Monday, March 10, 2008

PRU 12 adalah satu wayang yang agak berjaya

Gua ada beberapa teori tentang PRU 12. Mungkin kalangan pembangkang tidak begitu bersetuju dengan teori ini, tetapi gua masih berpegang dengan kepercayaan bahawa pilihanraya di BolehLand masih lagi satu penipuan, wayang yang telah dirancang. Namun kebangkitan suara rakyat memang tidak dapat dinafikan.

Ketika kali pertama mendapat berita kemenangan Dr. Lo’ Lo’ dia Titiwangsa, air mata orang jantan gua tiba-tiba mengalir deras. Ketika bercakap di dalam telefon dengan seorang kawan gua sangat sebak. Gua melihat dengan mata sendiri kegigihan kempen di Titiwangsa ini dan tenaga kerjanya yang tidak mengenal erti tewas. Tahniah.

Dan apabila Nurul Izzah dimasyhurkan secara rasmi sebagai MP Lembah Pantai, gua sudah tidak segan lagi untuk menangis. Gua tahu sesuatu yang agak luar biasa bakal berlaku. Alangkah indahnya jika apa yang kami di UBU lakukan pada 2004 ketika membantu Sanusi Osman berkempen di Lembah Pantai berulang kembali pada 2008? Ketika itu teater jalanan persembahan anak-anak muda UBU mendapat sambutan box office. Nyanyian lagu ”Suara Rakyat” dan ”UMNO Baru” sudah mampu diingati oleh audiens. Namun kemanisan itu berakhir dengan kekalahan Sanusi Osman. Ia sangat indah jika kali ini kami berkempen dan Nurul Izzah berjaya memalukan seorang menteri wanita yang kononnya sudah 12 tahun di Lembah Pantai dan berasa bangga dengan pencapaian itu sedang rakyat yang hidup melarat di kawasannya sentiasa berstatistik tinggi dan tidak terusik.

PRU 12 ialah mengenai kebangkitan rakyat. Mereka sudah punyai kesedaran. Rakyat mempunyai akses kepada maklumat alternatif lebih daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 1999. Kehilangan laman web reformasi seperti Mahazalim dan Mahafiraun telah digantikan dengan beribu-ribu suara protes anak muda, yang mampu berfikir secara matang dan rasional untuk mengetahui kebobrokan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpin korupnya. Rakyat bencikan seorang pemimpin yang kaki tidur atau pun pemimpin yang bersubahat meniduri orang lain. Sampai ke Ulam Bator. Rakyat golongan menengah juga sudah tidak menyembunyikan lagi kemarahan mereka walaupun sebelum ini golongan menengah tidak dinafikan masih simpati dengan UMNO khusus untuk keselamatan periuk nasi mereka. Kebangkitan suara rakyat adalah faktor pertama.

Berikutnya pula ialah kemarahan ahli UMNO sendiri dengan kelembapan, kelemahan, ”ketiduran”, ”kelembuan kecucukan kehidungan keseorangan kemenantuan” Pak Lah dan orang sangat-sangat yang teramat sangat bencikan Khairy Jamaluddin. Kalau tidak percaya tanya 10 rakyat marhaen gua yakin 9.5 akan bencikan Khairy Jamaluddin. Ia rakyat sangat bencikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga bapa mertuanya. Apatah lagi mereka yang di dalam UMNO. Hidung mereka sudah ditindik subang, bukan yang dipakai oleh Bollocks dari Kuala Pilah tetapi yang ditindikkan pegawai veterinar kepada lembu ternakan. Mereka terpaksa mengikut arah tali yang dipasang. Tetapi masanya sudah sampai bagi mereka, kaki kita perlu sedikit melawan. Maka inilah kesannya. Protes senyap mereka menyebabkan 4 negeri tergadai. Itu faktor kedua.

Pemilihan calon pula menjadi faktor ketiga. Orang UMNO khususnya marah dengan kuasa veto seorang Presiden kuat tidur yang memilih calon mengikut kehendak air liur basinya yang meleleh dan menitik. Juga kehendak menantunya. Gua mahu letak Pak Bedul, si Najib mahu letak Wak Leman, tiba-tiba Khairy muncul suruh letak Pak Aziz. Nah ambik engkau! Disuruhnya pengerusi masjid jadi calon, terduduk orang tua tu dengan anak bekas mufti. Kemarahan seperti inilah juga menyebabkan protes senyap menjadi faktor Barisan Nasional dan UMNO dimalukan.

