Sunday, June 03, 2007

Mengapa Islam?

Pada pagi 30 Mei, gua dapat SMS dari seorang member. Ayatnya ringkas

Wei! Apa keputusan kes Lina Joy?

Hah! Gua memang pernah dengar nama nie. Tapi honestly gua cakap, perjalanan kes ini memang gua tak ambik tahu n gua x baca pun. Kalau x silap, dia dah murtad, itu aje. Gua pun pernah dengar yang kes dia nie agak kontroversi jugak sebab sampai ke peringkat nak menukar perlembagaan ke kalau gua x silap. Entah kenapa macam tidak berminat sangat. Jadi gua membalas sms itu.

Lu mesti bengang kalu gua tanya sapa Lina Joy? Hehe sori beb gua x ambik tahu sangat pasal kes nie. Lu cerita dengan gua okay?

Lantas member gua ni reply balik

Mentang2 Lina Joy bukan adik Giggs,dia org kancongdaratla.dah lama murtad.apply nk dpt pnktirafan rasmi gov utk murtad.nk minta buang pkataan IsLAM dr mykad dia.high court putuskan arini.kalo dia success,maka org kg lu pulak lg senang murtad

Member gua nie memang orang Kancung Darat, Banting. Jawa. So, Lina Joy juga Jawa. Gua membuat kesimpulan. Lama juga gua berbalas sms dengan mamat nie. Kebetulan anak gua tido dan gua pun dah siap memasak. 2 minggu nie gua terpaksa menjadi surirumah sebab wife gua masuk maktab n mak gua plak balik ke kampung untuk menguruskan majlis perkahwinan sepupu gua. Nak ke x nak gua terpaksa menjadi surirumah pulak untuk 2 minggu. Mujur Zahra’ balik ke Muar, jadi tugas gua agak mudah bersama dengan Batoul seorang.

Gua tengok tv, mana tahu kalau nasib baik dapat tengok berita pulak. Laptop masih rosak dan PC gua plak masih di bengkel. Kata dah siap tapi bayang pun x nampak. Memang gua terputus terus dengan dunia luar kecuali tv Hitachi yg gua cintai ini. Menurut member gua nie lagi, Lina Joy bertemu dengan suaminya sekarang ketika keretanya rosak di tepi jalan. Tiada yang menolong kecuali si jejaka ini. Menurut member gua lagi, ayah si Lina Joy juga pernah dipukul oleh juak-juak kekasih merangkap suaminya. Eh! Yang ini macam gua pernah dengar. Tapi gua x tahu di mana. Itulah kelemahan gua. Memori gua memang sukar untuk mengingati sumber.

Sebenarnya gua bukan tidak prihatin, Cuma gua keletihan. Gua keletihan sebab cerita yang sama seperti ini dah berulang kali gua temui. Kesian sungguh. Kenapa Islam sering menjadi mangsa? Kenapa mesti Islam? Kenapa tiada sebarang kes kontroversi yang melibatkan ramai lagi orang yang bertukar agama? Kenapa? Ramai yang meninggalkan Buddha untuk menganut Kristian atau sebaliknya. Ramai yang dilahirkan Hindu tetapi akhirnya beralih ke Kristian. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa setiap kali ia melibatkan Islam ia akan menjadi kontroversi?

Gua reply sms member gua.

Apa susah2 biar aje dia buang Islam tp dgn syarat kena letak MURTAD pd mykd dia.Kalu dia mau jalan ajelah.Gua kompem dia malu

Member gua reply semula.

bkn pasaltu jela beb.kalo dia bjaya,kes dia jd rujukan

Oh banyak yang gua terlepas rupanya. Patutlah ia kelihatan complicated dan menarik perhatian ramai. Patutlah ia sampai ke peringkat melibatkan mahkamah dan perlembagaan. Ah! Hinanya gua menjadi Muslim yang tidak mengendahkan scenario umatnya. Tapi gua masih berpegang kepada asas kebosanan yang menyebabkan gua mengetepikan isu seperti ini. Namun mungkin kali ini gua terkhilaf. Atau kalau berasa ego gua tetap tidak mahu mengaku bersalah. Bukan apa, gua melihatnya sudah terlalu banyak. Gua bosan bukan kerana gua benci dengan agama tetapi sebaliknya gua benci dengan musuh bagi agama itu sendiri. Mungkin kali ini nada gua agak berbeza tetapi gua mahu ia menjadi satu dokumentasi bahawa ia bukan satu pinggiran dan gua tetap mahu menjadi sebahagian daripada statistic Muslim yang mendoakan supaya kemenangan berpihak kepada agama suci ini.

