Okay. Orang cakap benda baik ni jangan simpan lama-lama. Sementara gua ada idea ini gua mahu terus menulis. Nanti dah lupa tak berapa sedap pulak nak menipu kan? Semalam gua terbaca satu blog yang menceritakan tentang pembinaan bangunan Menara Warisan Merdeka yang memang tengah “in” betul sekarang di kalangan para negarawan macam gua.
1. Gua adalah pelabur dalam ASB dan AS apa entah lagi ada dua keping untuk anak gua. Walaupun tidak sebanyak wang pelaburan Siti Nurhaliza dan Ibrahim Ali, tapi tak silap gua ada jugak cecah RM100. Jadi, itu adalah kapasiti yang agak kuat untuk gua bercakap tentang pembinaan bangunan tersebut, yang katanya adalah hasil keuntungan pelaburan PNB, dividen, perniagaan blah blah blah. Sekiranya PNB rugi, maka pelaburan ASB dan AS entah apa lagi tu, yang gua salah seorang pelaburnya juga akan turut terjejas. Termasuk mak gua sekali, yang gua syak memang banyak simpan dalam ASB tapi tak pernah tunjuk kat gua berapa jumlahnya.
2. Seterusnya, gua bukanlah cendekiawan ekonomi apatah lagi seorang pelajar yang skor A1 dalam subjek Ekonomi Asas masa SPM dulu. Gua dapat C4 aje kalau tak silap, itu pun sebab terpaksa, untuk jaga agregat, kalau banyak-banyak sangat nombor nanti, payah pulak nak ke menara gading kan. Masa tu menara gading memang tengah “in”, kitorang tak panggil IPTA/IPTS ni semua. Benda-benda akronim ni semua anti Bahasa Melayu. Jadi, lu jangan harap sebarang komen yang berdiri separa dengan komen atau pun pendapat para pakar ekonomi, pelajar lulusan Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia, atau pun paling tidak setaraf dengan blog yang gua baca semalam.
3. Gua ingin bertanya, jika projek tersebut bukan termasuk dalam belanjawan KERAjaan, haramjadah apa yang lu pegi buat gempak dalam Parlimen semasa pembentangan belanjawan? Tujuan belanjawan dibentangkan ialah, untuk memberitahu bahawa tahun depan negara memerlukan sekian-sekian jumlah wang, yang akan dibelanjakan pada sekian-sekian tempat. Selepas itu, belanjawan perlu diluluskan oleh Parlimen, barulah perbendaharaan (serius, payah betul nak mengeja perkataan ni) negara boleh mengeluarkan wang tersebut. Jika semua prosedur tersebut, sudah dibuat dan masih ada lagi sekian-sekian wang yang mahu dibelanjakan pada sekian-sekian benda, maka Rang Undang-undang perbelanjaan tambahan ke hapajadah entah tu, perlu dibentangkan di Parlimen. Selain pada itu, ada belanja lain, yang guna duit perbendaharaan negara, tanpa pengetahuan umum, maka itu namanya menipu rakyat jelata. Finito.
