Sunday, April 19, 2009

Hari ke-100 di Libya


Sebelum gua datang ke sini, imaginasi gua tentang Libya hanyalah poster atau pun billboard besar wajah Muammar Gaddafi dan juga padang pasirnya. Gua tidak terbayang lagi kehidupan di Libya walaupun sebulan gua berkawan dengan Google.

Sebenarnya Libya sangat cantik, walaupun ketibaan gua di “perhentian kapalterbang Benghazi” di sambut dengan kereta-kereta kebal dan kapal terbang buruk yang disembunyikan di sebalik bunkers. Juga bangunan-bangunan dan masjid yang diselaputi debu serta system jalanraya yang huru hara.

Laut Mediterranean telah menyelamatkan Libya. Negara ini mempunyai perairan dan pantai Mediterranean yang paling panjang. Dan di sepanjang pantai inilah wujudnya syurga bagi Libya. Jika tanpa lautan Mediterranean, Libya tidak akan disebut keindahannya atas peta dunia.

Tanggapan gua tentang Muammar Gaddafi juga sedikit meleset. Walaupun wajahnya seringkali dilihat terpampang di tepi-tepi jalan (pejabat gua pun ada poster Gaddafi hampir sebesar kereta Kancil) tapi tidaklah terlalu teruk seperti di Syria ketika zaman Hafiz al Assad memerintah. Rakyat Libya juga seperti agak bebas bercakap dan mempersendakan Gaddafi. Sesuatu yang memang gua tidak jangka sama sekali. Bahkan di pejabat ini, ketika gua minta mereka bercerita tentang “the Green Book”, Admin Manager sendiri boleh buat joke tentang buku kecil itu.

Kesimpulannya mereka tidak terlalu takutkan Gaddafi seperti rakyat Syria takutkan Hafiz al Assad. Gua masih ingat lagi bagaimana pelajar Malaysia di Syria menggunakan gantinama “Pak Long” untuk Hafiz al Assad ketika berbual. Ini kerana jika lu memuji sekalipun, mukhabarat yang mendengar pasti akan bersangka buruk. Di Syria ketika itu, mukhabarat atau pun “spy Leman” adalah sesuatu yang normal dan bukan pelik jika si isteri melaporkan kepada pihak berkuasa tentang suaminya yang belot, mengutuk Assad atau seumpama dengannya. Tapi di Libya gua tengok sangat berbeza.

Mungkin kerana Gaddafi seorang socialist, penerapan sikap diktatornya berbeza dengan Assad dan tunduknya Gaddafi akhir-akhir ini kepada imperialist seperti memberi isyarat pula kepada rakyatnya bahawa dia tidak lagi digeruni.

Cuma Libya masih lagi sebuah negara Arab walaupun Gaddafi kata mereka lebih Afrika daripada Arab. Dan apabila menjadi sebuah negara Arab, segala bentuk pentadbiran, perkhidmatan, masa bekerja dan sebagainya akan tetap “bungko” seperti negara-negara Arab yang lain. Itu nampaknya gua tidak silap. Lain kali gua akan share tentang itu pulak.

Friday, April 17, 2009

Kulit Bertukar Isinya Tetap Sama

Sepanjang gua berada dalam industri penyiaran, entah berapa kali RTM sudah bertukar milik. Maka setiap kali pertukaran itu berlaku, kami juga yang tidak ada kena mengena langsung dengan RTM akan terkena tempiasnya.

RTM mahu tukar logo, mereka akan hantar circulation, walaupun kami sebenarnya tidak pernah pun menyiarkan logo RTM dalam bentuk publisiti. RTM bertukar jadual, itu memang kami benci. Sebab kami terpaksa rombak keseluruhan jadual elektronik yang kamu tekan di kaca TV dulu. Sekali dengan synopsis.

Sekali RTM bertukar milik, kami sudah bersedia dengan pelbagai pertukaran. Jadual khususnya dan program misalnya.

Cuma apa yang paling menarik, RTM hanya menukarkan waktu siaran. Program masih tetap sama. Kalau satu ketika dulu slotnya sebelah siang, apabila mereka bersiaran 24 jam, program itu akan dipindah ke slot 4.30 pagi. Begitu juga penjenamaan semula. Slot-slot drama akan diberi nama baru, yang nampak lebih “Shafie Afdal” dengan masa. Tapi isinya tetap sama.

Gua pergi bengkel penyiaran berita RTM pertengahan 2008. Pengerusinya ialah Tuan Menteri Mulut Berbuih. Esoknya kecoh keluar dalam suratkhabar, RTM mahu menerbitkan stesyen berita seumpama Al Jazeera. Gua sudah tidak ketawa ketika membaca berita tersebut. Kerana malamnya gua sudah tersedak-sedak ketawa sambil mengunyah kacang ketika Tuan Menteri Mulut Berbuih menyuarakan rancangan tersebut.

