Sunday, February 21, 2010

Gua Benci Dengan Kebebalan Rasisme!

Dulu gua pernah tulis, bagaimana kawan-kawan yang menonton berita terdengar pasal kemalangan nyawa. Dan kemudiannya tahu bahawa mangsa kemalangan bukan berbangsa Melayu. Serta merta mereka akan mengalih arah “ohhh Cina, lantak lah pun” atau pun “ohhh India, aku ingatkan Melayu tadi”. Serius, gua tidak bikin cerita. Dan kebanyakan mereka juga adalah kumpulan yang selalu datang kerja lambat tapi akan mengeluh apabila terpaksa bekerja lebih. Gaji tetap mahu banyak, tapi kerja biar sedikit.

Apakah kerana gua sahaja yang kebetulan bertemu dengan kumpulan manusia rasis sedemikian? Atau gua kurang bercampur dengan bangsa lain? Tapi kenapa bangsa lain yang gua kenal, yang gua rapat, kesemua mereka tidak punyai sikap sedemikian? Atau mungkin mereka segan untuk bersikap demikian di depan gua?

Tapi Melayu tidak segan. Buktinya, guru besar di sekolah wife gua mengajar, adalah antara manusia rasis yang pernah gua kenali. Walaupun gua tidak pernah berbual bersama, tapi tindakannya yang anti-bangsa bukan Melayu, anti kepada guru-guru bukan Melayu buat seolah gua pernah membedah tubuh dan melihat kehitaman hatinya. Mengapa boleh jadi begitu? Salah didikan? Faktor persekitaran? Atau sebab keahlian UMNO? Baiklah, mungkin itu kes terpencil dan anon-anon yang memekik dahulu mungkin berkata, apakah tiada bangsa Cina dan India yang rasis?

Memang ada. Mungkin gua belum pernah berjumpa. Tapi, jika kita tahu bahawa najis itu busuk dan kotor, adakah kita juga perlu memegangnya ketika terdapat sekelompok kecil yang menyentuhnya? Tak faham? Mungkin akal kamu, belum sampai kepada peringkat pemahaman benda-benda mudah seperti ini. Sama seperti Perdana Menteri kamu, yang satu ketika dahulu ditanya seorang wartawan Amerika, mengapa masih berterusan menahan tanpa bicara menggunakan ISA dan menjawab bahawa Amerika juga perlu bertanya mengapa mereka berterusan memenjarakan tahanan di Guantanamo? Bukankah itu bodoh dan bebal namanya? Sudah tahu najis itu busuk, tapi tetap juga dihidu.

Berbalik kepada anon, yang mengatakan sepupu sepapatnya, telah menjadi mangsa diskriminasi, di Temasik. Betul, diskriminasi memang wujud. Di depan Kaabah pun wujud diskriminasi. Di depan rumah Allah yang sepatutnya tiada sebarang perbezaan antara yang miskin dan kaya, gua terpaksa juga berhempas pulas merebut peluang mencium Hajar Aswad sedangkan mereka yang kaki rasuah, merampas tanah rakyat dan menyamun harta negara, dengan selesa diberi laluan untuk menciumnya. Bukan sekali. Apakah bukan diskriminasi itu?

Jadi, jika pun diskriminasi itu wujud, apakah kita perlu untuk terus menghidupkannya? Sebab itu dalam entri sebelum ini, gua mahu anon-anon itu melihat ke dalam diri sendiri, sebelum menuduh bangsa lain itu menindas bangsa Melayu. Berapa tahun UMNO sudah memerintah Malaya, dan berapa tahun Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan? Apakah kehilangan tanah-tanah rezab Melayu di Pulau Pinang itu berpunca daripada Lim Guan Eng? Apakah mesti bangsa-bangsa Melayu di Temasek itu kehilangan monopoli mereka disebabkan oleh dasar diskriminasi Lee Kuan Yew? Mengapa apabila kita lemah, kita sering menyalahkan orang lain? Bangsa Melayu, yang rasis itu, bila lemah akan menuding jari menyalahkan Cina. Menyalahkan India. Menyalahkan bangsa lain dan tidak pernah melihat ke dalam susuk tubuh jiwa hati yang hitam yang wujud dalam diri kita sendiri. Mengapa?