4. Alasan mengatakan bahawa PNB itu syarikat KERAjaan (GLC lah kot) maka apa yang dilakukan juga perlu dibentangkan di Parlimen sebagai satu khabar gembira, nak melonjakkan ekonomi, menarik para pelabur, semua itu adalah bullshit. Tahu apa itu bullshit? Sekejap, gua tak faham sikit dengan mamat flip-flop ni, sekejap kata PNB syarikat KERAjaan yang sudah diswastakan, sekejap kata syarikat KERAjaan, lu orang pergi confirmkan semula dengan dia. Atau pegi panjat pejabat PNB, dan tanya apa status sebenar diorang. Gua tak mahu ada komen bagitahu, kawan gua punya emak yang kerja di PNB cakap atau pun, awek gua punya kawan ada kawin dengan anak Hamid Kama Piah tu dia kasitahu – itu semua bullshit. Baiklah, kalau projek PNB boleh diberitahu di Parlimen, untuk melonjakkan ekonomi, menarik para pelabur, dan menggula-gulakan rakyat (baca: menipu) maka kenapa, KENAPA bisnes dan keuntungan PETRONAS, segala macam projek PETRONAS, yang boleh menguntungkan rakyat, boleh menarik pelabur, boleh melonjakkan ekonomi, tidak diberitahu pula di Parlimen? Owh, ada satu akta yang menyebabkan semua itu rahsia? Atau PETRONAS tidak pernah memberikan sebarang keuntungan kepada rakyat jelata sedangkan taik-taik datuk nenek moyang kita sendiri yang digali oleh mereka untuk mendapatkan emas-emas hitam itu? Kenapa ya, KENAPA pelaburan Tabung Haji di Mekah, membeli bangunan, membeli hartanah, tidak pula diberitahu di Parlimen sepertimana kes Menara Warisan PNB ini? Tabung Haji ada bangunan di Mekah? Tapi kos haji tetap meningkat saban tahun. Itu cerita lain. Oleh kerana itu, alasan-alasan tersebut hanya muncul selepas ramai yang bersuara. Selepas kumpulan pelabur “utama” seperti gua mula berbunyi, bimbangkan kehilangan wang pelaburan RM100 dalam ASB dan AS entah hapajadah lagi tu. Maka, untuk menyalahkan warga yang marah, yang bimbang dengan penggunaan wang rakyat, yang dituduh bodoh kerana tidak tahu membezakan antara projek KERAjaan dan swasta, maka itu juga adalah bullshit. Falsafah kami rakyat marhaen adalah simple, apa sahaja yang dibentangkan dalam Parlimen, dalam belanjawan, adalah menggunakan wang kami juga, wang pembayar cukai. Kalau tidak jangan sebut dalam Parlimen. Atau jangan bersikap terlalu bodoh dan naïf, penulis teks dan pembaca teks, sepatutnya memikirkan tentang implikasi kenyataan tersebut, perlu ada penafian, perlu diberitahu supaya tidak menimbulkan kebimbangan rakyat tahap cendekiawan seperti gua. Takkan itu semua tak boleh mahu fikir, kata dah jadi penulis teks belanjawan, kata dah jadi Perdana Menteri. Ingat RM5 billion itu jumlah yang kecil. Jadi, alasan yang diberikan menunjukkan ada orang bodoh di situ, penulis blog, atau pun penulis teks atau pun pembaca teks a.k.a Burung Kakaktua. Bagi gua alasan yang lebih logic. Gua hidup dengan logic akal apabila berbicara tentang ekonomi dan politik.
5. Baiklah, kalau PNB bijak, seperti yang dikatakan penulis blog tersebut, mengapa memilih untuk membina bangunan, mercutanda dan blah blah, sewa ruang pejabat, menarik para pelabur dan sebagainya. Bukankah kesemua itu mempunya risiko yang tinggi? RM5 Billion bukan jumlah yang sedikit. Untuk membina bangunan, kalau mengikut jadual dan tiada sebarang hindrance maka projek akan siap ikut perancangan dan belanja. Jika tertangguh, jika banyak masalah, jangkaan siap tahun 2015 akan bertambah 5 tahun, plus dengan inflasi, kenaikan kos barang mentah, kenaikan harga buruh dan blah blah blah, maka RM5 Billion mungkin boleh jadi 10 atau 15 Billion. Bukan jumlah yang sedikit. Kemudian mahu menarik penyewa, bukanlah hanya sekadar tampal iklan di stesen bus atau di 7-Eleven, kemudian bubuh nombor talipon boleh siat-siat. Atau bubuh iklan dalam Harian Metro tunggu orang call. Banyak benda lain yang bersangkutan, seperti keadaan ekonomi semasa pada tahu 2015 dan berikutnya, prasarana kawasan sekitar, capaian hubungan bisnes (betul ke ayat gua ini? – gua nak kasitahu yang hubungan bisnes para penyewa adalah mudah sementelah banyak bisnes contact mereka juga di bangunan yang sama atau pun kawasan berhampiran, Dewan Bahasa atau pun Victoria Institution misalnya), juga tiadanya masalah birokrasi. Mengapa ruang pejabat Dayabumi masih terus banyak yang kosong? Gua tak tahu sangat pasal ruang pejabat di KLCC walaupun gua pernah juga ke pejabat Al-Jazeera di sana. Orang cakap sewanya terlalu mahal, maka PETRONAS bikin sendiri, maka PETRONAS sendiri tanggung. Sendiri sewa, sendiri bayar sewa pada tuan tanah dan blah blah blah. Itu luar pengetahuan gua, penafian di sini, jangan kaitkan dengan komentar peribadi gua.
