Thursday, October 11, 2007

40 tahun yang lepas



Tiada kesempatan. Gua memang tidak lupa tarikh ini cuma tiada kesempatan. 40 tahun yang lepas, 8th October, seorang lelaki telah dibunuh di belantara Bolivia. Perjalanan hidup yang sangat romantis. Perjuangan yang sangat romantis. Revolusi yang sangat romantis. Serta kejayaan dan kematian, yang bagi gua sangat romantis.


Ketika gua berusia sekitar 10-11 tahun, gua terjumpa gambar-gambar mengenai demonstrasi pelajar pada 1974 dan tiba-tiba gua jatuh hati dengan satu gambar. Cinta pandang pertama. Dari celahan para penunjuk perasaan, imej itu sangat menambat hati gua. Entah berapa tahun selepas itu, ketika di sekolah menengah, dalam sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku-buku agama, gua secara kebetulan bertemu dengan imej ini semula. Kali ini beserta info yang terus membuatkan gua ingin mengenalinya dengan lebih rapat, lebih erat dan lebih romantis.


Hari ini, gua sudah menghabiskan bacaan The Guerrilla Warfare edisi 1986 yang gua pinjam dari perpustakaan University of Jordan, Reminiscenes of Cuban Revolutionary War, juga dari perpustakaan yang sama, memiliki Che's Guerrilla War tulisan Regis Debray dan mungkin gua juga adalah satu-satunya individu yang memiliki The Bolivian Diary edisi bahasa Arab di Malaysia pada hari ini. Malah kesemua buku-buku itu juga gua masukkan sebagai rujukan dan ditulis dalam nota kaki tulisan gua untuk projek graduasi dulu yang bertajuk "Falsafah Marx dan perbandingan dengan Islam dari sudut akidah, ekonomi dan sosial", dalam bahasa Arab semestinya.


2 minggu lepas, Mario Teran, individu yang menembak mati Che, 40 tahun lepas, atas arahan CIA semestinya, telah diberikan rawatan oleh kerajaan Cuba tanpa kos. Siapa kata Marxist jahat?


Hari ini, imej Che terus segar, terus kekal menjadi imej romantis yang dibawa oleh para penunjuk perasaan di seluruh dunia, pada t-shirt anak-anak muda, pada dinding rumah gua, pada peti sejuk gua dan kekal menjadi imej paling popular. Malah dalam satu demonstrasi anjuran PAS, gua dengan tanpa segannya membawa imej Che, yang menyebabkan gua dipandang sangat serong oleh Ustaz Ahmad Awang pada hari itu.



Che sudah lama mati, tapi imej Che terus kekal. Yang lebih penting perjuangan dan semangat revolusi itu terus romantis dan bersemai dalam jiwa semua bangsa yang mahu mencari kebebasan dan kedamaian. Hasta La Victoria Siempre!

7 comments:

Amin Iskandar said...

Bro,

Sila lihat ini :

http://blackinkorea.blogspot.com/2007/10/che-views-from-fidel-and-morales.html

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada hang....

Bila nak buat open house?

The.Libyaman said...

Gut, selamat hari raya mr Black. maaf zahir & batin .nanti senang2 kita jumpa. open house? anytime bro, anytime.

LuciusMaximus said...

HASTA LA VICTORIA, SIEMPRE!

che guevara will always be the inspiration, albeit only to those who really knows him. aku ingat lagi masa belajar di universiti dulu, ada sorang mamat tampal poster che di biliknya. aku pun tanya, nak menguji,
"poster siapa ni?"
jawab mamat tuh
"la, kau tak tau ke, ni poster rage against the machine!"
jawab aku dalam hati, kepala atuk kau!
apa pun, che guevara tetap simbol revolusi bagi kita yang betul2 kenali beliau...

LIBERTAD O MUERTE!

Anonymous said...

APAra idola org kafir..bidaah gantung pic maNUSIA di bilik..lu kan ngaji usuluddin di mafraq dulu

The.Libyaman said...

apa lu ingat seme orang kafir itu jahat? ambik yang positifnya aje lah. lagi pun kalau dilihat sampai akar umbinya, Che ambik dari Marx, Marx pula menulis dengan inspirasi paling besar ialah Ibn Khaldun dari "muqaddimah". Marx malah menghabiskan masa yang lama di Algiers untuk meneliti (analektikal) isi kandungan "muqaddimah" dan kesahihan aspek sosiologi pemerhatian Ibn Khaldun. Dah baca "muqaddimah" bro? Lagi pun, ramai orang Islam yang boleh dijadikan idola, tapi orang Islam x ambik pun, walau hanya bab agama, jangan tengok aspek lain.

Lucius,
Itu kali kedua gua dengar Che disamakan dengan RATM. Ada lagi dahsyat, bila gua pakai baju Che dulu, ada Arab tu ingat gambar gua sendiri, melayang-layang gua ke awan muahahaha.

Anonymous said...

idola org islam nik ajis, adi awang..tu yg patutnya...yg lain2...tidak islamik

ana baca dah mukadimah tu, berkat belaja ilmu ijtimak dgn Dr asal palestine..yg accident dan mati anak dan isterinya..muka dia mcm org sudah da

lu kenaltak Dr tu...yg mengaji sorbonne...hitam2 kepala botak...enta ada amik ilmu ijtimak tak..ker ilmu jimak jer yg lekat..hahahah

Abu Rufaydah said...

Salaams,

It was a quotation from Che that made me adore his pace and struggle...

"Any victory of a freeman against the Imperialism on any part of the world is indeed a victory of every freemen all over the globe..."

Salam dari medan Trafalgar,
Maszlee
Durhamian comrade, UK.