Bukan gua tidak mahu menyentuh isu hak asasi. Islam itu memang berlandaskan kepada hak yang sama rata kepada umatnya. Jangan dibantah. Kalau mahu perjuangkan hak asasi, kes ini hanya cebisan dari itu. Banyak lagi yang lebih utama yang perlu diperjuangkan yang jika berjaya sudah pasti keadaan seperti ini tidak akan muncul. Banyak lagi hak yang lebih asas yang perlu diperjuangkan dan jangan jadikan ini sebagai satu cabang terasnya.

Gua hairan. Sangat hairan kerana masih ramai lagi di luar sana yang tidak mengikut ajaran suci Islam, tidak menurut perintah Allah dan menongkah arus larangan-Nya tetapi mereka tidak pula mahu bising-bising menukar agamanya. Atau jika mengikut dakwaan Mufti Negeri Perak, sudah terdapat 200k lagi di luar sana yang meninggalkan agama suci ini, tetapi mereka tidak pula bising untuk menukar perkataan Islam yang tertulis pada Mykad mereka?

Gua hairan mengapa agama suci ini sentiasa menjadi sasaran? Mengapa ia sentiasa mempunyai musuh? Sejak hari pertama Allah memerintahkan Rasulallah saww menyampaikan dakwah Islam kepada kesemua kabilah yang ketika itu antara yang datang ialah Abu Lahab sendiri (kalau x silap gua cerita ini dalam Surah Al-Ahzab). Mereka menolak dakwah Rasulallah saww walaupun pada mulanya mereka menyatakan kepercayaan kepada kejujuran Nabi. Apabila Abu Lahab mencela maka turunlah ayat pertama dari surah Al Masad. Sejak hari itu, sejak detik itu Islam terus mempunyai musuh. Islam terus berdepan dengan pelbagai fitnah, pelbagai celaan, penghinaan, penindasan dan sebagainya. Musuh dari kalangan Musyrikin sehinggalah kepada musuh dua kuasa besar ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Sampailah kepada permusuhan Yahudi yang terus berlarutan hingga ke hari ini. Islam terus dimusuhi.
Apakah wujud satu sahaja agama di muka bumi ini? Atau mereka tahu inilah dia agama yang sebenarnya di sisi Yang Maha Esa lantas ia perlu dimusuhi? Cuba bayangkan, jika seorang penganut Buddha memeluk Kristian, apakah ahli keluarganya akan menentang seperti mereka menentang seorang ahli keluarga mereka memeluk Islam? Kenapa tidak boleh dengan Islam? Farid Ravi sendiri melalui keadaan ini. Bukan dia seorang bahkan banyak lagi kisah yang serupa kita dengar. Jika anak si polan masuk Islam, wah ia bagai satu taboo. Ia satu dosa besar. Biarlah mereka memilih pagan atau pun apa sahaja agama selain Islam. Kenapa ya? Itulah sebabnya gua hairan. Itulah sebabnya gua mengetepikan Lina Joy. Gua bosan dengan kes yang asyik berulang-ulang. Nada yang serupa. Dan mangsanya satu – agama suci yang dipanggil Islam.

11 comments:

silversarina said...

salam,

Kes lina joy ni memang satu tumpuan orangramai kerana kesan dari keputusan kes ini menentukan masa depan dalam menentukan perlaksanaan hukuman murtad.... akak rasa ada betulnya yang dikatakan sahabat babazahra'... ianya tak kena pada keluarga kita, kalau ya , mungkin kita jugak akan melenting dan mahunya tak sanggup bertemu manusia ramai kerana ini juga melibatkan maruah agama dan maruah diri/keluarga.

Tapi itulah buat kata you, akak pun semakin fed-up degan kes-kes seumpama ini. Apa gunanya masih kekal dicatitkan Islam sedangkan realitinya sudah murtad..... apa yang penting kita semua wajib kembali kepada pendidikan Islam yang menyeluruh bagi menjamin generasi akan datang berpegang teguh kepada ajaran Islam ....buat masa ni , inilah hasil yang diperolehi...kes murtad makin hari makin menjadi-jadi...

salah siapa ????

wah jadi surirumah cuti sekolah, emmm ..thumbs up bro !!

