatakan bahawa semua orang akan keliru, Allah yang mana satu? Adakah Allah orang Islam atau adakah Allah orang Kristian? Kenapa boleh keliru? Ini kerana Islam itu telah diMelayukan oleh orang Melayu, yang pada hari ini seperti mengatakan agama Islam itu hanya untuk orang Melayu. Dan dimana pula puluhan badan-badan agama dan dakwah Islam yang sepatutnya sejak sekian lama mereka perlu menyampaikan pemahaman tepat tentang Islam? Sebaliknya saudara baru yang memeluk Islam akan dipaksa memakai baju Melayu, apabila berkahwin, mesti mengikut adat orang Melayu, perlu ada nama Melayu, dijauhkan daripada ahli keluarga asal dan sebagainya.
Dari sinilah berpuncanya kekeliruan itu. Islam sudah dimonopoli oleh bangsa Melayu sehinggakan perkataan-perkataan Arab sudah diMelayukan, dan tanpa segan dan silu mereka mengaku itu milik mereka. Apabila kamu bercakap menggunakan perkataan-perkataan ini, maka kamu akan dilihat lebih Islam, walaupun sebenarnya perkataan itu dituturkan juga oleh jutaan umat manusia yang bukan kesemuanya beragama Islam. Contohnya ialah Allah.
Cukuplah sampai disitu. Bercerita tentang isu ini, seperti mencurah air ke daun keladi. Untuk mengalihkan isu, cerita lain pula dibuka. Ketika gua bercerita tentang penggunaan perkataan Allah dan betapa rasisnya bangsa Melayu selama ini, gua ditanya apakah salah sifat cintakan bangsa sendiri itu?
Begini, tiada salahnya mencintai bangsa sendiri, tanahair sendiri mahu pun budaya dan adat sendiri. Tetapi apa yang berlaku sekarang, seperti yang gua jelaskan seawal tadi, bukan bermaksud gua tidak sayangkan bangsa sendiri atau pun menjadi larangan untuk sayangkan bangsa sendiri. Rasis dan sayangkan bangsa sendiri adalah dua perkara yang berlainan, jika dibaca dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang terbuka.
Sejak sekian lama, apabila bangsa Melayu bersikap bongkak dan angkuh, atau bersifat perkauman yang melampau, maka bangsa lain di Malaya, khususnya Cina akan kerap menjadi mangsa tudingan jari-jari para rasis ini. Kata mereka diskriminasi dan rasisme juga berlaku dalam bangsa Cina. Mereka tidak menghina bangsa mereka sendiri, seperti yang gua lakukan, bangsa Cina akan menaikkan bangsa mereka sendiri, menghormat bangsa mereka sendiri dan tidak akan mencaci bangsa mereka sendiri seperti yang gua lakukan. Silap.
Apakah kamu fikir bangsa Cina itu tidak berotak dan tidak berakal sehingga menerima segala kebobrokan bangsa mereka sendiri? Jika tidak maka akan wujud hanya satu parti politik Cina sahaja di Malaya, akan wujud satu parti politik India sahaja di Malaya, dan hanya akan wujud satu parti politik Melayu sahaja di Malaya. Itulah dia rancangan dan impian UMNO. Jika kesemua itu wujud, itu adalah bukti suburnya rasisme. Mudah sekali bukan? Masih tidak faham?
Bangsa Cina tidak akan menerima sifat-sifat buruk bagi bangsa mereka, bangsa India yang waras akan menentang pemimpin korup seperti Samy Vellu. Cuba tanya kepada bangsa Cina yang waras adakah mereka suka dengan rasisme? Cuba tanya kepada bangsa India yang waras, adakah mereka akan terus menyokong gangsterisme yang dilakukan oleh anak bangsa mereka di Klang? Apakah kamu perlu bersetuju dengan rasisme, buktikan bangsa apa di Malaya ini yang mendokong rasisme?
Maka setiap kali bangsa Melayu dituduh rasis, satu lagi pihak yang sering menjadi mangsa ialah Cina Singapura. Setiap kali kamu berkata, kita tidak mahu Melayu di Malaya ini menjadi seperti Melayu di Singapura, maka itu buktinya akal kamu belum cair sepenuhnya, akal kamu masih beku dengan propaganda UMNO yang terus mahu kekal berkuasa dan akal kamu masih belum mampu untuk keluar dari belenggu semangat rasisme itu.
Pertama, paling mudah sekali. Kenapa perkara yang buruk perlu dilihat sedangkan banyak kebaikan lain yang diketepikan? Jika mereka boleh maju, jika mereka boleh berjaya, mengapa tidak kita? Kenapa hanya yang buruk sering menjadi bualan sebaliknya sifat yang baik itu kamu lupakan?
Kedua, tanpa perlu menjadi Singapura sekali pun, Melayu di Malaya ini sudah mengemis dan memohon simpati. Akibat daripada sikap tidak mahu berusaha, akibat daripada sikap yang suka mengharap belas ehsan dan akibat sikap yang terlalu berbangga dengan gelaran bumiputera, peribumi, perwaris, perkatak dan sebagainya, maka Melayu seringkali menyalahkan bangsa lain atas kegagalan sendiri.
Apabila tidak diberi kenaikan pangkat dalam sebuah syarikat Cina atau India, majikan akan dituduh diskriminasi. Majikan akan dituduh rasisme, tetapi mengapa tidak melihat kepada diri sendiri. Mengapa tidak melihat kepada kelemahan diri sendiri? Gua akui, diskriminasi seperti itu memang wujud, tetapi ia seperti pepatah Melayu yang gua petik di atas tadi juga. Namun dalam banyak situasi, kesemuanya adalah berpunca daripada kelemahan diri sendiri, berpunca daripada kesilapan sendiri dan berpunca daripada sikap rasisme itu sendiri.
Bagaimana mungkin majikan mahu bertoleransi jika tidak mampu bersaing dengan pekerja yang lain? Bagaimana mahu diberikan kenaikan pangkat atau pun gaji jika masih gagal menguasai Bahasa Inggeris? Bagaimana mahu berdiri sama tinggi dengan orang lain jika buat kerja kurang, bercakap lebih, gaji mahu banyak, bergerak mahu sedikit, bonus biar lebih, dan “berbohong” itu halal.
Biasa dengar orang berkata, ah lantak lah aku ambik barang ini, orang kafir punya. Lantak lah aku belasah duit company, towkey bukan orang Melayu. Ah lantak lah nak masuk pukul berapa pun, hari ini hari Jumaat, kalau boss marah aku report dengan Jabatan Agama. Pernah dengar?
Gua tengah banyak kerja dalam seminggu ini. Kontrak 14 muka surat belum siap-siap lagi. Kerja dengan boss Cina, Singapura, takkan gua nak tunjuk muka lembik dan lembap. Gua anak Melayu yang ada maruah. Nanti ada masa gua akan sambung lagi. Sekarang otak gua sedang berserabut. Semestinya gua belum habis, kerana cerita warung kopi di tepi bukit itu belum gua simpulkan. Juga punkrock.
19 comments:
stamina gua teruji nak habiskan baca ni. nice article though.
Gua setuju dengan semua yang lu bentangkan. Cuma perasaan gua ada skit kacau bila gua cuba intepretasikan maksud singapura maju lu.
Gua juga setuju yang memang singapura negara maju tapi soalan gua ialah haruskah melayu malaya ni korbankan harta benda jiwa dan raga dengan bersekongkol sama US dan yahudi secara terang-terangan demi kemajuan ekonomi seperti yang dilakukan oleh singapura?
Pemahaman gua mungkin tak setinggi mana tapi gua takmau ikut jalan yang singapura amik. Kita boleh buat cara kita tak kira parti mana yang terajui tampok pemerintahan. Kita cukup kaya.
2 sen gua.
Setuju! Setuju! Artikel yg menyentap perasaan Melayu yang biasa-biasa berazam nk jadi luar biasa. Aku nk copy bg kat kwn aku bleh?
Ketika jabatan agama dan majlis agama lebih suka mengira untung kutipan zakat dan tangkapan orang berkhalwat di taman2...
Mungkin bagi mereka ni, mereka dah betul2 terpengaruh dengan dakwaan bahawa pemimpin bani tamim akhir zaman ni akan datang dari Malaysia! (seperti mana dakyah Arqam dulu) jadi mereka mempersiapkan diri untuk menjadi lebih Islam dari umat2 islam yang lain di atas muka bumi ini..
Sayang..ilmu dah banyak depan mata tapi taknak belajar, suka sangat jadi orang bebal & bodoh!
pakkordi,
macam yang gua cakap, ambil yang positif. apakah hanya bersekongkol dengan Yahudi dan US sahaja kita boleh maju? Pertama majukan minda kita dahulu, kemajuan material itu pasti mudah datang. Kedua, jika kerajaan betul-betul mahukan negara ini maju, sejak 20 tahun yang lepas, Malaya sudah menjadi negara pertanian terbesar dunia. Tanah-tanah itu majoritinya milik orang Melayu, tetapi apa yang kerajaan buat? Ambil dengan harga murah atas nama kemajuan? Atas nama pembangunan? Apakah silap Cina juga maka bangsa Melayu semakin kehilangan tanah-tanah mereka? di tanahair sendiri? Gua setuju dengan lu, jangan mengambil jalan mereka, tapi buat jalan kita sendiri. Cuba hidup sebagai rakyat satu negara. Semua orang bayar cukai, dan kita menikmati hasil cukai itu. Perkongsian bukan?
pablo,
awal lu bangun. bagus.
komander,
silakan bang.
zan,
apabila orang cakap nanti mereka akan marah. mereka akan kata pula kita tidak hormat institusi agama, dakwah dan sebagainya.