Dan sekarang, apabila RTM kembali bertukar milik, gua hanya mampu ketawa dari jauh. Kali ini gua yakin, RTM akan melalui banyak perubahan yang besar. Seperti biasa, penjenamaan semula, strukrtur program, waktu siaran, tambahan slot berita, propaganda dan program hiburan. Tapi gua tetap yakin, isi dalamnya masih sama. Seperti juga kabur-kabur warna siarannya dari mula gua mengenal TV hinggalah sekarang.

Thursday, April 09, 2009

Mohon Patik Satu Permintaan

Kepada rakyat jelata di Jelebu, bergembiralah kamu semua kerana bermula pada hari ini, kita akan kembali dapat menyaksikan persembahan kebudayaan daripada Kementerian Penerangan yang satu ketika dulu kita panggil…apa ya gua pun sudah lupa.

Juga persembahan wayang pacak yang satu ketika dulu menjadi medan untuk kita mengenal rupa bentuk nyamuk aedes dan kemudiannya makan kacang sambil diperbodohkan dengan lawak AR Badul.

Oh ya! Kepada seluruh rakyat BolehLand juga, pasti kamu semua ternanti-nantikan perubahan terbaru di RTM. Maksud gua perubahan wajah tetapi isinya masih tetap sama. Bravo Datuk Seri Utama! After so many years, you still represent my hometown in this so-called cabinet line-up.

Dulu dah ada muzium adat, apa kata kalau kali ini Datuk Seri pindahkan aje bangunan Angkasapuri tu ke pekan Kuala Klawang. Boleh jugak balik nanti patik buat part-time.

Friday, April 03, 2009

Freitag, 03rd April 2009

0410 waktu Al Marj, Libya.

Telefon Nokia model lama gua berbunyi. Ada teks yang masuk. Lebih daripada 2 kali. Pasti SMS yang sama. Normal untuk pengguna Libyana. Teks dari BolehLand akan diterima sekurang-kurangnya 10 kali.

Hati tetap menyumpah. Azan Subuh hanya pada jam 5.06 pagi. SMS yang berturutan membuatkan mata jadi tidak bernafsu untuk tidur.

0730 waktu Jelebu, BolehLand.

Rohaya Sabirin mengeluarkan seluar dalam merahnya. Kain lace dan beropol di sekeliling peha dan punggung. Baru dibeli di Ocean Tampin, masa outing minggu lepas. Masih belum pernah dipakai. Padanannya bra merah menyala. Juga beropol. Merah tanda berani, getus hati kecilnya.

Sepasang pakaian dalam merah. Rohaya Sabirin kemudian memakai deodorant. Lebih sedikit disental bawah lengan gebunya. Kemudian disusuli semburan minyak wangi Enchanteur berharga RM15. Juga dibeli di Ocean Tampin.

Kain hitam pengawas itu disarung. Sambil berpakaian Rohaya Sabirin menyanyi perlahan. Lagu siapa dia sendiri tidak ingat.

“Bunga-bunga matahari…harum segar…di taman sari…warna jingga…”

Kemudian senyap. Melihat muka di cermin. Dan kemudian tersenyum sendiri.

Rohaya Sabirin mencapai baju kurungnya. Berkain licin. Yang sudah siap digosok dua malam lepas. Baju kurung baru yang ditempah di Kedai Jahit Kamariah, di pekan Gemencheh. Memang berkilat sedikit. Dan agak sendat membalut tubuh montoknya.

Cermin bulat pada almari itu, sudah penuh dengan muka tembam dan montok Rohaya Sabirin. Rambutnya disikat seperti biasa. Mengembang ala Imelda Marcos, ikon seorang wanita besi bagi Rohaya Sabirin sendiri.

Pelajar lain sudah turun menuju ke sekolah. Rohaya Sabirin paling akhir meninggalkan asrama puteri. Hatinya berbunga. Dengan pakaian baru. Dia mencapai sepatu hitam berkilatnya. Bergerak menuju ke padang perhimpunan sekolah. Tersenyum simpul dengan hati yang berbunga-bunga.

“Oh Abang Bijan! Akhirnya kita berjaya juga” bisik Rohaya Sabirin.

Apabila Cuaca Yang Sudah Panas Tiba-tiba Kembali Mendung


Ada sesiapa yang kenal dengan pencipta software di atas? Bagi pada gua alamatnya dengan segera. Gua mula rasa macam nak memenggal kepala orang.

Gua memang takde jodoh langsung dengan nombor-nombor dan lukisan buruk seperti di atas. Punktlich.