6. Jadi, ada banyak risiko di situ, jika cendekiawan ekonomi PNB memikirkan tentang pelaburan RM5 Billion semata-mata mahu membina satu mercutanda yang menjadi kebanggaan negara. Kalau tiada penyewa, mahu bikin rumah urut kah? Atau pusat video game? Rumah urut rasanya lebih sesuai kerana lokasi yang agak “panas”. Siapa yang akan menanggung kerugian ruang pejabat yang tiada penyewa? Baiklah, tengok sahaja Puduraya, yang sudah sekian lama tertangguh, yang sudah sekian lama terbengkalai macam bangkai, sakit hati letih kaki berjalan, sakit mata dan jiwa melihat, turun dari LRT berjalan kaki antara kawasan dinding berzink yang ramai peminta sedekah. Mengapakah, mengapakah PNB tidak terfikir untuk mengambil alih, melabur bagi membangunkan Puduraya, yang mengikut mata kasar gua yang rabun ekonomi ini, adalah lebih sedikit jumlah pelaburannya berbanding Menara Warisan 100 tingkat. Prospek? Nadi pengangkutan awam nasional. Mahu atau tidak pengangkutan awam mesti juga dipilih. Semahal mana sekali pun, masih ada warga yang tidak berkemampuan memiliki kenderaan sendiri dan memilih Puduraya sebagai saluran. Atau lebih bijak lagi sementelah membangunkan Puduraya, PNB juga melabur dalam pengangkutan awam. Prospek? Rujuk semula kenyataan mengenai pengangkutan awam di atas. Apakah RM5 billion tidak mencukupi? Tolong bagitahu penulis blog itu, sila sampaikan kepada cendekiawan ekonomi PNB, jika duit terlalu banyak, tambahkan lagi RM5 Billion dan bangunkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Bandar-bandar besar yang lain. Kata PNB ada anak syarikat buat jalanraya, hubungkaitkan sekali. Pengangkutan tidak akan mendatangkan kerugian, risiko terlalu kecil. Kamu tidak perlu menyembah warga supaya menaiki bus, kamu tidak perlu menampal iklan di stesen bus merayu budak-budak sekolah menaiki bus, LRT atau pun apa sahaja kenderaan awam. Berikan sahaja pengangkutan awam yang efisien, pasti warga akan menyokong. Mengapa pengendali pengangkutan awam di Temasik boleh menjadi satu konglomengrat yang berjaya? Lebih mudah untuk Berjaya daripada membina bangunan dan mengharapkan penyewa.