Abang,
ada cik anom cakap kat entry yang lepas Abang pengikut serta cuma sebarkan fahaman "punk rock"...Nak kata bodoh tapi memang bodoh kot...Abang takde cadangan nak bagi borang keahlian ker?...hahahahhahah...
Salam...
Er..lu ada buat parti punk rock ke baba? Kasi emel aku borang barang selai dua..hahaha
Baba, gua jelas dengan keterangan lu yang sejajar dengan tujuan gua. Peace.
well said my brother..well said!.
gua ingat gua nak amik entri lu wat rujukan untuk mereka2 yang mengecam gua yg berfikiran macam lu jugak ni.
parti punk rock?. gua nakkkkk!
diorang dah tepu..
tepu dgn penipuan..
tepu dgn bodekan..
tepu dgn perasaan superior..
mana boleh nak pikir waras2 sangat..
sama macam lemak2 tepu kat perut diorang tuu..
Baba, Salam...
Thanks for making my evening dude.
Salam...
lu sekali lagi membuatkan jiwa melayu malas membaca gua tercabar!
:P
lu sekali lagi membuatkan jiwa melayu malas membaca gua tercabar!
:P
Assalammualaikum Tuan Tanah,
Gua terpanggil untuk turut serta di dalam blog post ini. Bukan pasal isu yang di utarakan, tetapi pasal gua satu tanah tumpah dengan tuan tanah. Tempat yang tuan tanah cerita di awal perenggan betul-betul menusuk.
Dulu-dulu pun ayah gua suka cerita macam ini. Asal sebut pasal Titi saja, term komunis memang takkan tinggal, sampai gua pun naik hairan.
Apa-apa gua seronok terjumpa orang satu tempat di ruang siber ini. Mahu kenal lanjut .
kau mmg 'hebat'...
salam.. bro bile nak smbng tulis balik...
gua jatuh chenta r ngan lu punya penulisan sejak kenal ini blog....
gaya penulisan yang rebel mcm nie da lame gua carik.tuli r lagi bro..
Assalamualaikum saudaraku..
kenapa perlu libatkan Semangat nasionalis kalau perlu sistem yang adil,Sistem yang adil adalah sistem yang berasaskan Islam,Saudara tidak perlu memupuk semangat2 saling menuding jari begini,tiada akan faedahnya.kamu sebagai seorang yang tidak rasis kononya membela,atau membenarkan pendapat induvidualistik tanpa membuat kajian khusus.? Apakah yang khususnya? adakah anda tahu masalah bangsa anda sediri,?
Apa silapnya dan di damana?
Hanya kerna politik kalian bisa mengotorkan kesucian agama,masyarakat kalian yang sebenarnya dah rosak,segelintir besar.Hanya tahu bercakap,buatnya tiada.Sebelum dapat jawatan nak wat itu ini dah dapat jawatan habuan dituntut.Kalau tak dapat buat pecahan demi ideologi kepentingan sendiri,apa ni semua,? Anda patut memberi respon kepada kotornya politik yang bermain main di kalangan masyarakat.kalau dah sampai isu bakar gereja ini bukan lg isu kecil,sangat biadap!!!
Politik sehina ini tidak perlu dalam tanah air....Kenaa mengagung semangat nasionalis sedangkan ini diperkenalkan orang putih. yang mahu kita dipergunakan,kenapa tidak mahu membela sisitem berkhalifah..? kenapa perlu pakai Demokrasi kafir ini..?
Kenapa tkut pada pemerintahan Islam kalau sendiri dah tau Islam adil...
melayu dengan sifatnya suka melatah memang hebat guna akal ikut rasa.saya dapat merasakan orang melayu telah jauh tersesat,malah lebih mencontohi Yahudi pada dewasa ini.saling tuduh menuduh.salig mahu duit.malah lebih hina dari binatang adakalanya apabila kebanyaka org melayu lah yang buang anak,saya bukan menghina melayu saya juga Bani jawi.tapi suara ini adalah suara Revolusi yang ingin kita bersatu,bukan memaparkan iedologi yang membuat kita saling terpecah.kita mahu Ukhwah,bukanya berpecah.
Ssalam,..
