Monday, January 21, 2008

Bubur Sejuk Itu Akan Menjadi Santapan Kucing

Gua siap mengalihkan kereta. Kemudian menolak motor melepasi pintu pagar. Gua nampak makcik tu keluar dari pintu pagar rumahnya. Memegang sesuatu. Makanan.
Gua start motor, makcik tu mula membuka mulut.
"Mak ada kat rumah?"
"Ada kat dalam"
Gua terus bergerak meninggalkan makcik Indonesia tu membuka pintu pagar rumah gua dan masuk ke dalam. Dia pembantu rumah jiran sebelah. Baik dengan mak gua, yang tinggal sekali dengan gua.
Bila gua balik dari kedai petang tu, gua tengok bekas makanan yang makcik tadi pegang sudah ada di atas meja. Wife gua tengah tuang kopi, untuk minum petang.
"Apa bibik tadi tu hantar?"
"Bubur As-Syura" wife gua jawap ringkas sambil tolak bekas tu ke sudut meja.
Menjangkakan sesuatu, mesti dijauhkan dari gua. Ada satu piring kesan bubur dengan sudu. Mesti mak gua atau pun atuk gua, yang tinggal dengan gua jugak, sudah selesai menikmatinya.
"Gila apa, 10 Muharam ni keluarga Nabi kena hina, kena bunuh, punyalah kejam takde perasaan langsung kita pegi main masak-masak pulak"
Mak gua diam. Atuk gua tengah tengok tv, mesti x dengar pun. Diam.
Malam tu ada kucing datang nak ceroboh tong sampah kat belakang.
"Meh sini lu, gua bagi lu makan bubur manusia xde hati perut" gua sound dalam bahasa kucing.

Friday, January 18, 2008

Minta Maaf Saya Tak Kenal!


Perlukah gua menyediakan satu surat cadangan kepada Kementerian Pelajaran, agar semua buku teks Sejarah Malaysia Tingkatan 1 ditarik semula untuk pindaan?


Atau gua juga perlu menyarankan kepada Kerajaan supaya Rukunegara ditambah?


Atau kepada pihak Jabatan Pendaftaran yang meluluskan permohonan taraf penduduk tetap, passport dan Mykad supaya satu syarat penting perlu dipenuhi setiap individu?


Mungkin gua perlu menulis surat kepada seorang Menteri di atas bukit agar kementeriannya digunakan untuk memberi "Penerangan" kepada rakyat tentang satu maklumat yang maha penting?


Juga kepada GreenTree, DBKL dan semua PBT agar bersedia menyiapkan billboard2 gergasi di seluruh negara tentang maklumat penting ini?

Inilah VK Linggam wahai rakyat BolehLand


Satu Gambar dan Satu Nama sahaja kerana lewat ini, terlalu ramai yang tidak mengenali beliau.


Thursday, January 17, 2008

Mengorat, Kahwin dan Bercerai

Dalam opis gua ada seorang member yang masih lagi bujang. Belum berkahwin walau sudah hampir-hampir. Kecewa barangkali, dia terus membujang, tanpa sebarang tanggungjawab. Perempuan adalah liability, katanya. Sama seperti hutang-hutang gua, tambahnya lagi. Gua pun faham. Ramai lagi yang faham. Kerana kami berkongsi penderitaan tentang hutang dan kesempitan hidup walaupun tidak pernah berkongsi melunaskannya.

Mungkin member gua ini tidak akan berkahwin untuk tempoh 10 tahun yang akan datang, atau pun sehingga dia menemui satu telaga emas yang boleh membantunya bebas daripada panggilan-panggilan telefon pihak bank. Oh ya, kami juga di sini turut berkongsi pengalaman cara-cara menjawab panggilan itu. Dan menyamar menjadi individu yang berlainan.

Semasa tempoh hibernisasi dulu juga, gua bertemu dengan seorang kawan lain. Jiran di Jordan. Kini bergelar Profesor Madya pada usia 30 tahun. Ada kereta, rumah, tanah dan simpanan yang sangat mencukupi. Juga pendapatan yang sangat stabil. Selalu ke luar negara. Lelaki yang sangat beruntung. Tapi dia masih belum berkahwin.

Katanya, gua sudah tidak memilih lagi. Kalau hari ini gua jumpa dan gua berkenan, esok pun jadi kahwin. Ciss! Itu memilih lah jugak. Member yang ini masih terlalu banyak spesifikasinya dalam memilih pasangan. Selalu menjadi bahan kutukan. Mahu berkahwin dengan gadis dari Selangor atau Kuala Lumpur. Kalau Selangor pun hanya sekitar Kajang, Bangi dan Shah Alam. Alasannya malas balik kampung yang jauh. Negeri Sembilan masih boleh dipertimbangkan, terutama Seremban. Gadis Jelebu cuba untuk dijauhkan, takut bersaudara dengan gua, katanya. Mesti berpendidikan dan berperwatakan menarik. Syarat yang penting katanya. Maka kami akan mengutuk tanpa henti sebaik syarat-syarat itu dibacakan ke telinga kami. Bosan. Syaratnya tidak pernah berubah sejak 10 tahun yang lepas.

