Monday, January 21, 2008

Bubur Sejuk Itu Akan Menjadi Santapan Kucing

Gua siap mengalihkan kereta. Kemudian menolak motor melepasi pintu pagar. Gua nampak makcik tu keluar dari pintu pagar rumahnya. Memegang sesuatu. Makanan.
Gua start motor, makcik tu mula membuka mulut.
"Mak ada kat rumah?"
"Ada kat dalam"
Gua terus bergerak meninggalkan makcik Indonesia tu membuka pintu pagar rumah gua dan masuk ke dalam. Dia pembantu rumah jiran sebelah. Baik dengan mak gua, yang tinggal sekali dengan gua.
Bila gua balik dari kedai petang tu, gua tengok bekas makanan yang makcik tadi pegang sudah ada di atas meja. Wife gua tengah tuang kopi, untuk minum petang.
"Apa bibik tadi tu hantar?"
"Bubur As-Syura" wife gua jawap ringkas sambil tolak bekas tu ke sudut meja.
Menjangkakan sesuatu, mesti dijauhkan dari gua. Ada satu piring kesan bubur dengan sudu. Mesti mak gua atau pun atuk gua, yang tinggal dengan gua jugak, sudah selesai menikmatinya.
"Gila apa, 10 Muharam ni keluarga Nabi kena hina, kena bunuh, punyalah kejam takde perasaan langsung kita pegi main masak-masak pulak"
Mak gua diam. Atuk gua tengah tengok tv, mesti x dengar pun. Diam.
Malam tu ada kucing datang nak ceroboh tong sampah kat belakang.
"Meh sini lu, gua bagi lu makan bubur manusia xde hati perut" gua sound dalam bahasa kucing.

12 comments:

thinker bell said...

now i wonder, why do we celebrate it like satu perayaan eh?

silversarina said...

Maklumat tentang masak bubur ni lebih diglamorkan dari keperitan para Nabi dalam mengingati 10 Muharam.

Tq for sharing and akak nak cari maklumat selanjutnya.

Anonymous said...

ya, orang Islam di Malaysia merayakan As-Syura which is 10 of Muharram adalah kerana peristiwa Karbala, tidak syak lagi. Walaupun 10 Muharram sepatutnya dikaitkan dengan peristiwa kegembiraan para Nabi dan Rasul yang terlepas daripada pelbagai ujian i.e Nabi Yunus keluar dari perut ikan Nun, Nabi Ibrahim selamat daripada dibakar Raja Namrud, Nabi Nuh selamat daripada banjir besar dan menaiki bahtera dll peristiwa, namun ia tidak pernah dan amat jarang dikaitkan dengan sambutan ini. Walaupun masih boleh dipertikaikan dalil mengenai tarikh 10 Muharram dan kesemua peristiwa tadi tetapi apa yg kita faham dan orang Islam Malaysia faham hanya As-Syura dan Karbala, sedangkan hari tersebut bukanlah sepatutnya dirayakan sebegini rupa. Cucunda Rasulallah saw dibunuh, keluarganya (Al al Bayt) dizalimi dan dihina dan kita merayakannya? Salah siapa itu ya? Atau ia mungkin satu perancangan sangat tersusun mereka yang membenci Al al Bayt itu sendiri ?

LuciusMaximus said...

bro,
kalau jakim baca ni nanti diorang akan tuduh lu cuba tegakkan fahaman syiah :)

Anonymous said...

hehehe org JAKIM dia x jumpa blog gua punya diorang sibuk surf website kilang2 makanan, ubat gigi n kilang roti.

Anonymous said...

whoa, tak tau pun aku, asyik makan je. thanks bro.

Yusmir Yusop said...

Pelik jugak kenapa orang kita tidak didedahkan dengan sebenar erti As Syura itu sendiri.Ada pun sikit-sikit je sebab takut dilabel sebagai syiah.

Hakikatnya ini permainan wahabbi.Suku sakat Yazed.Baik punya cilok!

Anonymous said...

Bro.. gua rasolah (boleh jadik gua silap) di BolehLand kebanyakan org2 buek bubor asyura bersempono dongan peristiwa Nabi Nuh AS. Gua maso kocik2 dulu pernah tanyo kek mak gua sobab apo org buek bubor yg bercampor dalam dio dongan segalo serebo-serobi bondo dan itulah jawab mak gua. Gua tak surelah kalu ado ado yg buek bubor raikan peristiwa Karbala which is moralnyo mmg tak elok.

Btw bubor asyura versi mano yg bibik tu boghi kek umah lu? Gua raso kalu bubor asyura yg versi terengganu (pantai timur) sure kucing tu tanak makan. Dio hidu2 lopeh tu dio tanyo balik kek lu (dlm bahaso kucing lar macam lu cakap kek dio) "apo kejadah bondo yg ekau nak suroh aku makan ni jang?" heheh

thinker bell said...

hapdet pls! :P

zlaa said...

La.. tak terfikir pula. Asyik nak makan bubur asyura je.

Anonymous said...

bro.. lu poie bersuluk atau bertapo.. lamo bonar tak berusik blog ni..

updatelah..

Anonymous said...

selamat hari raya Cina
from Bandar Kinrara to Jelebu to Muar. from hari wilayah to hari raya cina. Terima kasih BolehLand kerana ada banyak cuti. tingkatkan produktiviti semasa cuti dan bersedia untuk pilihanraya yang adil kui kui kui.