Salam,
Dalam membela nasib Melayu di bumi Melayu kita ini, kita semestinya bersikap dan bertindak RASIS terhadap orang-orang kafir Cina dan India, hatta terhadap Melayu/Bumiputra yang kafir. Survival Melayu dalam persaingan dgn Cina di bumi kita ini hanya boleh dicapai melalui segala dasar dan program kerajaan Melayu yang berbentuk RASIS. Kalau kerajaan bersikap “fair and square”, Melayu tetap akan kecundang dalam berbagai-bagai bidang kehidupan, kita akan kecundang dalam bidang pelajaran dan sudah semestinya kita akan kecundang dalam bidang ekonomi.
Arwah Tun Razak adalah seorang pemimpin yang pragmatis, beliau sedar bahawa hanya dasar RASIS sahaja yang boleh menjamin survival Melayu di bumi Melayu kita ini sendiri. Beliau melaksanakan DEB, dasar Pelajaran Nasional dan dasar Bahasa Melayu yang kesemuanya itu adalah berunsur RASIS yang meminggirkan orang-orang Melayu/Bumiputra, Cina dan India yang bukan Islam, dan beliau melindungi, mempertahan dan mempromosi hak-hak orang-orang Melayu/Bumiputra, Cina dan India yang beragama Islam.
Malang sekali beliau dibunuh oleh Yahudi di United Kingdom hanya setelah kira-kira lima tahun sahaja sebagai PM.
UMNO di bawah agen-agen Yahudi seperti Mahathir, Pak Lah dan Najib, sudah menyimpang jauh dpd dasar-dasar RASIS yang diciptakan oleh Tun Razak dahulu – natijahnya tiadalah yang lain melainkan kehancuran kpd Melayu dalam seluruh bidang kehidupan.
Kini Melayu/Bumiputra adalah amat kecewa dgn UMNO. Melayu akan mencuba nasib dgn PR pula. PR bukan parti politik yang bersifat RASIS Melayu, dasar PR adalah “fair and square” dan sudah semestinya PR akan membawa kehancuran kpd nasib bangsa Melayu. Di bawah kekuasaan politik PR nanti, Melayu akan tetap tercorot dalam segala bidang kehidupan. Sekali lagi kita akan kecewa – lebih parah dpd apa yang berlaku sebelum dpd itu!
Kekecewaan ini akan membawa kpd kesedaran dan keinsafan kpd kita yang seterusnya akan menghasilkan tindakan-tindakan yang agresif dan militen di kalangan orang-orang Melayu/Bumiputra Islam terhadap PR. Pilihan kpd orang-orang Melayu pada masa itu nanti hanyalah untuk kembali kpd Islam, bukan lagi melalui pilihanraya, tetapi untuk kembali kpd Islam melalui Jihad Perang dan Revolusi!
Kerajaan demokrasi BN sekarang ini atau PR akan datang nanti adalah kerajaan yang kafir, zalim dan fasik. Perkara-perkara 43, 44 dan 161 dalam Perlembagaan Negara kita menyebabkan kerajaan-kerajaan BN sekarang dan juga kerajaan PR kemudian nanti wujud sebagai kerajaan-kerajaan manusia yang kafir, zalim dan fasik. Allah memerintahkan kita agar kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kerajaan BN mahupun ke atas kerajaan PR nanti (Baqarah 193, 251; Hajj 40). Jalan pilihanraya melalui amalan agama demokrasi yang kafir adalah jalan yang kafir yang dilarang oleh Allah (Fatir 10).
Berperanglah wahai bangsaku, bukan di atas nama Melayu, kerana Melayu dan untuk Melayu, tetapi di atas nama Allah, kerana Allah dan untuk Allah. Wahai bangsaku! Bangkitlah dgn kalimah Laailaahaillallah untuk mewujudkan ketuanan Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi (Taubah 33). Dasar Islam terhadap orang-orang kafir tiadalah yang lain melainkan DISKRIMINASI dan PEMINGGIRAN terhadap mereka agar kita akan dapat mewujudkan ketuanan Islam di bumi Melayu kita ini.
Allah memperingati kita sekiranya orang-orang kafir berkuasa dan mengatasi kita nanti mereka akan membunuh kita (Mumtahanah 2). Mereka bersatu padu sesama mereka untuk menyerang, memerangi dan membunuh kita, justeru Allah memerintahkan kita agar kita bersatu padu sesama kita untuk menyerang dan memerangi mereka sebelum mereka berkesempatan untuk menyerang dan memerangi kita, kalau tidak, Allah memperingati kita bahawa akan berlaku penindasan ke atas kita oleh mereka serta akan berlaku kerosakan yang besar di bumi (Anfal 73).
Apakah ini tidak merupakan perintah-perintah Allah yang jelas dan tegas agar kita bersikap RASIS terhadap orang-orang kafir?
Sekian, terima klasih.
WAN SOLEHAH AL-HALBANI
Post a Comment