Minggu lepas gua berbual dengan mak gua. Tentang kampung yang sudah lebih sebulan gua tidak jenguk. Mak gua kata, anak kepada dua pupu gua yang tinggal di belakang rumah gua tu sudah bercerai. Sudip yang gua sedang pegang gua lepaskan ke kuali. Biar masak sekali dengan sayur yang sedang gua goreng. Gua tengok muka mak gua. Serius.

Budak tu baru kahwin 6 bulan yang lepas. Ada pakej yang agak lengkap. Cantik dan berbudi bahasa. Guru sekolah rendah. Anak sulung. Dan ada sejarah putus tunang sebelum itu. Berkahwin bulan June dan bercerai pada December, tapi sudah hampir 4 bulan tidak lagi sebumbung. Maknanya mereka hanya berkahwin selama 2 bulan. Sekarang ini sedang sibuk mengira tangga mahkamah.

Dan yang terkini, adik ipar gua sendiri. Yang masih bujang dan berkerjaya, berpelajaran dan berduit. Ingin berkahwin lalu menyampaikan hasrat hatinya kepada ayahanda dan bondanya. Mujur pak mentua gua takde sakit jantung, kalau tidak minggu nie memang gua terpaksa MC balik ke Muar. Adik ipar gua nak kahwin dengan seorang janda beranak 3.

Entah kenapa ye, lewat ini gua banyak sangat mendengar cerita tentang perkahwinan, penceraian dan pencarian jodoh. Rasanya 2 atau 3 minggu lepas, Abang Neraka juga bercerita tentang jodoh. Bagaimana jika Abang Neraka berkahwin dengan pilihan ibunya? Hehehe gua ingin menawarkan diri buat persembahan silat depan pelamin. Walau gua tidak tahu bersilat, gua janji akan belajar yang basic untuk persembahan istimewa itu.

Suratkhabar pun ada cerita kahwin juga, dengan wanita Indonesia. Perlu dikaji katanya, sedangkan orang yang bercakap itu tidak mengkaji tentang perkahwinan itu sendiri. Bukankah ia sesuatu yang global? Apakah perkahwinan itu terhad kepada kalangan bangsa yang sama sahaja? Atau kerana yang dikahwini itu wanita Indonesia? Bagaimana pula dengan wanita Melayu yang berkahwin dengan bangsa kulit putih? Ia masih tetap perkahwinan bukan?

Menarikkah cerita tentang perkahwinan dan institusi rumahtangga? Sebenarnya hanya itu sahaja yang mampu gua muntahkan. Hanya cerita seperti itu sahaja yang gua dengar kebelakangan ini. Oleh kerana itulah, gua paksakan juga jari-jari gua menaip. Walaupun hati gua berat untuk berkata “Apa yang lu mau cerita nie, Labu?”

Tuesday, January 15, 2008

Satu Untuk 2008

Terlalu jauh sudah masa berlalu meninggalkan gua. Dalam tempoh yang gua rasa terlalu sekejap, rupa-rupanya masa itu sudah terlalu jauh berada di depan. Masa meninggalkan gua dengan otak yang beku. Masa meninggalkan gua dengan muka yang terpinga-pinga, tidak menonton kecuali perlawanan melibatkan Manchester United, tidak membaca kecuali Top Gear atau mengulang kembali buku-buku lama, tidak berbincang kecuali bercerita tentang hidup dan wang yang tidak pernah cukup serta tidak menulis, kecuali senarai barang-barang keperluan yang mahu dibeli dan mengisi borang kemasukan anak ke Taska. Bosan.

Dalam tempoh pemencilan seperti ini, masa yang berlalu itu turut juga membawa pelbagai objek dan individu penting pergi bersamanya. Benazir Buttho, Chua Soi Lek, minyak masak, S.Krishnasamy, Kenya sebagai model keamanan di Afrika dan juga Um Rashrash. Masa juga terus menghanyutkan Bidin dan dialognya bersama seekor anjing di puncak bukit. Bosan. Manusia hanya mampu merancang.

Untuk 2008 gua akan kembali mulai hari ini, menulis semula untuk bacaan gua sebelum gua mati sekurang-kurangnya 50 tahun lagi. Memberitahu piut dan oneng-oneng gua yang moyangnya satu ketika dahulu mempunyai blog dan suka menulis tentang macam-macam benda. Serta pernah kepupusan idea untuk tempoh yang lama. Bosan.