7. Baiklah, jika itu juga masih berisiko tinggi dan PNB tidak mahu mengambil risiko melaburkan wang para pelabur ASB dan AS entah hapajadah lagi tu, mengapa, MENGAPA cendekiawan PNB tidak pernah memikirkan untuk membuat pelaburan dalam bidang makanan? Bahan mentah? Pertanian? (Mesti ramai akan kata itu bukan bidang pelaburan mereka – terus kata gua buta ekonomi) Apa yang gua maksudkan di sini, katanya mereka adalah syarikat milik KERAjaan, dan sekejap kata telah diswastakan, tidak mengapa yang penting mereka mesti mendapat keutamaan KERAjaan, oleh itu mengapa PNB tidak menjadi pengimport beras dan gula? Bukankah itu lebih menguntungkan, kerana ia barang keperluan. Tidak pula pernah gua dengar PNB ini menjadi pelabur hartanah selama ini. Jadi, kalau sekali sekala boleh berubah, mengapa tidak berubah mengambil risiko melabur dalam bidang pertanian, menjadi pengimport beras atau pun memajukan industry beras di Malaya supaya kita tidak lagi mengimport, memajukan industry pengeluaran gula supaya kita tidak lagi mengimport dari Thailand (mengapa cuaca Thailand dan Malaya hampir serupa, tanah hampir serupa tetapi kita tidak boleh menanam tebu dan menjadi pengeksport gula, dan mereka boleh?), atau pun PNB melabur dalam industry penternakan, menjadi pembekal daging sekaligus kita tidak lagi bergantung kepada bekalan daging import, produk tenusu dan sebagainya. Makanan, seperti juga pengangkutan, adalah satu yang MESTI, jika ditadbir dengan efisien, maka keuntungan sudah pasti. Siapa yang mahu hidup dengan tidak makan? Seperti juga warga yang tidak berkenderaan, adakah mereka sanggup berjalan kaki dari Subang Jaya ke Pejabat MARA Jalan Raja Laut untuk bekerja setiap hari?
8. Satu lagi gua nak tahu, adakah jika berlaku sesuatu, seperti kerugian ke atas pembinaan bangunan ini, atau blah blah blah, maka KERAjaan akan terpaksa memikul liability? Kerana projek ini diumumkan di dalam Parlimen, seolah-olah mahu meminta restu KERAjaan dan dalam masa yang sama mahukan jaminan KERAjaan tentang masa depan projek ini. Lagi pun namanya Warisan Merdeka, takkan merdeka itu tidak memberikan sebarang symbol ia milik negara, milik KERAjaan atau adakah ia merdeka bagi Republic Palau?
9. Atau, sebenarnya, ada tangan lain yang tersembunyi di sebalik projek ini, yang mahukan satu identity bagi kepimpinannya, atau kepimpinan “suaminya” yang mampu mengarahkan “isterinya” mengarahkan PNB membina satu mercutanda untuk menjadi sebutan? Jika secara langsung menggunakan wang pembayar cukai maka keberangkalian untuk dihentam teruk adalah lebih besar berbanding menggunakan proxy, setidaknya apabila dihentam boleh sahaja dituduh proxy yang bikin proposal.
10. Akhir sekali, flip-flop memainkan peranan utama dalam isu ini. Mula-mula dibentangkan di Parlimen, yang memang ada menyebut ia dibangunkan PNB, tanpa menyebut adakah itu wang PNB atau wang KERAjaan dan PNB cuma sebagai developer sahaja. Kemudian bila isu ini ditimbulkan, ada yang tiba-tiba menyebut ia tidak membazir, kemudian tiba pula satu susuk yang mengatakan ia tidak menggunakan wang rakyat (selepas membuat penafian ia membazir), kemudian muncul pula kenyataan PNB yang menyebut ia wang hasil pelaburan (plus statement from that blogger himself), tidak melibatkan wang pelabur, sekejap wang keuntungan pelaburan dan blah blah blah, tidak merugikan dan sebagainya. Kesinambungan memang hancur, yang hampir membuktikan, polisi KERAjaan ialah sebut dulu, beri alasan kemudian, rugi dulu, tampung kemudian, atau habiskan dulu wang warga, bagi jawapan dan alasan kemudian.
