Wednesday, March 19, 2008

Sekarang Apa Sudah Jadi?

“Huh padan muka, kan dah bergaduh”

”Takde kan jadinya Perak ni, bodoh pegi undi Cina”

”Patutnya curah aje petrol pada kereta Cina ni, bakar dengan dia sekali!”

”Api kan aje Sultan tu suruh lantik BN, biar padan muka”

”Anwar ni yang celaka buat berpecah orang Melayu”

”Sampai ke bila tak sudah Perak ni”

Ada banyak lagi dialog-dialog yang seumpama dengannya yang pernah gua dengar tapi gua tak mampu nak ingat dengan terperinci, word by word. Kecuali 6 ayat-ayat pembakar semangat di atas. Maaf ia bukan dituturkan seorang pengikut Klu Klax Klan, bahkan penuturnya juga gua yakin tidak pernah mendengar kewujudan KKK itu. Dia seorang ahli UMNO dan kalau gua pulang ke Muar hari ini, gua ingin pula memaparkan beberapa keratan akhbar bermula Isnin 17th March 2008.

”Krisis pemilihan MB Terengganu dan Perlis”

”Isa Sabu dakwa dapat restu Raja Perlis”

”Isa Sabu angkat sumpah MB, Shahidan tidak hadir”

”Terengganu masih tiada MB”

Shahidan believes Radzi and Azmi behind it

“Mukhriz dibidas”

“Angkat sumpah MB Terengganu ditangguh”

“Siapa MB Terengganu?”

“Ahli Parlimen menolak jawatan dalam cabinet”

Abah, sekarang apa cerita? Sapa yang gaduh-gaduh nak berebut jawatan?

10 comments:

nurazzah8 said...

salam, sudah lama tak berkunjung ke sini, sibuk sungguh.
hehehe...orang MUOR..orang Johor...mmg penyokong kuat UMNO... tapi kali ini ada jugak tempat yg dpt dipecahkan tradisi turun temurun zaman berzaman...
sama lah mcm saya...kalau balik kampung, kalau ckp hal politik...boleh gaduh besar dgn mak bapak... tapi hormat punya kat mak bapak... diam aje laaa...

bro anon said...

Mi bandung & rojak buah kek Tg. Agas sodap.. :)

Bro, lu bukan yo penulis blog sarkastik yg baik tapi ado bakat tulis skrip. Yusof Haslam dah kehabisan modal. Lu cubo2lah buek gerak khas versi jelobu heh

babazahra' said...

kak azzah,
kawan karib saya yang paling kiri pun di Jordan dulu, pulang ke BolehLand, sudah jadi AJK Pemuda Pontian. UMNO sudah macam agama pulak di Johor.

bro anon,
Gerak Khas versi Jelebu 1st episod mesti lah memerangi jenayah membakar jambatan. 2nd plak episod misteri sebuah muzium. kalu buat filem mesti pecah panggung.

j or ji said...

hehe..keretakan dalaman semakin besar dan meruncing.

semakin panas!!

Kazilar said...

See here or here

orang johor lama said...

harap boleh tlg hebahkan link blog saya yang baru buat pasal wilayah pembangunan iskandar demi kebaikan bersama:
http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/

saya baru belajar guna blog-blog ni. kelam kabut lagi. akn diperbaiki di masa akan datang.
terima kasih

silversarina said...

Terengganu makin kalut... padan muka...itu saja yang dapat dikatakan.

kancong said...

tulker idris jusoh kena tarik gelaran dato

babazahra' said...

wa dengar pun itu macam. sudah jadi rakyat marhaen semula

manusia ganjil ikan yu said...

Sultan dek kasi kudo sekor sonyap jo ah