20th March 2007 merupakan hari ulangtahun Putera Hassan bin Talal yang ke-60. Gua sendiri pernah bersua dengan Putera Hassan semasa di Masjid Hussein, di Amman sekitar tahun 2000. Selamat hari lahir untuk individu yang pernah dikatakan sebagai pro-Palestine sehingga menjadi satu factor kenapa sebelum berangkat ke Amerika bagi rawatan kali terakhir, Raja Hussein terpaksa melucutkan jawatan putera mahkota yang telah disandang sejak sekian lama oleh Putera Hassan. Pulang dari Amerika, Raja Hussein kembali ke rahmatullah pada 7th February 1999, sehari selepas ulangtahun gua yang ke-22. Betapa cepat masa berlalu. Ketika Hassan dilucutkan jawatan, beliau dikatakan membawa diri untuk seketika dan selepas kematian Hussein, beliau lebih banyak menumpukan kepada pelbagai aktiviti social serta kebajikan. Khabar angin mengatakan Hassan tidak boleh menjadi raja selepas abangnya kerana pendiriannya yang condong kepada perjuangan Palestine mendapatkan kembali tanahair mereka. Sebagai sekutu kuat Amerika di Timur Tengah, Jordan sudah pasti lebih simpati kepada Palestine sekiranya Hassan menjadi raja dan ia pasti membimbangkan Amerika yang hanya mempunyai kuasa proksi Israel bersendirian. Jadi, Abdullah yang kini memasuki tahun ke-8 pemerintahannya telah dipilih sebagai putera mahkota lantas menggantikan bapanya yang meninggal dunia. Walaupun Abdullah tidak popular di kalangan rakyat Jordan kerana banyak masanya dihabiskan di luar negara, tetapi Hussein tetap mahu mewariskan takhta kepada anaknya. Abdullah merupakan anak daripada isteri kedua Hussein, seorang warga Britain yang sehingga kini masih lagi terus menetap di Amman. Agak melucukan pada peringkat awal dahulu apabila mendengar raja yang baru menaiki takhta berucap dalam bahasa Arab. Mungkin kerana tidak menetap di Jordan bahasanya tidak seperti bapanya. Malahan Abdullah terpaksa menggunakan Putera Ghazi ketika bertemu dengan para pemimpin kabilah sejurus selepas menaiki takhta. Hujan lebat yang berterusan seawal pagi 7th February 1999 itu menangisi pemergian Hussein, kegagalan Hassan untuk menjadi raja dan permulaan pemerintahan seorang raja yang lebih “barat” dari warga barat itu sendiri.
21st March 2007 pula merupakan ulangtahun ke-39 Perang Karameh, yang lebih masyhur dengan nama Ma’rakatul Karamah. Ia berlaku pada 1968 berhampiran sungai Jordan. Karamah sebuah bandar kecil di dalam Jordan dan telah diserang Israel ketika itu dengan alasan mahu menjejaki para pejuang Palestine yang didakwa pengganas. Tentera Jordan telah melancarkan serangan balas sejurus bandar tersebut ditawan Israel. Ia menyebabkan tentera zionis terpaksa berundur setelah turut sama menerima serangan daripada pejuang Palestine. Walaupun sebahagian factor kemenangan berpunca daripada serangan tentera Jordan, tetapi pejuang Palestine telah mendakwa mereka yang memainkan peranan utama. Lantas Karamah dijadikan sebahagian penempatan para pejuang mereka dan menjadi kubu kuat mereka ketika itu. Peristiwa ini adalah sebahagian kronologi yang membawa kepada terjadinya peristiwa Black September di Jordan yang menyebabkan Hussein terpaksa mengambil tindakan tegas mengusir para pejuang Palestine yang menjadikan Amman seolah-olah tanahair mereka. Mungkin tekanan dari Amerika dan juga mengenangkan nasib rakyatnya yang bakal menjadi mangsa sekiranya Israel menyerang Amman, Hussein terpaksa bertindak tegas. Ia juga mungkin kerana keangkuhan Abu Ammar ketika itu, jika benar apa yang disampaikan Nour di dalam Leap of Faith.
Battle of Karameh disambut sebagai satu perayaan untuk memperingati para pejuang mereka yang berusaha mempertahankan bumi Jordan yang ditakluki Israel atas alasan mencari pengganas. Tetapi bagaimana sekarang? Bukankah Al-Quds itu juga milik Jordan satu ketika dahulu dan moyang Abdullah sendiri pernah menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan Al Aqsa disamping bapanya Hussein? Al Quds itu milik siapa?

No comments:
Post a Comment