Wednesday, March 28, 2007

"BolehLand"


Tinggal di "BolehLand" memang membuatkan gua bangga. Semua "boleh" di negara ini. dulu waktu gua balik cuti, gua akan kerap menulis di dalam buku skrap gua yang sekarang ni masih lagi gua cari, mengenai ketidakbolehan negara Arab. perspektif gua pada waktu itu ialah negara gua yang paling best. tanahair gua ini yang paling hebat. rakyat malaysia yang paling bagus. apa sahaja yang gua lihat di negara arab akan segera gua bandingkan dengan malaysia. tidak boleh lebih dan jangan terkurang. gua pernah menulis tentang cara berpakaian, cara makan, gaya hidup golongan muda yang setiap hari gua lihat di kafeteria bahkan juga cara memandu. gua tidak realistik langsung. tapi akhirnya gua terkasima juga pada satu ketika apabila gua berbual dengan seorang "orang muda" mengenai gaya berpakaian dan makanan. gua mengutuk yang kononnya mereka cuba untuk menjadi lebih barat daripada orang barat itu sendiri. tapi mereka masih lagi makan homuos pada waktu pagi dan berborak sambil minum shai.? aneh? lantas rakan gua itu menjawab, abis lu mau suruh gua makan burger dengan minum coke?sejak itu gua punyai persepsi yang agak berlainan walaupun semangat "boleh" gua itu masih lagi menebal. gua memberikan sedikit ruang kepada mereka. gua tahu yang mereka ini telah mempunyai ketamadunan ketika gen untuk bangsa gua belum lagi difikirkan untuk tercipta. mereka ini punyai sejarah beribu tahun yang melihat kesultanan melaka (jika itu satu kebanggaan) sebagai sesuatu yang sangat kerdil. sesungguhnya gua beruntung kerana cepat tersedar. "BolehLand" bukanlah segala-galanya dalam hidup itu. "BolehLand" tidak akan memberikan sebarang faedah dalam hidup walau seorang pun rakyat negara ini. "BolehLand" juga tidak akan mampu melakarkan satu ketamadunan manusia yang mampu menjadi kebanggaan seribu tahun yang akan datang. ia tidak akan menjadi seperti tamadun Nabatean apatah lagi seperti tamadun Mesir.Hari ini warga "BolehLand" berlumba-lumba untuk mencipta nama. membuktikan bahawa mereka pantas melakukan apa sahaja yang terdetik. gua bangga juga. kerana banyak yang warga "BolehLand" telah kecapi. bikin sate terpanjang, ketupat terpanjang, lemang terpanjang, pulut panggang terpanjang, buang air kecil di antartika, kemalangan kereta di bosnia dan pulang ke tanahair dengan selamat, memperolehi komisyen terbesar pernah direkodkan dalam perdagangan ketenteraan dan yang terkini gua sangat bangga bila tahu seorang rakyat "BolehLand" menjadi anggota penting Al Qaedah dalam merancang serangan. Wow!sebenarnya senarai itu adalah terlalu panjang. gua pun tak tahu apa kaitan "BolehLand" dengan "panjang". semuanya mahu panjang. sehingga antara ubat yang paling laris di pasaran juga ialah ubat untuk memperolehi zakar terpanjang. "BolehLand". tapi dalam panjang-panjang senarai panjang itu gua masih belum berjumpa dengan faedah yang panjang. cuba teliti satu demi satu. apa yang rakyat "BolehLand" dapat? melancong dengan percuma ke eropah? Hakim di UBU pun boleh mengembara di Eropah selama 4 bulan tanpa penaja. Malah Black pun boleh ke Korea Selatan tanpa mengutip derma daripada badan korporat. Jika anda boleh kencing dan berak di Antartika dengan selamat, adakah Mak Bedah di kampung Berembang boleh kencing dan berak dengan selamat juga? di "BolehLand"? Jika anda mampu menyiapkan lemang terpanjang di dunia, bukan di "BolehLand" sebab tiada seorang manusia pun selain "BolehLand" yang akan menciptanya selepas ini, dan merekodkan nama anda di dalam buku rekod "BolehLand", adakah anda pasti tiada seorang pun warga "BolehLand" yang tidak kelaparan? dapat makan lemang setiap kali muncul hari lebaran?bila saban hari gua terbaca cerita-cerita kejayaan warga "BolehLand" ini membuatkan gua terfikir semula, alangkah indahnya juga gua masih di negara Arab. gua pasti boleh berbangga. gua pasti boleh berhidung tinggi walaupun hidung gua kemek. gua pasti boleh mendongak ke langit mendengar kejayaan demi kejayaan itu. ia menjadi lebih indah sebab gua tidak berkenalan dengan kampung berembang. gua tidak mengetahui kewujudan kampung setinggan yang hanya sepelaung dari bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. gua juga tidak membaca kisah menyayat hati anak-anak kecil "BolehLand" yang tidak bersekolah kerana tidak mampu membayar yuran. pergi mampos dengan semua itu. ia bukan masalah gua. "BolehLand" is "BolehLand".berapa banyak duit terpaksa dihabiskan untuk menghantar seorang wanita mencuci kemaluannya dalam cuaca sejuk antartika dan yang akan datang di North Pole? Berapa banyak duit dan masa yang telah dihabiskan oleh para pelajar universiti yang berlumba-lumba membakar lemang dan sate terpanjang? berapa perbelanjaan menghantar seorang guru untuk mengembara dengan kereta Proton yang akhirnya terlibat dalam kemalangan di Bosnia? untuk menghantar sekumpulan anak muda terjun di North Pole atas nama Putera UMNO juga memerlukan wang yang banyak? gua tak tahu sama ada gua terlalu bodoh untuk memahami semua ini atau pun mereka yang berada di atas itu terlalu pandai untuk membuatkan gua juga gagal memahami mereka. sepatutnya gua melihat kejayaan "BolehLand" ini di Mafraq. mereka mesti belum pernah merasai keenakan lemang. ciao.

No comments: