Ada 2 perkara yang mengganggu minda gua dalam tempoh 2 minggu ini. Mungkin juga sebahagian rakyat BolehLand yang lain. Hindraf dan demonstrasi. Kadangkala setiap kali mengambil Utusan, Berita dan The Star dalam peti suratkhabar di pejabat gua akan memasang harapan dahulu supaya tidak bertemu dengan 2 perkataan tersebut. Tapi gagal dan terus gagal.
Gua dan lu terpaksa membaca berita mengenai 2 perkara tersebut, setiap hari. Dan kalau lu menonton televisyen ia juga akan muncul. Sebab itu gua akan mengelak setengah jam yang pertama berita jam 8 malam. Tapi akhbar tidak boleh, sebab kalau tidak membaca akhbar, gua akan kekeringan ilmu dan perkataan. Ia adalah 2 aset paling penting jika lu mahu merapu secara langsung di depan televisyen sambil mendengar berita dalam bahasa yang paling sukar di atas muka bumi ini.
Hindraf itu OK. Bila gua cakap macam tu, satu pejabat tersenyum. Kesemuanya senyuman seorang Muslim. Tapi bagi gua berlaku sedikit kekeliruan. Agenda mereka. Hindraf tidak lagi bergerak atas landasan bangsa India di Malaysia. Mereka lebih kepada agama. Sebab itulah ia sukar diterima. Jika mereka ikhlas mahu menuntut hak yang mereka laungkan, maka ia juga harus melibatkan seluruh kaum India. Termasuk India Muslim. Tapi Hindraf masih OK lagi. Kerana mereka telah dinafikan hak untuk menyuarakan pandangan atau pun pendapat. Kalau lu mengatakan mereka menggugat perpaduan atau harmoni kaum di BolehLand, itu bermakna lu sudah termakan dengan propaganda UMNO, yang sejak dahulu lagi sering menggunakan isu perkauman sebagai satu senjata menakutkan rakyat. Sedangkan badan paling bersifat perkauman, bapak segala racism dan penaja kepada segala usaha menggugat keharmonian kaum di BolehLand ini ialah United Malay National Organization. Yang logonya ada keris itu.
Hindraf menjadi tidak OK apabila mereka terpilih masa yang tidak tepat, dan kerana berada dalam keadaan yang sangat bersemangat juga menyebabkan mereka mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak disenangi oleh ramai pihak khususnya yang berada dalam kerajaan. Ini kerana kenyataan seumpama itu boleh menjadi ancaman kepada kedudukan mereka dan bukan kepada keselamatan negara. Mereka menjadi sedikit tidak OK kerana tindakan mereka kini dimanipulasi oleh himar-himar di dalam UMNO yang mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka serta UMNO itu sendiri. Sebab itu kita melihat saluran propaganda mereka digunakan setiap hari dan waktu untuk menghentam Hindraf.
Satu lagi rantaian kepada Hindraf ini ialah demonstrasi. Apabila gua mengatakan demonstrasi OK, semua yang ada di dalam pejabat ini akan berdiam diri. As-Sukut Alamat Ar-Redho kata mereka. Sebab mereka juga keluar berdemonstrasi dan kesemua mereka adalah pembangkang walaupun mereka tidak terlalu kiri. Mereka juga dan ramai yang lain faham bahawa demonstrasi adalah satu daripada entah berapa juta saluran demokrasi. Pilihanraya bukan satu-satunya saluran demokrasi. Bodoh.
Gua masih ingat lagi, sekitar penghujung tahun 1984, Atuk & Wan gua baru pulang dari London, pergi bertemu dengan anak lelaki mereka yang sudah hilang dari BolehLand selama 10 tahun. Gua dapat replika topi polis sebagai hadiah. Dan ia masih elok tersimpan sehingga ke hari ini. Mereka juga pulang dengan 2 album gambar yang sangat tebal. Ada terlalu banyak gambar. Tapi antara gambar yang begitu menarik perhatian gua ialah gambar sekumpulan anggota polis, termasuk yang berkuda, dan memakai topi sama seperti yang gua dapat sebagai hadiah. Mereka sedang mengawal sekumpulan manusia lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berarak memegang sepanduk dan bendera. Kalau tidak silap gua ada 3 keping gambar, dari beberapa sudut yang memfokuskan perarakan itu. Imej itu tersimpan kemas dalam kepala hotak gua yang sejak 2 minggu lepas sudah 3 kali hampir meletup kerana migrain.
Gua tahu mereka sedang mengadakan tunjuk perasaan dan polis yang mengawal perarakan itu, yang memakai topi seperti hadiah yang gua dapat juga tahu itu satu demonstrasi. Satu tunjuk perasaan. Mereka mahu meluahkan sesuatu, menyatakan sesuatu atau membantah sesuatu secara terbuka. Mereka bergerak dengan begitu teratur. Ada polis berkuda dan ada polis yang berjalan kaki. Mereka mengambil satu lorong jalan pada ketika satu lorong lagi digunakan oleh kenderaan. Mereka tidak dilanggar kereta kerana ada anggota polis yang mengawal lalulintas. Mereka juga tidak perlu berlari ke sana ke mari menyelamatkan diri kerana polis yang memakai topi seperti hadiah yang gua dapat itu tidak memukul atau melontar gas pemedih mata ke arah mereka. Dan yang gua pasti, lalulintas di London juga berjalan lancar kerana polis tidak perlu membuang masa membuat sekatan jalanraya di segenap penjuru pintu masuk. Bodoh.