Untuk anon-anon itu, apa yang berlaku di Temasek itu ialah dasar kesamarataan. Diskriminasi memang wujud dan ia juga wujud di mana sahaja di atas bumi Allah ini. Itu salah manusia. Tapi kemunduran bangsa Melayu di Temasek bukan berpunca secara total daripada diskriminasi. Anon yang malas membaca dan bebal untuk berfikir, tidak tahu kewujudan menteri Melayu bernama Dr. Yaacob Ibrahim. Betul dia berkahwin dengan bangsa asing, dan itu bukan satu larangan dalam Islam. Adiknya Zuraidah Ibrahim pula ialah Foreign Editor untuk The Straits Times. Mereka boleh berjaya di sebalik prasangka buruk orang-orang Melayu rasis di Malaya yang mengatakan bangsa Melayu di Temasek melarat, menjadikan Temasek contoh kegagalan Melayu untuk berkuasa dan bla,bla,bla.

Anon yang malas membaca juga, tidak tahu, bahawa di sebalik diskriminasi dan prasangka buruk, rasis serta khianat bangsa Melayu di Malaya itu, kerajaan Temasek hanya mengenakan yuran persekolahan sebanyak SD5 kepada anak-anak Melayu di sekolah rendah tetapi SD17 untuk bangsa Cina dan lain-lain. Untuk sekolah menengah anak Melayu cuma perlu membayar yuran SD17.50 sahaja sedangkan anak-anak Cina yang anon-anon itu bencikan terpaksa membayar SD50. Itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang telah Lim Kuan Yew tandatangani pada tahun 1965, dan sehingga ke hari ini - ketika anak-anak Melayu di Malaya, yang diperintah UMNO, yang rasis dan membela ketuanan Melayu dengan darah dan kerisnya terpaksa berdepan kenaikan yuran-yuran pembelajaran, penswastaan institusi pendidikan atas nama kemajuan kononnya – anak-anak Melayu di Temasek terus mendapat keistimewaan pendidikan itu. Kalau bebal dan balas membaca memang sampai dalam lubang kubur maklumat seperti ini tidak diterima.

Diskriminasi wujud, memang wujud tetapi ia seperti najis, yang busuk. Hanya manusia bebal dan bengap sahaja sanggup menghidunya. Bukan sahaja Melayu yang rasis, Cina, India, Arab atau siapa sahaja yang mengamalkan rasis dan diskriminasi seperti ini, tetap busuk, tetap najis.

Jadi apa yang tinggal untuk anak-anak Melayu itu? Mereka perlu bersaing. Mereka perlu merebut peluang. Segalanya sudah disediakan. Jika kamu bebal di Malaya, tapi bapa kamu seorang Datuk dan membayar yuran keahlian UMNO, kamu tetap punyai peluang cerah ke menara gading. Lagi cerah apabila kamu berstatus Melayu. Tapi di Temasek itu, jika kamu bengap, kamu akan ketinggalan. Jika kamu malas, wahai anon-anon sekalian, mahu gaji lebih kerja sedikit, kamu memang akan menjadi sampah diskriminasi. Campakkan kepada bangsa mana sekalipun, malas dan bengap akan terus dipijak.

Satu ketika, warga Melayu di Temasek mempersoalkan, mengapa kakitangan kerajaan yang beragama Islam terus dipotong SD7 daripada gaji bulanan mereka, atas nama pembangunan masjid. Sedangkan ketika solat Jumaat, derma untuk masjid-masjid terus dipinta, terus ditagih. Tahukah kamu wahai anon-anon bahawa SD7 itu lebih kurang RM15? Sebulan. Untuk masjid. Kamu Melayu yang bersolat sambil menjamu selera di warung-warung beriyani dan kemudian melihat demonstrasi ubat membesarkan zakar itu, berapa yang kamu beri sebulan?

Jadi kerajaan mereka menjawab, masjid-masjid terus dibina. Dan setiap penempatan memang tersedia masjid. Penyelenggaraan juga memerlukan wang. Dan hasilnya mereka berpuas hati dengan kemudahan yang mereka miliki, untuk beribadah. Anon, mengapa kebanyakan tandas masjid di Malaya agak kurang bersih? Ah, biarkan jawapan itu dalam diri kamu yang rasis itu sahaja. Kamu akan salahkan Cina-cina yang datang singgah buang air di masjid.

