Tuesday, October 14, 2008

Alahai Rocky Bru!

Gua cuma buat link untuk blog Rocky Bru sebab di sana gua boleh melompat ke blog-blog yang lain. Tiada yang menarik sangat dengan Rocky, percaya lah. Sebab dia tidak banyak bezanya dengan Kadir Jasin dan juga Sang Kelembai. Lebihnya cuma dia boleh bersahabat dengan bloggers daripada aliran yang berlainan dan secara tidak sengaja kes samannya menyebabkan dia popular serta memerlukan simpati dan prihatin rakyat.

Tulisannya terlalu banyak najis. Hingga kadangkala gua sendiri pelik mengapa ada kalangan bloggers kiri yang boleh mengidolakan manusia yang sedemikian. Maaf, gua sangat keras dalam isu ini.

Baca tulisannya di sini dan gunakan minda kamu yang sangat matang, bijak dan berfikiran terbuka. Buat keputusan sambil cari tafsir Al Quran dan tengok apakah maksud ayat 13 Surah Al Hujurat, jika kamu mencari Teresa Kok dan Karpal Singh lah. Juga tanyakan tentang Anwar flip-flop vs Pak Lah flip-flop vs Firaun flip-flop.

Utusan Malaysia, Utusan Melayu atau namakan apa sahaja yang kamu suka, sudah terbukti sejak kita semua pandai membaca, adalah benteng penting ciptaan United Malays National Organization. Mungkin kamu tidak faham jika hanya melihat keputusan 4D atau pun Berita Sukan. Hati-hati juga kerana bulan lepas Valencia berada di tangga teratas Serie A. Itu Utusan Malaysia lah, Rocky!

11 comments:

Jorji said...

gua memang tak ambik port sama Rocky.Gila glam.
dia bukan buat blog..dia tampal citer orang aje.jarang2 bagi pandangan....

mogok blog? tak ke gila glam tu?

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. saya juga tidak ambil pot mamat yg bernama rocky bru.

fadzil hafiz said...

gua pon nak bersahabat baik dgn sume org!!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Bersahabat juga perlu berdebat.

Orang Melaka said...

Salam saudara...

Suatu bicara yang bagus, telus dan tepat pada sasarannya.

The.Libyaman said...

j,
hehe. berapa lama mogok tu jalan ye? wa rasa lama mogok si AKAB lagi.

farid,
kah kah kah. famous betul gelak style tu sekarang ye.

padel,
bersahabat ada beza dengan mengidolakan.

rmn,
yup. tapi wa dengar ramai yg bersahabat dengan dia pun sebab nak tumpang link blog. apa cerita?

nur,
dah derma ke Tabung Azan ke? Baik lu beli roti Azan dari Dioh, Kuala Pilah.

TOOLBOX said...

Gua tak baca Utusan. Ada cerita ttg MU kat bhg sukan? heh

kuchalana said...

ramai golongan kiri meletakkan rocky sbgai liberal.. tidak jelas butir perjuangannya dialam maya.. rasanya lebih kepada glam dan menjaga tekak.. anyway.. everybody have their own right to become anyone the want..

salam singgah...

ole..

The.Libyaman said...

Bro,
Utusan wa rasa x support MU sangat. Diorang Liverfool kot.

Kuchalana,
Liberal xpe, tapi sebab dia femes jgn nampak mcm x bijak pulak. Benda mudah pun x boleh baca. Tengok komen abis seme orang gelak dia.

Unknown said...

Hahaha... kerasnya bahasa saudara. Terusd terang saya katakan, saya tidak condong ke mana2. Mana yang tidak menyalahi al-Quran dan sunnah saya sokong. Itu sahaja :)

Anonymous said...

hehe. tapi gua tengok ramai mufti tua yang suka Asri nak blah. walaupun Asri memang mendokong Al Quran dan Sunnah aje. AH! Apa kes ni cerita Asri pulak.