Seterusnya HINDRAF. Jangan sesiapa menafikan faktor ini. Gua menyokong HINDRAF bukan sebab gua terpaksa tidak menyunting berita-berita HINDRAF yang disiarkan oleh Al Jazeera satu ketika dahulu atau pun kerana majikan gua ialah lelaki kedua terkaya di Malaysia. Gua sokong kerana simpati selagi mana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat yang turut sama membantu membangunkan negara ini. Gua simpati kerana mereka memang hidup menderita di bawah telapak kaki seorang lelaki yang pernah menjadi pembaca berita di RTM seterusnya membina kubu teguh berdindingkan 10 juta tan bitumen dan tar di Sungei Siput. Tapi sebab HINDRAF juga kubu teguh itu runtuh. Rupanya tar dan bitumen yang dipakai JKR tidak bermutu. Warnanya sahaja yang hitam, patut pun jalanraya selalu berlubang. HINDRAF menjadi faktor kekalahan BN di kawasan yang ramai pengundi India. Tahniah macha kerana turun ke jalanraya dengan beraninya dan membantu memalukan BN dalam PRU 12.

Orang Cina menjadi faktor seterusnya. Mereka sudah tidak lagi takut dengan kemungkinan lesen-lesen perniagaan tidak dikeluarkan. Ini kerana sejak 1973 BN ditubuhkan, lesen berniaga masih juga payah diperolehi. Jika mereka kaya sebab berniaga, mereka terpaksa payung orang UMNO semasa pemilihan. Jika tak percaya tanya Rais Yatim. Dan juga mak gua sendiri yang jadi perwakilan Wanita UMNO Jelebu. Oleh kerana macam sudah malas nak keluar duit atau mungkin mereka marah sebab banyak habis duit, ambik kau sekali. Gerakan tewas semua kerusi yang mereka tandingi manakala MCA pula terselamat sebab berlindung di bawah songkok-songkok tinggi orang Melayu Johor.

Faktor lain yang membawa kepada kekalahan teruk BN ialah Anwar Ibrahim. Ya Encik Shahrul Fadli yang hantar sms pada gua kutuk-kutuk sebab gua suka Anwar, memang gua suka tapi bukan sebagai pasangan tidur. Gua suka dengan karisma dan pidatonya. Lu tidak akan jumpa seorang manusia lain di BolehLand yang seperti Anwar Ibrahim. Maksud gua dari sudut karisma dan pidatonya. Maaf, bukan kerana Anwar ada anak-anak gadis yang boleh tahan, tetapi lihatlah, Anwar seperti bertanding di 222 kerusi Parlimen dalam PRU 12 walaupun dia sebenarnya tidak boleh bertanding walau satu kerusi pun. Anwar membantu kempen anaknya yang memang boleh tahan itu dan berjaya menarik audiens seramai 30 ribu orang. Tiada bayaran untuk hadir atau pun Mawi menyanyi. Ikhlas datang. Kalau tidak percaya tanya audiens yang berhujan di Batu dan Lembah Pantai.

Anwar menjadi faktor yang sangat penting menyebabkan BN malu besar. Bukan kalah besar sebab mereka masih lagi berkuasa tetapi malu besar. Semua penganalisis yang bercakap di Awani, Bernama TV, TV3 dab RTM1 malu untuk menyebut nama Anwar sebagai faktor ”kemaluan” BN kecuali Shamsul Amri yang terlepas sebut. Itu pun mungkin sebab mereka ”sekawanan”. Yang lain ”malu-malu anak khinzir yang berjalan tunduk” untuk menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai faktor kemenangan besar pembangkang dalam PRU 12. Anwar berkempen di seluruh BolehLand dalam tempoh 13 hari sehinggakan turut terlajak ke seberang Tambak. Dia terlupa yang persempadanan semula SPR yang tujuannya meneruskan legasi pemimpin BN dalam pilihanraya hanya setakat Tambak Johor sahaja.

