Tahun 1984
Gua masuk Sekolah Kebangsaan Kampai, di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Pada waktu itu program susu sekolah dah sangat nazak. Gua rasa ada 4-5 kali aje gua merasa minum susu kotak ada grafik yang cantik itu. 3 kali mungkin tersedut susu basi. Akhirnya, gua dah tak dengar lagi pasal program susu sekolah.
Pelajar sekolah gua cuma sekitar 108 orang. Paling ramai kalau tidak silap pada tahun 1988, ada 114 orang. Sebab ada anak-anak askar pindah balik kampung campur dengan dua orang anak India bapa dia baru tukar kerja dekat dengan sekolah gua. Sekolah gua adalah sekolah PERKASA, semua Melayu. Ultra Melayu.
Sebab murid yang sedikit, maka Rancangan Makanan Tambahan, yang kami panggil RMT telah diberikan secara sama rata kepada semua murid. Kami membayar 60 sen seminggu untuk satu hidangan setiap hari. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka dapat waive. Selebihnya, adalah subsidi. Makanan pada waktu itu, boleh dikatakan bagus. Ada nasi lemak, mee goreng, nasi lauk ayam sambal pada hari Khamis, ada nasi lauk telur goreng kicap, dan kadang-kadang ada makan mee kari. Pinggan memang kecik, sebab semua budak-budak. Tapi apa yang kami makan, memang mengenyangkan. Sebab itu kantin sekolah tidak imenjual sebarang makanan ringan, atau pun aiskrim. Tokey kantin tugasnya cuma menyediakan makanan RMT untuk murid-murid.
Tahun 2010
Gua tak pasti sama ada RM1.80 nilai makanan percuma itu adalah satu hidangan atau pun untuk hidangan seminggu. Tapi both ways are totally unacceptable. Kalau RM1.80 satu hidangan, bagi sandwich kosong atau bihun goreng kosong, adalah satu tindakan yang paling tidak berperikemanusiaan. Tidak langsung bertamadun. Kedua, jika RM1.80 adalah nilai untuk hidangan seminggu persekolahan, maka itu adalah seribu kali lebih tidak berperikemanusiaan. Tiada langsung ketamadunan.
Gua ingatkan RMT sudah tiada lagi. Maklumlah, negara sudah maju, mana ada orang miskin. Duit sudah banyak dan pendapatan perkapita meningkat. Kalau pelancong asing datang, tengok Putrajaya dan tunjuk kediaman Perdana Menteri, maka mereka pasti akan berkata “waaaahhhhhhhhhhhhh, beeesaaaaaarrrrnyyaaaaaa, rumah dia (bukan bini dia)”
Kalau melihat pada projek-projek megah (bukan mega) maka kita hampir pasti, tiada lagi orang susah dalam Malaya itu. Sementelah duit kutipan zakat pun mencecah jutaan ringgit, sampai pening kepala para pegawai zakat tak tahu nak sumbatkan ke mana. Nak Pajero dah dapat, nak melancong sambil bertugas ke Timur Tengah dah merasa, apa lagi mahu buat. Walaupun budak yang belajar tanpa biasiswa cuma dapat duit bantuan zakat RM5000 sahaja setahun. Pening kepala tak tahu bagaimana nak habiskan wang zakat. Terlalu banyak. Orang miskin pulak sudah tiada.
Sekarang, syaitan-syaitan pengampu KERAjaan, kamu lihatlah sendiri negara kamu dan negara kami yang tercinta ini. Pada tahun 2010, kita masih memberi anak-anak miskin di sekolah itu, makanan berharga RM1.80? Entah satu hidangan atau pun untuk seminggu hidangan. Bagus bukan? Satu, menipu anak-anak kecil, dan menipu orang-orang miskin. Kedua, zalim kepada anak-anak kecil, dan zalim pada orang-orang miskin.
Sebab itu gua cakap, kalau banyak sangatlah duit keuntungan PNB haram jadah tu wahai pengampu-pengampu tidak berbayar yang cakap macam bagus melepaskan tekak sendiri tak langsung berfikir tentang nasib orang lain, melaburlah dalam sesuatu sector yang memberikan keuntungan secara langsung kepada rakyat. Supaya semua rakyat boleh merasa. Itu kalau mahu juga melaburlah. Gua tahu lu orang yang buat keputusan dan lu orang cakap itu duit lu orang yang punya. Dan bahalol-bahalol ini akan berkata, pelaburan dalam sector pendidikan tidak langsung menguntungkan.
Baiklah, pergilah melabur RM5 Billion. Kamu kata kamu membuat keuntungan yang banyak. Mungkin setiap seorang daripada kamu berak 12 kali sehari dan semua berak-berak kamu dijual. Kamu buat keuntungan melalui jualan taik. Baik, gua faham.
Apakah kamu tidak punya RM100, 000 setahun untuk diberi kepada anak-anak kecil yang miskin dan tidak berkemampuan itu? Apakah kamu tidak mampu mengeluarkan belanja sebanyak itu untuk menampung makan minum mereka? Susah sangatkah? Atau sebenarnya kamu bukan punyai duit yang banyak? Kamu temberang? Cakap besar, kelentong aje lebih. Bagaimana dengan GLC-GLC yang lain, tidak kisahlah kamu syarikat KERAjaan yang sudah diswastakan oleh Firaun, atau pun kamu syarikat swasta yang memberi ufti pada KERAjaan, tidakkah kamu terfikir untuk melabur kepada kesenangan generasi yang akan datang? Memberi mereka kemudahan pembelajaran semoga negara terus melahirkan generasi yang berilmu dan berakal, agar dapat menghumbankan semua penipu-penipu ini ke lubang jamban.
Cakap guna fakta konon. Fakta lubang jamban lah.
10 comments:
Kiraan RMT 2010: Jumlah pelajar x Jumlah hari persekolahan x RM 1.80.
Dalam Selangor yang dah jadi negeri maju ni pun ada banyak lagi sekolah2 pedalaman yang tak cukup peralatan, yang mempunyai murid2 yang layak terima RMT. Sekolah2 jenis Asli pun banyak yang dhaif2..
RM 1.80 tu nak buat sarapan pagi pun tak lepas dude..buat beli maggi dengan telur sebijik lepas la..
p/s: Jangan ditanya macamana wa dapat pengiraan RMT tu..kah kah kah
pendapat yang cernas (cerdas+bernas)!!
tahun 90 masa tu gua baru darjah 1, merasa juga minum air kotak cokelat tu.
Baba! Salam!
You are on a roll!!
Keep it comin' dude!!
You are on fucking Roll dude!!
my fucking 2 cents!!
lewat 90's dulu ada lg susu tu..tp rmt sekarang rm1.8 satu kepala? xkan bg makan meggi kot
Pandangan gua :
Aku sokong statement ko
blues orang jelebu.
tapi skang ni memang
payah ckp ngn bangsa sendiri.
Bak kata projek megah la bagai.
Amik contoh Litar sepang, KLCC
tu sume kata untuk rakyat konon,
tapi rakyat sendiri nak tengok F1
kena bayar tiket mahal.
Pe jadah?!
Gampang la wei.
Sume pembinaan tu bukan
memberi keuntungan samarata
pada rakyat tapi pada pihak
yg terbabit ngn projek je.
Dlm isu kereta.
Cukai kete import lebih kurang
200%.
Pastu letak harga kete nasional
cam Proton & Produa harga
lebih kurang palat je.
Sume tau kete Malaysia tak de
kualiti. Kebanyakkan tak lepas
piawaian negara luar.
So pemimpin cakap kita galakkan
jual beli dlm negara dan
beli buatan negara akan
mengalakkan pendapatan negara.
pd hal tu sume utk menguntungkan
owner proton dan produa.
Rakyat yg tanggung beban bayar
harga kete mahal tapi
still drive kete nasional
yang takde kualiti dan penuh
risiko.
(p/s : aku pun drive wira je)
Sistem pentadbiran skang cam haram.
Statement dpd ketua audit negara
Hutang Negara melebihi 300 billion
tapi kerajaan masih meluluskan
projek-projek mega movie nih??!
Pelik!
C'mon la melayu.
zan,
gua tak tahu sama ada RMT sekarang bagi bajet pukal pada sekolah terus atau sekolah submit claim. tapi RM1.80 utk tahun 2010, memang zalim walau dari sudut mana pun.
linglung,
lu untung. gua masa darjah satu lagi sekolah gua dah tak dapat susu tu. tahun 84.
wak,
rock n roll. hehe. banyak sangat masa lapang kot.
hanuman,
mungkin sekolah lu masih ada. tapi seingat gua, sekolah kampai last sekali dapat masa gua darjah satu. lori bawak air milo ada lah datang setahun 2 kali.
paria,
F1 tu dah balik modal ke belum? KERAjaan selalu menggunakan nama rakyat apabila berbelanja.Rakyat dapat faedah lah, dapat keuntunganlah, meningkatkan ekonomi lah. semua demi menghalalkan pembaziran mereka.
samo la kito. denpun maso sekolah rendah, sekolah kek sekolah PERKASA! cikgu melayu, mak cik kantin melayu, tukang kobun melayu, kawan2 sumo melayu. teraso hebat eh jadi melayu! heh!
abang gayour,
namo kampung pun bukit keghodeh. MELAYU!
bab x pakai otak ni memang relevan ngan ultra umno ni.. gua nak sentuh bab keto seperti proton inspira.. harga start 80 ke 90 ribu banding ngan mitsu lanser 110-120 ribu beza dalam 30 ke 50 ribu tapi yang bangang dan bebal lupa bab cukai 100-200 percent tu kalu tolak cukai mitsu lanser tu lagi murah dan kualiti..den pogi tengok live and test drive 2 thn sure mcm2 broblem kualiti hancur enji jor ok
Post a Comment