Gua tulis dengan system bernombor, bukanlah kerana gua peminat blog Firaun atau pun petanda yang gua sudah berusia dan takut terlupa. Cuma gua tengok blog yang semalam itu pun pakai nombor. Mahu beri komen panjang, ada limit. So gua ambil keputusan untuk tulis di sini sahaja. Penafian; gua tiada sebarang ilmu pengetahuan ekonomi, untuk bercakap tentang ekonomi dan politik, bagi gua logic akal sudah cukup untuk mendepani kesemua hujah. Kerana apa? Kerana dalam isu ini, ia melibatkan lu, gua, mak gua dan mak lu, serta seluruh warga Malaya yang menjadi pelabur, yang membayar cukai, yang menggunakan pengangkutan awam, yang membeli beras import yang mahal, yang disuruh mengurangkan penggunaan gula setiap kali berlaku kenaikan, dan yang disuruh berjimat pada ketika KERAjaan dan kuncu-kuncunya dengan mudah berbelanja tanpa memikirkan risiko.
9 comments:
Salam Baba.
Wak tak pandai nak jek lu Baba. Jek jantan mmg . Melainkan lah dia nak bayor green fees Wak kat The Mines then ok. Can consider.
Wak faham luahan hati rintahan kalbu lu. Memang kelas. Wak doa2 semuga akan terbuka hati seorang bangsa Melayu, baca rambling lu dan terus convert. Ok? Nak doa 10 org Melayu yg convert ala2 susah so kita start "seorang" dulu.
Benda2 ni ambik masa Baba. Ada cycle dia. Cycle Gerombolan tegar masih ada lagi. Mungkin tinggal sisa. Nak tunggu masuk liang lahad baru selesai. Cycle baru sedanag bersambung. Contohnya yg muda2 menempek kat depan The Mall. Tak lain tujuan nak merampok khazanah negara, tanah air tercinta ini.
Tapi cycle melawan arus dah bermula agak agresif pra-Sodomi 1. Hasilnya dah nampak. Kita sabor je banyak2. Gua doa banyak2 dan lu Baba, teruskan rambling lu semuga akan akan dua orang dari seorang yg akan convert.
Melayu ni secara umum mmg pemalas. Kerja dah malas, nak guna akal pun malas. Yg rajin dia? Sapu duit kopi. Sapu tender pastu sub-con. Tak percaya lu tanya mamat Gerombolan yg terlaung2 Ketuanan Parti KeBANGSATan kat depan The Mall tu.... Semuanya nak masyuuukkkk... Sarkas gitu ler...
Saya setuju sangat-sangat dengapan apa yang lu bentangkan. Agak-agak lu, kumpulan facebook tu akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap pembinaan menara ni tak? Agak-agak orang kerajaan ni ada tindakan susulan tak?
"Rakyat Di Dahulukan" tu maksudnya rakyat yang menanggung dahulu ke?
encik blues orang jelebu.
malas nak cakap banyak. kamu ni dah terlajak berkata. sila baca artikel baru saya untuk dapatkan jawapan.
http://lensarosak.blogspot.com/2010/10/menamatkan-spekulasi-bacaan-untuk.html
dude,
gua sudah baca statement hamad kama piah tu sebelum gua tulis entri ini. sebab itu gua ada sebut pasal flip flop. sila baca dulu point terakhir. dia sudah nafikan itu duit pelaburan, lu sorang aje yang buat sedap mulut kasitahu itu duit pelaburan. lain kali jangan buat style macam kerja dalam PNB kalau nak kasitahu polisi dan pelan pelaburan diorang. sebab itu gua tak mahu bercakap gunakan fakta disini. apa yang gua utarakan adalah mengikut logik akal rakyat yang tidak bersekolah macam gua, bukan orang cerdik pandai ekonomi macam lu. kata PNB itu GLC, sama juga seperti PETRONAS dan blah blah blah, maka sebarang pelaburan mereka juga mestilah mendapat restu KERAjaan. apa lu ingat KERAjaan suka2 hati boleh bagi diorang buat keputusan sendiri nak melabur? oleh sebab itu gua melihat, point no 9, ada unsur2 paksaan di sini. kerana kalau PNB mahu melabur, mesti mahu keuntungan, kenapa ambil benda yang berisiko? yang memerlukan kos yang luar biasa? bukankah mereka boleh melabur dalam sektor yang lebih sedikit risiko? lu jangan cuba nk bagi jawapan tentang ini sebab lu bukan decision maker untut pelaburan PNB. kedua, kata mahu melabur untuk berikan kesenangan semula kepada rakyat (walaupun bukan guna duit rakyat yang melabur) tapi mana lebih besar, dividen yang dipulangkan kepada pelabur jika projek RM5 billion ini untung, yang hanya pelabur dan berkemampuan sahaja mampu menjadi pelabur - atau pun keuntungan berpanjangan yang dapat dinikmati oleh seluruh warga? rasionalnya, projek ini bukanlah sekadar cakap mahu buat untung, tapi lebih kepada mahu membina satu mercutanda yang tidak memberi faedah secara samarata kepada rakyat, yang jika rugi, gua pasti sangat, KERAjaan yang terpaksa menanggung liabiliti.sebab itu gua tak ambil cara sangat lu nak bergebang pasal polisi pelaburan, pasal duit pelabur ke duit untung, itu memang lah ikut suka diorang, tapi jangan gunakan nama gua sebagai rakyat, bahawa rakyat akan mendapat faedahnya. faedah lancau. mahu bagi faedah dan kesenangan pada rakyat bagilah sama rata. itu yang gua tekankan.
