Idea sekolah kluster perlu untuk dikaji dengan terperinci. lebih terperinci dan bukan tergesa-gesa. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian buruk padahnya. gua baru saja berkenalan dengan istilah baru ini. seperti juga warga "BolehLand" yang lain. gua pernah dengar tentang kluster sebelum ini, tetapi yang paling menonjol sekali sudah tentu bom kluster. bom berangkai yang digunakan oleh zionis dan amerika serta diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. circa 2003 ketika bermulanya serangan amerika ke atas iraq, istilah ini telah muncul dalam kamus kami selaku jurubahasa serentak. walaupun ketika perang di afghanistan ia pernah digunakan tetapi kali ini kami terpaksa membiasakan diri dengan istilah "cluster bomb" kerana penterjemahan dilakukan secara serentak. tetapi sebutannya bukan bom kluster, tetapi bom berangkai. oleh kerana itu, sekolah kluster juga satu penggunaan bahasa yang salah. NOTTTTTT!apa dia sekolah kluster ini? sekolah berangkai? sekolah terungkai? sekolah terbangkai? projek sekolah terbengkalai atau sekolah-sekolah di sungkai? baca dulu baru boleh mencarut. teliti dulu satu persatu baru boleh mencaci, mengkritik dan menyumpah. kesian dengan Dina Zaman bila bukunya I Am Muslim telah dikritik ramai. Walaupun yang mengkritik itu sebenarnya belum lagi membaca apatah lagi melihat kulit buku itu. Tapi gua sudah menyumpah terlebih awal di atas kerana "si pondan" menggunakan istilah Inggeris yang digabungkan dengan bahasa Melayu.
Percaya atau tidak, rancangan ini telah wujud lama. ia wujud sebelum keputusan SPM dikeluarkan. ia wujud sebelum timbulnya isu guru-guru yang malas bangun jam 4 pagi untuk sekolah yang jauhnya 3 kali perjalanan Jelebu-Kuala Lumpur. Ia wujud sebelum pelan induk pembangunan pendidikan dirangka lagi. ini adalah agenda kapitalis. ini adalah agenda imperialis. Wah! apa yang kau merepek ni Labu? Benar ini adalah agenda kapitalis. Golongan yang telah bersedia untuk mengaut keuntungan sejurus kewujudan sekolah ini menjadi kenyataan. benar ia adalah agenda imperialis, bukan imperialis yang menjajah iraq sekarang tetapi proksinya yang cuba menjajah minda warga "BolehLand". golongan imperialis ini sedang berusaha memasukkan bom berangkai mereka ke dalam kepala hotak setiap warga "BolehLand". Ini adalah tombol pintu yang akan membawa kita kepada penswastaan sistem pendidikan negara satu hari nanti. ini dia agenda sebenarnya.
Tuan Menteri, bagaimana dengan projek sekolah Bestari? Sekolah Wawasan? mengapa sayugia idea sekolah "kluster" anda muncul selepas isu guru yang malas bangun jam 4 pagi ditimbulkan? seolah-olah ia telah tertulis lama cuma belum dicetak sahaja lagi.? tunggu lah dulu "pondan", buat satu demi satu, biar berhasil. jangan yang dikejar dengan Humvee tak dapat yang dibawa dengan kapal selam habis tenggelam di dasar laut. jika sekolah diberikan hak sepenuhnya untuk memilih, melatih dan mentadbir, apa bezanya sekolah itu dengan sekolah swasta? curahan wang yang banyak sudah pasti melahirkan pentadbir yang korup. guru serta pelajar yang terpilih pasti menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan secara total. penumpuan pemberian peralatan yang baik pula sudah pasti memenuhkan dompet golongan kapitalis yang pastinya juga dari kalangan kroni.
Secara ringkas bagaimana dengan Sekolah Kebangsaan Kampai? bagaimana dengan Sekolah Menengah Simpang Gelami? Adakah sekolah kebangsaan atau sekolah menengah di Pendang akan turut terpilih, kesemuanya? anda mahu memajukan sistem pendidikan negara tetapi apa kaitannya dengan projek sekolah kluster? buku teks yang belanjanya 3 kali ganda lebih kecil dari jumlah perbelanjaan membina istana negara juga anda tidak mampu sediakan untuk semua pelajar sekolah di seluruh "BolehLand".nanti akan muncul satu sekolah, mungkin sekitar ampang, atau damansara atau United States of Subang Jaya, yang punyai dana paling banyak, guru-guru terpilih, pelajar-pelajar cemerlang dan prasarana yang canggih. Kerana apa? sebab ibu-bapa pelajar berdompet tebal. yuran yang tinggi boleh dibayar. derma untuk Hari Sukan sekolah minimumnya RM300 dan guru-guru akan bergaduh sesama sendiri minta ditukarkan ke sekolah-sekolah tersebut, kerana peluang mereka membuka kelas tambahan adalah cerah. paling tidak kelas mengaji Al Quran.apa akan jadi dengan Sekolah Kebangsaan Kampai dan Sekolah Menengah Simpang Gelami?
Kebebasan yang tidak terbatas yang akan diberikan kepada pentadbir sekolah a.k.a Guru Besar pasti akan memeningkan kepala BPR yang belum lagi selesai mengira duit rasuah yang dibayar kepada "pembebas" tahanan berbahaya di Simpang Renggam. fikir dulu sebelum buang. maksudnya di situ fikir dulu sebelum buang duit. gua tak ingat siapa yang minggu lepas pernah berkata dalam wawancara sebuah akhbar, jangan membazir. banyak sangatkah duit hinggakan projek yang kononnya baru tercetus ideanya dalam 2 minggu sudah bakal dilaksanakan tidak sampai sebulan lagi. ia pasti akan memerlukan wang. takkanlah Pengetua Sekolah nak keluarkan duit sendiri terlebih dahulu. kementerian mesti terpaksa keluarkan dana untuk menjadikan sebuah sekolah itu sekolah kluster. kenapa mesti tergesa-gesa dan peruntukannya pula telah wujud?
Elaun bini gua pun terpaksa menanti 3 bulan sebelum boleh dilunaskan walaupun terpaksa mengajar dahulu tanpa gaji. opps maaf, kakitangan kementerian sibuk menyediakan peruntukan untuk sekolah "bom berangkai". ciao.