Faktor berikutnya yang gua rasa agak logik ialah kesilapan strategi. BN melalui agen mereka iaitu SPR telah tersilap langkah. Gua masih percaya PRU 12 adalah wayang. SPR tetap mahu memastikan kemenangan BN. PRU tetap berat sebelah dan SPR tetap tidak adil. Mereka salah strategi. Mereka tidak mahu Terengganu jatuh lagi. Sebab itu ramai yang pergi melancong tengok masjid terapung di Terengganu pada hari mengundi. Mak gua pun pandai fikir secara logik. Apa kejadahnya diorang pergi melancong hari orang mengundi. Ini PRU, apa kat tempat mereka tak buat pilihanraya ke? Lainlah kalau yang datang itu orang Kemboja seperti di Pekan. Kalau tidak percaya tanya Jonah dan Najib Razak.

Ia teori semut menghurung gula. Semut semua ke Terengganu dan Kelantan. Ini untuk menjaga maruah. Khairy mahu dapatkan Kelantan. Dia yang poyo-poyo dengan ”Pade Doh”. Tapi dia silap, orang Kelantan tidak bodoh macam dia, walaupun bukan semua orang Kelantan pergi Oxford. Bila semua bertumpu ke 2 negeri ini, mereka terlupa ada berapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu? Di tambah dengan faktor-faktor yang di atas sebelum ini tadi dan juga kealpaan mereka untuk menipu di negeri-negeri lain serta keyakinan mereka tetap menang di semua negeri, mereka pun menerima ”kemaluan” yang sangat besar sekali. Padan muko kau!

Faktor terakhir dalam teori gua pula ialah Najib Razak. Haha Najib tergelak dalam perut dia yang lebih besar sikit daripada perut gua. Perut gua besar sebab gua sudah tidak bermain football lagi dan malas bersenam, tapi perut Najib besar sebab dia banyak simpan duit komisyen kat dalamnya. Hahaha Najib gelak lagi di dalam perutnya. Teori gua yang terakhir ialah, ini semua perancangan Najib. Dia mahu memalukan si tua yang kuat tidur dan menantunya yang gelojoh. Tidak mengapa sejarah BN tertulis agak sedikit buruk, janji tapak kaki Najib terus kukuh. Ketika semua majoriti BN merosot termasuk di bawah-bawah songkok orang Johor, Jonah hanya dapat 9 ribu undi di Pekan manakala Najib dapat lebih 30 ribu, walaupun dengan bantuan tentera dan rakyat Kemboja. Najib punyai segalanya. Najib anak didik Firaun. Najib adalah air mani Firaun yang masih lagi tertinggal di dalam UMNO selain air mani Firaun yang agak kurang potensi untuk disenyawakan di Jerlun itu. Najib perlu terus kekal. Dan inilah caranya. Najib menguasai tentera. Politik Najib dan Firaun tidak banyak beza. Alahai, sedangkan cop pasport Altantuya pun boleh hilang, inikan pulak sekadar mengatur pilihanraya. Unit Tindakan Khas pun boleh kita ”kudakan” apatah lagi SPR. Maka BN malu sebab Najib merancang untuk memalukan BN.

Sekarang apa macam? Bulan depan rakyat Selangor mungkin tidak perlu lagi bayar bil air jika tidak sampai hadnya. Sebab itu janji pembangkang. Tapi jangan jadi keldai, minyak tidak akan turun. Jika Chandra Muzaffar atau Khoo Kay Kim bercakap pembangkang perlu menunaikan janji mereka supaya turunkan harga minyak, maka bersaksikan lah di dunia dan akhirat bahawa mereka berdua itu bodoh, lembap dan dungu. Minyak ialah komoditi. Boleh turunkan harga minyak tetapi dengan syarat, biarkan Penang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan keluar dari BolehLand dulu. Oh ya, KL sekali.

Apa pun tahniah pembangkang. Berjaya pembangkang hasil usaha keras. Tahniah Tian Chua dan Dr. Lo’ Lo’, juga Kak Wan dan anaknya yang masih lagi boleh tahan. Juga rakyat Kelantan. Pak Khalid di Shah Alam dan Dr. Nasir di Kota Damansara. Tahniah juga untuk Teresa dan Po Kuan, juga rakyat Penang kecuali kakak gua yang masih terus memangkah BN Sabtu lepas di Sungai Dua. Tahniah orang Perak dan Kedah. Mereka berjaya sebab mereka gigih dan tidak mengenal erti tewas atau dimalukan. Dan tahniah Najib, strategi anda berjaya.