Pada hari ini, sebuah bangunan kuarters hospital telah didirikan di Petaling. Sekolah Menengah Undang Jelebu juga telah mengambil alih kawasan bersebelahan hospital itu. Bukit yang dulunya, kawan gua cakap kubu komunis itu, telah rata menjadi padang. Gua pernah bermain bola di padang itu dan rasanya tiada kalangan kami yang tersepak mortar atau pun muncung senapang. Gua tidak tahu apa yang terjadi kepada kawan gua yang membawa cerita itu. Tapi, kisah-kisah seperti itu terus wujud, sampai ke hari ini. Temasek dan Cina terus dilihat sebagai musuh. Temasek sering dijadikan contoh kegagalan bangsa Melayu. Sedangkan, Malaya tempat gua dilahirkan itu, diperintah oleh seorang Melayu, tapi bangsa gua, bangsa Melayu itu, masih lagi terus terumbang ambing, hanya berbangga dengan namanya, hanya tahu mencaci bangsa lain atas kelemahan dirinya, tanah-tanahnya terus dirampas oleh pemimpin-pemimpin bangsanya sendiri dan bangsa Melayu itu masih terus diperbodohkan oleh kerja-kerja jahanam, pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.

Punkrock masih belum sempat disentuh. Sudah jam 1.22 pagi di bumi Afrika ini. Untuk anon, gua masih belum habis. Sebab gua benci dengan kebebalan rasisme.

22 comments:

Fairuz said...

tapi melayu temasek memang bongkak bila menjejakkan kaki di bumi malaya ni...

zan said...

tak semua melayu temasek kot..beratus kawan wa dari temasek dan semuanya elok dan humble.

seperti yang pernah dibaca dalam blog seorang wartawan, di CIQ JB, belah malaya semua macam nak makan orang tapi bila masuk temasek semuanya muka ada senyum...skang sapa yang sombong?

seperti kebiasaan lu punya smash tepat kat muka anon yang kasi bola tanggung tu..hahahah

deus X machina said...

terbaik la baba

gua syak guru besar sekolah wife lu tu ketua bahagian umno kot
erk888

Let's Unite Against Racism!!!!!!!!!

babazahra' said...

fairuz,
kekadang gua rasa macam perlu jugak untuk mereka bongkak, terutama jika mereka berjaya. sebab mereka bangsa survivor:) tapi makcik gua juga orang Temasek, sangat baik hati dan tidak bongkak,juga kenalan2 yang lain.

zan,
mereka bongkak atau kita Melayu ini yang cemburu? kan?

deus,
guru besar itu perempuan, dan dia tidak segan silu memberitahu kebenciannya terhadap guru-guru bukan Melayu, malah guru India dan Cina sentiasa dianaktirikan.

deus X machina said...

ada gak guru besar camtu
1malaysia konon
f***!!!!

pakkordi said...

Rasisme memang tak baik. Cuma gua rasa sifat perkauman takde kena mengena sangat dengan kelemahan org melayu. Org putih dulu pun rasis tapi maju semacam aje. Ada benda lain yg menghantui org melayu. Tanpa empirical data, gua tak berani nak ulas.

2 sen gua.

kuchalana said...

rasis itu bahan momokan..

rasis itu satu anutan...

rasis juga satu kebodohan..

akal yg baik pasti akan menjadikan manusia yg baik.. tidak jika dtg dengan rasisma

lihat dan nilaikan..

ole..

anom melayu said...

kenapa perlu diagung-agungkan bangsa lain dan melecehkan bangsa sendiri?? jangan hanya kerana lu xpernah berjumpa dengan bangsa cina rasis, lu xnak percaya ada bangsa cina yang rasis. atau dengan membuat kenyataan melayu rasis mampu mempamerkan lu sebagai hero yang mampu mengubah nasib bangsa hina lu sendiri. itu gua x tau. tapi gua ada terfikir ttg itu. gua bukan ahli umno mahupun pernah mengikuti ceramah umno. jadi pemahaman gua kepada senario sekarang ni hanya berdasarkan kepada pengalaman merantau di p.pinang..simple example, kalau pergi ke shopping complex, pernah x lu dibiarkan mcm tunggul walaupun semata-mata nak tanya harga barang hanya kerana lu orang melayu? pernah x lu dijeling sambil diselangi bebelan bahasa cina yang aku paham sebagai carutan hanya kerana melihat tanda harga pada setiap barangan. mcm anjing kurap. dan sekarang ada org melayu sendiri yang berlagak mcm bagus nak mengutuk bangsanya sendiri. contohnya, org-org macam lu. salah kah org melayu yang hendak menjaga kepentingannya? sekali lagi, wa minta lu jgn kaitkan wa dengan umno. apa bezanya rasis dengan kumpulan2 bangsa yang menuntut hak untuk kaum mereka? apakah mereka juga rasis? apa yang wa tgk skrg ni, semuanya mainan politik. xkisahlah lu orang umno or pr. semuanya nak dipolitikkan. di tempat wa bekerja, ada seorang ustaz yang berfikiran mcm lu. dan salah satu kenyataan lain dia yang boleh membuatkan wa tercirit sampai sekrang adalah "Line internet di malaysia tak selaju negara di jepun sebab kerajaan nak halang rakyat dapat berita yang benar". banyak la lu punya alasan...

Anonymous said...

anon, jangan marah2 lah. senyum2 :)
kah kah kah! :p

LuciusMaximus said...

anom melayu, ustaz tu dah potong ke? patut potong macam iklan p1 wimax

ayobkelubi said...

bang

terbaik artikel ni. untuk menyedarkan mereka yang masih tak sedar.

bukan maksud libyaman ni nak mengutuk bangsa sendiri geng. ini sebagai motivasi untuk bangkit jadi bangsa yg boleh survival.

aku sendiri melihat ketidakbolehan bangsa aku untuk survival ini di tempat aku mengajar.

kalau anak melayu, mesti nota nak di cetak siap2.diberi satu suruh potostat sendiri macam2 alasan diberi. sekali potostat tak sampai Rm 2 pun merungut?. beli top up, beli rokok, tengok wayang semua tak bising pulak kan?.

macam ni nak dijadikan generasi survival?.

kepada mereka yang tidak sependapat..baca dengan penuh kefahaman yang mendalam.
bak kata libyaman ni. najis yang sememang kita tahu busuk dan kotor, kenapa masih lagi hendak memegangnya?.

babazahra' said...

pakkordi,
gua rasa ada. apabila rasisme mereka berjaya dikikis baru mereka maju. baru mereka memberikan peluang sama rata kepada semua bangsa. contohnya Scandinavia dan Balkan untuk positif dan negatif. rasisme mereka dulu menyebabkan mereka memandang rendah keupayaan orang lain. apa terjadi di US dengan bangsa kulit hitamnya dulu dan sekarang. mungkin boleh diperincikan lagi :)

babazahra' said...

kuchalana,

gua setuju. kerana rasisme itu akan terus menyebabkan kita tidak mahu mengambil kebaikan daripada bangsa lain. ego sedangkan tidak melihat kekurangan sendiri.

babazahra' said...

anom melayu,
gua suka lu datang semula.cuma gua sangsi, kebanyakan yang lu nyatakan tu buat gua berfikir, mungkin lu beperwatakan seperti Ibrahim Ali, memakai t-shirt Perkasa sepanjang masa, membawa keris atau pun mungkin pada dahi lu tertulis perkata "Aku Melayu dan aku benci Cina". ini kerana agak hairan apa yang lu alami, seperti membenarkan telahan gua. serius. atau mungkin sememangnya lu menyimpan sikap prejudis dan rasis maka apa sahaja tindakan, kelakuan atau apa sahaja yang dikaitkan dengan bangsa lain kamu akan lihat buruk. gua percaya dengan konsep membalas kejahatan dengan kebaikan. jika betul apa yang lu cakap, adakah perlu semula kita balas dengan sikap perkauman? kalau macam tu bila nak habis? dan gua percaya ada jutaan lagi bangsa Cina di Pulau Pinang yang berkongsi pandangan dengan gua dan bukan dengan jurujual itu. Oh ya, gua bukan seorang ustaz dan tolong jangan samakan gua dengan ustaz tempat lu bekerja, walaupun sedikit sebanyak pendapatnya betul. Kerana kalau diikutkan, Rais Yatim sendiri pernah menyuarakan pandangan untuk mengawal internet (ingat?). Dan internet perlahan di tempat kerja lu bukan kerana kerajaan mahu halang rakyat dapat berita yang benar, tetapi kerana monopoli pembekal untuk keuntungan jangka panjang. x faham? mengapa kerajaan tidak mahu melabur untuk pembangunan meluas jaringan broadband sedangkan negara2 Arab yang mundur dan pemimpinnya diktator sudah lebih ke depan dalam isu ini? logiknya, kita perlu dihalang untuk sesuatu tetapi secara halus. kerajaan tidak ada kemampuan? Pfftt.

babazahra' said...

aja,
cheers!

max,
ustaz tu potong x abis tu :)

ayob,
gua tidak menyebut pun yang gua mengagungkan bangsa lain kan? hehe sudah banyak kali tapi gua rasa anom masih ada masalah membaca sesuatu dengan jiwa yang tenang dan bukan dengan amarah ala-ala Ibrahim Ali. Pasal isu potostat dan nota itu memang gua setuju sangat, itu semua sebab bangsa kita sudah terlalu lama menadah, sudah jadi habit, malas nak survive. tapi jangan ditegur, nanti jawabnya, "aku melayu aku bumiputera, tanah ini tanah Melayu". hmmm..tak abis-abis

gayour said...

