Friday, January 18, 2008

Minta Maaf Saya Tak Kenal!


Perlukah gua menyediakan satu surat cadangan kepada Kementerian Pelajaran, agar semua buku teks Sejarah Malaysia Tingkatan 1 ditarik semula untuk pindaan?


Atau gua juga perlu menyarankan kepada Kerajaan supaya Rukunegara ditambah?


Atau kepada pihak Jabatan Pendaftaran yang meluluskan permohonan taraf penduduk tetap, passport dan Mykad supaya satu syarat penting perlu dipenuhi setiap individu?


Mungkin gua perlu menulis surat kepada seorang Menteri di atas bukit agar kementeriannya digunakan untuk memberi "Penerangan" kepada rakyat tentang satu maklumat yang maha penting?


Juga kepada GreenTree, DBKL dan semua PBT agar bersedia menyiapkan billboard2 gergasi di seluruh negara tentang maklumat penting ini?

Inilah VK Linggam wahai rakyat BolehLand


Satu Gambar dan Satu Nama sahaja kerana lewat ini, terlalu ramai yang tidak mengenali beliau.


13 comments:

thinker bell said...

err, tell me, how significant is he in this country?

Anonymous said...

Thinker Bell.. sesuatu yg boleh menyebabkan tertubuhnya "Suruhanjaya" di BolehLand adalah signifikan :)

thinker bell said...

sesuatu atau seseorang? :D

kencang jugak eh.

Sleep Monger said...

hoho. offtopic.

cerita anjing satu.

Anonymous said...

akum.. salam dari bumi dublin, ireland.. jemput2 la ke my blog. :)

Anonymous said...

Thinker Bell.. sesuatu tu gua refer pada anything cam org ke.. video ke.. blog ke.. etc

Btw thinker bell gua tgk lu bnyk idea why dont u pun tulis blog.. sure meriah since u r berpendidikan & berpewatakan menarik :)

gayour said...

gua baru kenal dengan orang ini. err... rasa bermisai. mana pegi misai beliau?

Anonymous said...

gambar tersebut dirakamkan sehari sebelum beliau menyambut Deepavali...kira malam raya lah tu

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Mengenali VK Lingam

thinker bell said...

bro anonymous:

pasal saya tau saya menarik la, saya dah ade dah pon blog. saya malu aje nak pamer. :p

kalo nak dijemput, kena bagi email ler. nanti saya jemput. *blush*

owh btw, ape cite prof madya tu ek? *sorry off topic. heh*

Anonymous said...

Bro.. gua tak bermaksud nak jadi racist tapi bilo saksi yg ke 13 boghi kenyataan maso disoal semalam syapaleh!.. ternyatolah betapo kreatifnyo oghang tuo dulu2 buek pepatah "bilo bejumpo ular dongan *toot!*.. bunuh *toot!* dulu.."

Bilo dio kato "nampak macam saya".. "suara macam saya".. gua teringek kek ceghito Pak Pandir terpijak taik. Bilo Pak Kadok kato bondo tu taik Pak Pandir nafikan. Bilo dironong lamo2 baru Pak Pandir kato "nampak macam taik". Lopeh tu dia cium pulak dan kato "bau pun macam taik". Last2 dio colek sikit raso dongan lidah barulah kato "iyolah bondo ni memang taik"..

Thinker Bell.. ok thanks

Esteban Granero said...

semekom. eden nak tanyo, BolehLand tu apo kobondo?

Anonymous said...

welkam bro Don Naza,
Mesti lu penyokong kuat NS Naza ye
BolehLand ialah negara tanah tumpah darah lu dan segala keturunan lu dari tok oyang sampai lah piut dan oneng2 eh.

Anna Shariff said...

lingam jiran tiri saya.


hahaha.