Kali pertama ke Istanbul, gua juga bertemu dengan sekumpulan manusia yang mengadakan demonstrasi. Mereka berkumpul di Taksim Square sekitar jam 4 petang untuk membantah tindakan kerajaan Turki yang mahu membenarkan satu ujian nuklear diadakan. Selepas hampir 2 jam bersorak, melaung dan bertepuk tangan, walaupun gua sangat tidak faham ketika itu, mereka bersurai. Tenang tanpa sebarang semburan air walaupun gua tahu ramai kalangan mereka yang berbau masam kecuali dua atau tiga orang perempuan cantik dengan semburan perfume murah.
Apakah masalahnya himar-himar di BolehLand ini terlalu takut dengan demonstrasi? Dan kenapa tidak boleh demonstrasi itu menjadi seperti satu yang menggembirakan. Gembira dan puas di dalam hati, bukan gembira kerana dapat lari menyelamatkan diri dari dipukul FRU. Himar-himar yang bercakap itu, gua tengok selalu ke luar negara. Rumah mereka ada televisyen satelit. Bukan yang lu bayar tiap-tiap bulan dengan pakej paling murah dan kemudian bising bila kena potong sebab bil tertunggak. Parabola. 500 saluran. Termasuk Playboy setiap Jumaat malam, dan saluran PolSat dengan filem-filem budget murah.
Takkan lu x pernah bertemu dengan demonstrasi yang aman, wahai himar-himar sekalian.? Lagi pun gua sudah bosan membaca perkataan Hindraf dan demonstrasi. Gua sangat rindukan perkataan Altuntuya, Kasitah Gadam, Video Linggam atau Parlimen Di Bubar di muka depan akhbar. Gua mahu baca itu. Bodoh.

8 comments:
aku pnn confius dan bertambah menyampah dengan keadaan kt malaysia ni.
politik kotor. sangat kotor.
hindraf?
ni sume kurap-kurap yg bikin gatal masyarakat kita
nak gaduh la. apa la..gila ke?!
kita dah selesa. kenapa perlu dibakar lagi?
bosan!
Kita mahu muncul negara pertama tanpa demokrasi jalanan sebagai jalan penyelesaian.Jadi nanti teks ucapan Dollah di Washington boleh berbunyi:
"We are proud as a democratic country we tackle our problem in peace and harmony without any room for road monkey!"
Lepas tu buat bodoh dan tuduh Al-Jazeera tu yahudi.Haha.
cakap banyak tak guno. den cumo nak ucap an selamat hari ghayo idul adha pada ekau sekeluarga. nak tengok darah sangat... korban lombu esok ekau colup an la tangan kau tu sampai ke siku dalam lubang darah lombu tu!
org kg kat gombak baru belasah budak keeling langgar budak sekolah...keeling tu lari sampai bt 12, kena kejar dgn melayu, naik hilux...belasa cukup..patahkan tgn dia..kemudian patahkan kaki dia...dahlah takder lesen..baru jer curi keta dr giant batu caves..nak bawak lari ke bentong..
Lu tido ke apo ni? lamo gilo tak update. Lu punyo azam tahun baru 2008 dah tanak mengumpat kerajaan layi ko? Jangan gitu jang!
Pasal hindraf gua raso parti yang tergodang sekali dlm Barisan Assabiyyah BolehLand telah gagal membori penerangan dan melaksanokan rukun Islam Hadhari yg kelimo dan ketujuh. Kalau ikut kaedah syarak yang boto boleh batal Islam Hadhari tu jangan buek kojo!
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Tetibo ontah daripado mano datang minyak masak pulak takdo dalam pasaran, beralih tumpuan semuo daripado isu2 hindraf, tol dll. Sekali lagi mentori yang jago hargo barang kono bersilat menopis segala jurus. Kono buek mesyuarat tergompar dongan pengilang dan pembokal. Last2 kono Perdano mentori dongan timbalan dio jugak yang bagi kenyataan untuk kengkonon setelkan isu minyak nyior sawit yang seantero dunio tau banyak kek BolehLand tapi takdo dalam pasaran.
Boto lah pendapat sorang mamat yang diinterbiu dalam berito kek tibi tigo semalam kato lebihkurang mafhumnyo "apo guno rakyat undi dan kerajaan lantik dio jadik mentori tapi tak roti nak buek kojo".
Gua raso dah abis poning dan ikhtiar esok2 dio cadangkan kepado kabinet supayo semuo rakyat BolehLand makan bondo2 secara robuih yo kerano masak secara robuih2 tu lagi sonang, sodap dan baguih untuk kesihatan sobab kurang kolesterol.
Hampeh punyo mempodal!
Banyak sgt bondo dlm kepalo bleh lupo pulak nak bgtau lu. Lu lupokan lah video linggam sobab video mentori yg jago orang sakit dah kuar dlm pasaran.. heheheh
aloha.
dah pencen blogging ke bro?
apdet pls. apdet. D:
hindraf cuba bermain api.
kita kena ajar mereka dengan sesuatu.
Post a Comment