Tuesday, January 15, 2008

Satu Untuk 2008

Terlalu jauh sudah masa berlalu meninggalkan gua. Dalam tempoh yang gua rasa terlalu sekejap, rupa-rupanya masa itu sudah terlalu jauh berada di depan. Masa meninggalkan gua dengan otak yang beku. Masa meninggalkan gua dengan muka yang terpinga-pinga, tidak menonton kecuali perlawanan melibatkan Manchester United, tidak membaca kecuali Top Gear atau mengulang kembali buku-buku lama, tidak berbincang kecuali bercerita tentang hidup dan wang yang tidak pernah cukup serta tidak menulis, kecuali senarai barang-barang keperluan yang mahu dibeli dan mengisi borang kemasukan anak ke Taska. Bosan.

Dalam tempoh pemencilan seperti ini, masa yang berlalu itu turut juga membawa pelbagai objek dan individu penting pergi bersamanya. Benazir Buttho, Chua Soi Lek, minyak masak, S.Krishnasamy, Kenya sebagai model keamanan di Afrika dan juga Um Rashrash. Masa juga terus menghanyutkan Bidin dan dialognya bersama seekor anjing di puncak bukit. Bosan. Manusia hanya mampu merancang.

Untuk 2008 gua akan kembali mulai hari ini, menulis semula untuk bacaan gua sebelum gua mati sekurang-kurangnya 50 tahun lagi. Memberitahu piut dan oneng-oneng gua yang moyangnya satu ketika dahulu mempunyai blog dan suka menulis tentang macam-macam benda. Serta pernah kepupusan idea untuk tempoh yang lama. Bosan.

9 comments:

thinker bell said...

yay! u r back!

should i be expecting an entry tonite?

Anonymous said...

Iyolah jang bak kato org tuo2 iir laut kek PD pun ado time dio pasang surut. Susah jugak hidup ni bilo dah ado peminat.

Welkambing!

LuciusMaximus said...

bro,
elok sangatlah kalau dah balik. saban hari jugak aku datang melawat, tengok kalau ada pos yang baru. tapi mungkin lu sibuk. nak bertanya segan pulak, orang ada anak bini, sibuk jaga famili.

apa pun, selamat kembali!

-AzR- said...

Continue writing for your own self, may your piut be proud :)

Anonymous said...

ya, hiatus dah abis eh, herm.. gwa pon tertunggu-tunggu..

The.Libyaman said...

terima kasih, thank you, syukran, danke schon, tesekkur idirim.

gua sangat terharu ada kawan-kawan yang sudi menjenguk walaupun x pernah bersua muka.

malas menulis dan lembap otak ini nampaknya x boleh nak salahkan kerajaan atau pun Samy Vellu, salahkan aje diri sendiri.

Jorji said...

brader..lu takda ibarat red devils tanpa Rooney la..takda sengat.tak bisa.

walaupun ronaldo boleh makan sorang2 dengan 3 gol..tapi hati aku tak puas kalau bukan rooney yg score.

ada paham? tak paham takpo!

:)

LuciusMaximus said...

j or ji, aku serius tak paham. apahal lak hobin jang hobin cerita pasal red devils ni?

Anonymous said...

max,

biasalah tu, kekadang gua pernah dengar jugak Perak-Jenderata bising-bising nak beli Didier Drogba hehehe

jorji,
malam Ron score hatrick gua lompat tv kat umah gua. bila siangnya gua tengok boleh tahan tinggi jugak. kenapalah takde orang yg nampak.