orang jelobu memang tak koring idea walau musim panas/kemarau.

hebat!

anom melayu said...

benar. gua bersetuju dengan membalas kejahatan dengan kebaikan. siapa yang mampu menafikannya. cuma yang gua terkilan bila ada org dari bangsa sendiri yang mencemuh bangsanya sendiri. pada wa, kalau bangsa sendiri sudah menghina, mana lagi tempat mulia untuk maruah bangsanya? adakah nak diserahkan kepada org yang berbeda bangsa? jgn mimpi. walaupun niat lu untuk menyedarkan, banyak lagi cara dan wadah untuk bertindak. bukan dengan membebel ttg keburukan bangsa lu sendiri. bukan membandingkan cerita guru besar melayu yang rasis dengan boss cina lu yang adil dan memandang kompetensi untuk penilaian. wa sebenarnya malas nak mengungkit cerita2 rasis. terlalu banyak. terlalu mual. dan bukannya wa hendak mendabik dada dan berbangga dengan darah kebangsaan. kerana darah kebangsaan x dapat memberi makan pada wa. bukan wa harapkan kaum lain menggelar wa sebagai tuan. tidak sama sekali. apa yang wa harapkan, kalau lu x suka yang berlaku dalam masyarakat, tunjukkan keikhlasan lu dengan tindakan yang positif. tidak hanya dengan kata-kata provokasi yang menunjukkan lebih hinanya lagi bangsa lu.

Din Guerreroz said...

Hehheh... prejudis bro... dari kecik lagi kite ditunjukkan sifat2 racist... melayu mmg dah luper... bukan nak menghina bangsa... tapi nak bukak minda melayu jek... Dengan berblog je la antara wadah yg tebaik nak nagi sedar org kiter ni... Walaupun hakikatnyer tak ramai org melayu yg suke bace... hehheh...

Anonymous said...

hahah!!! jawapan abng zul utk anom sangat sentap!! pffffftt!! :)))

Anonymous said...

sorry mencelah..
i dun read the entire article pun..
tapi memang nyata sifat Asabiah harus di tolak..
tak kira sama ada lu melayu ka, cina ka, india ka..
sama jee.. blood still red..
tak salah untuk menbangunkan 'kaum' sendiri tapi bukan dengan cara menindas,menipu, mengutuk dan sebagainye.. apatah lagi mintak 'hak2' yang tak patut2..
we must learn to except the 'differences' positively..
then baru kita boleh rasa kebersamaan nya..
of course it not simple coz there are still racist (malay/chinese/india) out there yang nak buat kacau.. just plez dun be part of them!!
have fun!

Anonymous said...

"walaupun niat lu untuk menyedarkan, banyak lagi cara dan wadah untuk bertindak. bukan dengan membebel ttg keburukan bangsa lu sendiri."

kalau bukan org melayu sendiri bangkit dan menegur hina buruknya tatacara bangsanya, siapa lagi nak kita harapkan?
kalau cina yg tegur, nnt kau bangun demonstrasi pulak...

babazahra' said...

anom melayu,

jawapan gua ada pada anon 9.44pm. dan kadangkala gua tengok lu selalu sangat lari-lari cerita. akibatnya gua sendiri dah tak tahu nak cerita bab mana. bila lu kata sepupu lu kena diskriminasi di Temasek, gua reply, lu pegi alih cerita lain pulak. macamana pun, lu kena tahu, gua bukan menghina bangsa sendiri. gua masih Melayu dan kalau diberi peluang tukar jadi bangsa lain pun gua tidak akan tetap menjadi Melayu. tapi bukan kerana mahukan keistimewaan Bumiputera, 7% diskaun bila beli rumah atau pun imuniti daripada sebarang akhlak buruk. macam yang anon 9.44 kata, kalau bukan bangsa Melayu sendiri yang tegur, takkan lu nk tunggu Lim Guan Eng atau Ong Tee Kiat yang cakap? Mesti lu akan kembali berbaju Perkasa dan berdiri di tengah panas sambil bersembur air liur Ibrahim Ali. BUkan? atau lu masih percaya dengan "budi pekerti orang Melayu" supaya gua tidak menggunakan bahasa yang sedemikian kasar untuk tingkah laku yang sebegitu buruk? Ikhlas cakap, sepatutnya bahasa gua perlu lebih kasar lagi. Serius.