Sesiapa yang pernah pergi ke MAHA, pasti akan dapat melihat betapa meriahnya pesta rombongan orang-orang kampung ahli Peladang, FELCRA, FAMA dan sebagainya menaiki bus, berbondong-bondong setiap hari, dengan tambang percuma dan goodies bag.
Idea mudah KERAjaan ialah memberikan kegembiraan kepada orang-orang kampung, kumpulan petani dan peladang, penternak dan pekebun. Mereka disajikan dengan benih-benih pokok yang hanya boleh dilihat setahun sekali. Mereka dapat merasa sample mee bandung Muar, membeli keropok lekor dari Kemaman dan menikmati satay arnab tajaan FAMA. Juga ubat-ubat untuk kekuatan seks lelaki dan perempuan.
MAHA sebenarnya tidak lebih sebagai satu pesta untuk menghabiskan bajet tahunan Kementerian Pertanian. Pulangan berjuta yang digahkan, sebenarnya adalah omong kosong. Lihatlah setelah berapa tahun MAHA dianjurkan, sector pertanian negara masih di takuk lama. Isu tanah-tanah pertanian milik Bumiputera masih belum dapat diselesaikan. Malahan sejak gua kecik sampai ke hari ini, isu pengagihan baja dan tanaman semula getah, terus berkumandang.
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik, dibawa berhujan dan berpanas, menaiki tractor sebagai shuttle transport untuk menghubungkan tempat letak kereta dan khemah-khemah putih yang mahal kos menyewanya, diberikan hiburan setahun sekali. Perjalanan bus percuma setahun sekali dari sejauh Seberang Takir dan Endau untuk menuju ke Serdang. Anak-anak dapat melihat binatang tanpa perlu pergi ke Zoo Negara. Orang-orang pejabat waktu santapan tengaharinya dapat dihabiskan merasa sample-sample makanan dan minuman. Ini pengalaman.
Usai MAHA, saban tahun. Semua orang pulang kembali dengan dua tiga bulan semangat. Untuk menanam dan menternak. Sementara menanti hiburan yang akan datang. Hiburan yang peruntukannya itu boleh menyelesaikan banyak masalah perparitan pertanian dan pengagihan baja komuniti petani dan peladang seluruh negara.
1 comment:
den bolum ponah poie laie ke pesta MAHA hebat ni. ingat nak poie la taun ni. nak carik herba tongkat ali, misai kucing... baru MAHA hebat!
Post a Comment