Anonymous said...

manusia di hujung zaman

Anonymous said...

yg jadi masalah kan emang peraturan di malaysia yg malarang orang lain murtad. kalo emang boleh pindah agama, aturan negara yah harus diubah lah. di sisi ini, memang peraturan negara yang bermasalah.

The.Libyaman said...

papa,
gua memang membenci kerajaan Malaysia sekarang tp dalam bab ini gua mendulukan agama dari politik. Jika aturan negara ditukar, gua juga bimbang dengan misinori yg mungkin meracuni generasi gua. Mereka memang berniat jahat ke atas agama gua.
Maaflah. Jika Lina Joy mahukan satu aturan negara yg membolehkan dia murtad, dia harus saja mohon suaka di Europa. dia boleh hidup senang di sana. atau gegas saja tukar kerakyatan Indonesia. Maaf.

Anonymous said...

Gua senang jerk... apasal gua Islam, sebab, Islam sahaja boleh terima agama lain, dan akui wujudkan agama-agama lain... Tetapi Kristian tak mengakui wujud Islam, dan agama orang Yahudi, lagi payah, tak akui kristian dan Islam. Jadi, kalau gua masuk Kristian atau agama orang Yahudi, gua problem beb... gua tak leh kawan dan ada awek yang bukan Islam. Tetapi sekarang ni, gua tak kisah, sebab gua Islam, dan gua boleh ada awek di kalangan yang bukan Islam. Ok, apa!

Anonymous said...

gua yang tulis entry di atas, kalau tak puas hati, email gua balik: budakmuda@yahoo.com

chow!

Anonymous said...

no wonder u budak muda!!!.. kesian dgan u, terlalu cetek pemikiran u.. how phatetic you are...

The.Libyaman said...

sebelum chairman Mao cakap, Muhammad saww lebih dulu beritahu kita yang dunia ini akhirnya akan jadi milik orang muda. Tapi bukan orang muda yang kurang ilmunya. Lagi pun yang gua tengok melolong di BolehLand ini membela perjuangan menuntut hak oleh Lina joy bukanlah dari kalangan orang muda yang berilmu. Maaf.

Anonymous said...

ini MJ, aku agree dgn u babazahra, banyak pengalaman u,... bila nak keluar article baru.., aku rasa sedikit rugi tak pergi jordan denagn kawan2 seangkatan sekolah dulu.. mungkin ada hikmah disebaliknya, tapi kalu aku pergi dulu aku percaya, kebanyakkan masa aku disana pasti berjuang bersama ngan kau..tapi bukan rezki aku kat sana..
paklah dah kawin, dasyat orang tua tu! apa yang daasyat??

Anonymous said...

hi zul..berbangga aku ko masukkan sms2 aku...tapi benganglah skit sbb ko kait2kan kejawaan lina joy dgn jawanya aku....

tapi yg ok skit dia murtad orglain tahu, yg org2 murtad lain, orgtaktahu..yg syirik2 allah, org ramai tak tahu...

olehkeraana msia boleh..maka bolehlah murtad..


apa kesan keputusan mahkamah pd imej msia bolehland hadhari..

ya...org akan kata, dmsia islam masih terbela..tak buleh tukar agama senang2 kat dlm mykad,
keputusan membela umat islam sekaligus seolah kerajaan pro islam dan sanggup dituduh jumud oleh barat..

padahalnya, hakikatnya tidak begitu..lina joy tu dah murtad..takder paperpun tindakan gov..
bolehlah kita kata negara ini pro murtad bukan pro islam...


yg sgt sedihnya..dmsia byk jabatan agama,banyak mufti, ada jakim, ada mahkamah syariah, ada negeri yg dikatakan negeri islam..tapi ramai yg murtad,..

tapi dibarat, takder itu semua..berbondong2 org kafir memeluk islam..beribu2, bercambah2 masjid...

so apa yg kita tak buat selamani dmsia...dan apa yg kita buat utk islam sebenarnya dmsia ni?

haa..haa..apa budak2 joden dah buat..keje tido keje tido..makan,minum, kawin2..itu jer..

marilah kita berdakwah dan tarbiyah umat..

mcmna? join umno?pas? tabligh? keadilan?....

pB said...

Salam perkenalan ...