Tuesday, November 23, 2010

Musim Entri Pendek Tanpa Berfikir Panjang 2

Dalam lawatannya ke Malaya, mungkin penghujung 90-an, Dr. Fidel Castro telah menawarkan khidmat doctor-doktor percuma dari Cuba. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan Cuba dan mereka berkhidmat secara sukarelah di Malaya. Sambil membantu menyumbangkan kepakaran kepada doctor-doktor tempatan, ia juga dapat membantu kekurangan doctor-doktor pakar yang kita hadapi pada waktu itu, dan sehingga sekarang.

Tapi, Firaun dengan penuh sopan dan santun telah menolak. Dengan alasan, kita mempunyai perancangan tersendiri dalam system pendidikan bagi melahirkan pakar-pakar perubatan. Kita boleh mengatasi kekurangan pakar perubatan tersebut, dengan pembukaan university dan pusat pengajian swasta yang menawarkan kursus perubatan bertaraf antarabangsa. Oh ya! Mana ada benda dalam Malaya ini yang tidak bertaraf antarabangsa, bukan?

Selepas 10 tahun, kita masih terus dibebani masalah kekurangan pakar perubatan. Kita terpaksa menggaji pakar perubatan asing. Dalam masa yang sama kos perubatan setiap hari terus meningkat. Universiti, sama ada awam mahu pun swasta terus menawarkan kursus perubatan bertaraf antarabangsa, tapi entah di mana silapnya, KERAjaan terus berdepan masalah kekurangan doctor tempatan. Penawaran gaji yang rendah serta fasiliti yang terhad, menyebabkan ramai doctor lebih tertumpu untuk berkhidmat dengan hospital swasta, pada ketika perkhidmatan hospital swasta masih terus menjadi pilihan berbanding hospital KERAjaan.

Cuba, adalah sebuah negara yang memiliki jumlah doctor antara paling ramai di dunia, mengikut nisbah penduduknya. Penyemaian ilmu pendidikan secara umum dan kedoktoran perubatan secara khusus, sejak sekian lama telah membuahkan hasil. Cuba kini menjadi peneraju utama dalam teknologi perubatan. Menghasilkan ubat-ubatan yang lebih murah berbanding pergantungan bekalan ubatan Eropah dan Amerika Syarikat yang mahal dan menjadi masalah utama kepada negara dunia ketiga. Cuba kini mempunyai 22,000 orang doktor, yang berkhidmat secara sukarela di seluruh dunia, majoritinya di negara dunia ketiga.

Kajian perubatan di Cuba, adalah antara yang dihormati di dunia pada hari ini. Teknologi yang mereka miliki, walaupun dalam skala yang kecil, tetapi adalah dominan kepada negara-negara dunia ketiga, yang memerlukan satu alternative kepada pergantungan teknologi perubatan Eropah dan Amerika Syarikat. Semuanya bertitik tolak daripada penyemaian ilmu pendidikan, membudayakan ilmu secara umum, kedoktoran secara khusus, dan yang lebih penting mungkin, peluang pendidikan sama rata, secara percuma.

Ketika itu, Cuba diterajui Dr. Fidel Castro, dan Malaya dipimpin oleh Dr. MahaFiraun. Tiada persamaan, bukan?

13 comments:

Anonymous said...

Hahhahhha..
tak terpikir pulak hingga ke situ, tapi kalau dah gitu (1) Dr. Soaialis dan (2) Dr. Kapitalis lah jadinya..
Haihhh duduk sana tak dapat sembelih unta ker bang?
Salam Aidiladha...

babazahra' said...

unta sini hari2 kena sembelih, macam orang melayu jual daging lembu. korban kambing aje. salam aidiladha.

Anonymous said...

sekarang aku kerja denngan dua cuban di sini, kaji ubat TB.

mmg terbaik!

gayour said...

sapo kato orang Melayu tak ramai jadi pakar? tu mat2 dadah ( mejoriti melayu )tu kan doktor pakar!

Anonymous said...

Dr Fidel Castro adalah saorang lawyer, bukan doktor cucuk orang.

babazahra' said...

disitulah wujudnya perbezaan. doktor cucuk orang tak pernah pikir nak gunakan otak majukan teknologi perubatan/kesihatan sedangkan ia adalah keperluan. doktor cucuk orang mahu bikin kereta pada ketika puluhan negara turut mengeluarkan kereta, mahu jadi negara industri ketika puluhan negara sudah 10 tapak ke depan. penyudahnya, anak-anak melayu kena belanja beratus ribu untuk bergelar doktor cucuk orang.

babazahra' said...

gayour,
itu doktor pakar sakit badan sendiri heh heh.

anon,
baguslah. lu beruntung.

ong ong kedek kedek said...

Salam kenal :)

Menarik entry2 Lu ni bro...

first time datang :)

from kuala pilah to jelebu he3

ong ong kedek kedek said...

(Ketika itu, Cuba diterajui Dr. Fidel Castro, dan Malaya dipimpin oleh Dr. MahaFiraun. Tiada persamaan, bukan?)

kah3 ayat makan dalam ha3

Buah Pulasan said...

Ternyata,tiada langsung persamaan dua susuk ini.
Bagai Lady Gaga dengan Siti Sarah Raisudin.

Anonymous said...

sesuai dgn tajuk entry.tahniah.

prime said...

Cuba lu pikir balik, ada kah ada org begitu baik hati hendak berikan sesuatu tanpa mengharapkan sesuatu? jangan nak balun ja. tulis main ikut sedap kepala lutut. ini blog sampah ka???

Satan In Heaven said...

Abah kau!