my two fucking cents as a non-scholar.
Banyak sangat yang mengaku cerdik tapi sebenarnya bodoh, betul Bang kita sebenarnya tak mahu gunakan logik akal (biarkan hal politik dengan cara mereka), padahal yang sampai ke tangan kita hanya hampas, tu pun kalau ada... Raya Haji tak bali sembelih lembu ker?..
wak,
kekadang, gua selalu tanya pada Tuhan, bila Dia boleh menunjukkan balasan bagi semua kerosakan ini? kekadang gua rasa terlalu lambat untuk menunggu cycle itu. segala maki hamun dan usul2 bodoh gua, demi Allah bukan untuk gua, tapi biarlah untuk keturunan selepas gua, seluruh rakyat yang hidup miskin selama ni. supaya nanti keturunan gua, dan keturunan lu, dan keturunan semua rakyat tanpa mengira keahlian parti politik, dapat menikmati kekayaan negara ini secara sama rata.
komander,
gua tak rasa fanpage fesbuk tu akan memberi sebarang kesan. gua pun tak berminat untuk join tapi gua tidak menentang hasrat mereka kerana gua tahu kebanyakan mereka adalah rakyat yang sedar, dan bukan dipengaruhi sentimen politik. cuma terdapat segelintir yang mempolitikkan isu ini, tapi nak buat macamana, sebab selama ini pun kita sudah banyak tertipu dengan UMNO, dan saluran untuk menghentikan segala penipuan itu juga adalah politik. takkan ada yang bersetuju dengan revolusi pulak kan?
kurie,
kadangkala hampas yang sampai itu lah yang diberitahu ke seluruh dunia, yang digebangkan, yang dimegahkan. logikkah sebuah negara yang subur tanahnya, negara yang blessed dengan sumber air, negara yang punyai bentuk muka bumi yang sesuai dengan pertanian, tapi terpaksa menanti orang Siam menghantar beras untuk makanan harian? kaya sangatkah orang yang menafikan semua ini sebagai satu penipuan UMNO? Dasar Penswastaan oleh Firaun? hakkkk tuiiihhh. (gua tak balik lah sembelih lembu, balik december, wakilkan pada wife aje sembelih :)
abih losap la duit ASB den sebanyak RM10 tu. uuu...uuuuu...
Ini macam kena pindah duit dari ASB masuk fix deposit bank asinglah. Gua dengar OCBC, bank Temasik tu, ada kasi dividen baik punya untuk fix depsoit
bro gayour,
ASB lu yang RM10 tu jaman bilo? dah 20 tahun dia punya dividen gua ghaso dh buleh bikin banglo kt Lonek.
lucy,
OCBC dah dapat cop halal JAKIM ke belum? kang entah melabur dalam judi kuda plak kang, kayo lagi UMNO dapat kutip duit free.
Post a Comment