Gua tetap tidak akan mengundi dan gua masih percaya pilihanraya adalah satu penipuan.

9 comments:

Jorji said...

Teori lagi satu...

Kerajaan dan pemimpin yang suruh kita UBAH GAYA HIDUP-sekarang kita dah ubah.

Pemimpin yang suruh kita bandingkan harga minyak dengan negara luar.-sekarang kita dah sama taraf dengan negara luar.

Tahniah Pembangkang! Gua caya sama lu!

Tapi beb..pagi2 gua nak baca panjang2 ni..ntah bila la gua nak start buat keje...

Anonymous said...

Lilah Yassin jadi MP apa cerita?

Jorji said...

Aku rasa dia bakal jadi menteri penuh.BN dah takda calon dah di parlimen utk dijadikan menteri kabinet..so, MP di N9,melaka dan jhr serta pahang dan ganu la...muka2 baru..

Lilah yassin jadi menteri kerja raya- register kompeni den!!
hhehhe

Anonymous said...

Bilo baco komen lu perdano mentori yg tongah memikir sambil tongkat dagu lolap tido nak molantik Samy Vellu jadik senator sobab hanyo dio yo buleh jago JKR terus terjago colek torang bedorang bijik mato :)

thinker bell said...

hahaha i setuju la plak dgn pendapat bro anon ni. heh.

Anonymous said...

cina menari tai chi sambil tepuk tangan tengok melayu menari canggung dalam 3 buah parti berasingan.

balik-balik cakap parti pemerintah ni corrupt, bukan malaikat memerintah pun. melayu terus gaduh, bangsa-bangsa bangsat bukan bumiputera pulak sibuk minta hak yg sama. ini pun tak sedar lagi. walaupun ada bagusnya parti pemerintah agak kalah, yela kurang-kurangnya parti pemerintah tau mana kurangnya. duit rakyat(duit lagi!) kalau tak sampai ke rakyat, ini lah jadinya. rakyat pun sibuk bising bila minyak naik, barang naik, semua naik. itu memang hak rakyat.

ini lah kotornya politik. tapi perlu jugak ada dalam negara ni. cuma yang dirisaukan melayu. melayu sgt penting. jgn sampai hak-hak org melayu dibakulsampahkan. oleh itu, melayu kena la keluar mengundi walaupun tau pilihanraya ni wayang ke, sandiwara ke, sebab cina luar negeri sibuk-sibuk balik dari luar negeri nak mengundi. melayu ikut hati, taknak memangkah. kalau melayu takde kuasa jangan baru nak memekak. Penang tu pun dah nak jadi singapore. sabar tu sabar la jugak. sesekali melayu kena la sergah bangsa-bangsa tak sedar diri ni. dah la datang menumpang, nak mintak itu ini. siapa suruh tukar Tanah Melayu kepada Malaysia. kurang-kurangnya bila Tanah Melayu, dia sedar ni Tanah kita. Bahasa melayu pun nak panggil bahasa malaysia, tolong bagi tau apa bezanya?

Anonymous said...

ini lu ke?

Anonymous said...

Ye lar melayu.. gua nak tanyo kek anonymous sapo yg gadai bnyk hak org melayu? bukan umno ko? Salah ko org nafikan umno sobab goram.. syapaleh.. macam jaguh dio libeh koris kiri kanan atas bawah kengkonon nak jago kutuanan melayu tapi yg sebonarnyo dio lah yg gadai abih hak melayu sobab nak kayo..

Btw.. gua guna hak gua sbg pengundi. Parti apo pun yg gua nak undi itu hak gua.

Gua jugak respek kepado yg jadik ahli parti pundak (nasib baik bukan pundek) yg tak poie mengundi atau pun poie mengundi tapi tulih ontah apo2 ontah kek ateh koteh undi tu. Pado gua itu jugak salah satu caro nak tunjuk kepado gomen raso tak pueh hati. Cubo lu bayangkan kalu lobeh 10,000 undi rosak. Gomen tontu pikir kenapo (kalu dio nak pikir lar)

Anonymous said...

haha cemana wa boleh masuk line PAS pulak ye. Biasalah bro, dunia tanpa sempadan, wa mahu berkongsi pandangan dengan semua pembangkang yang sedang bergumbira pada ketika ini. That's all.